Followers

Friday 10 May 2013

Azmin Salahkan Wan Azizah Sebab Tak Dapat Jadi MB Selangor ??!!


Timbalan Presiden PKR Azmin Ali membidas proses perlantikan Menteri Besar Selangor kerana tidak merujuk pandangan kepimpinan negeri.

Menafikan dirinya berhasrat untuk merebut jawatan tersebut, Azmin Ali mengecam tindakan Presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak membuat keputusan secara konsensus.

Malah kepimpinan negeri sendiri tidak mengetahui tentang nama yang dicadangkan kepada Sultan Selangor yang diutus Presidennya.

"Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN (PKR) yang telah dipilih rakyat, setakat hari ini belum dipanggil untuk mendapatkan pandangan mereka," kata Azmin pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Pada masa sama, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut menafikan khabar angin beliau ingin meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR.

Ini kerana katanya, beliau akan terus tetap berjuang mempertahankan kebajikan rakyat.

Azmin turut menolak amalan nepotisme dan kronisme yang diamalkan di dalam Parti itu.

"PKR bukan milik individu atau keluarga tertentu, parti ini parti rakyat,"



UrukHai.

No comments:

Post a Comment