Followers

Saturday, 4 May 2013

Anwar Bakal Rebah Ahad Ini !! #TolakPR #Vote4BN


Setelah 13 hari berkempen, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Dr Mazlan Ismail, kini dikatakan semakin tertekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Pertemuan ibarat ‘buku bertemu ruas’ pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)Ahad ini, dapat dirasai apabila ceramah Anwar di Permatang Pauh tidak lagi ‘berapi’ seperti sebelumnya, dan tidak ramai lagi pengikut setia di Permatang Pauh yang meminati ceramahnya.

Tinjauan Bernama mendapati lebih ramai anak-anak muda berada di kedai-kedai mamak menonton siaran langsung bola sepak pada waktu malam berbanding mereka yang pergi mendengar ceramah.

Seorang anak muda Permatang Pauh, Ahmad Azwan Bakhtiar, 25, ketika ditemui bersama rakan-rakanya di sebuah restoran nasi kandar di Seberang Jaya, menyifatkan ceramah Anwar hanya seronok didengar tetapi isi kandungan ceramah itu hanya mengulangi perkara yang sama.

“Anwar ini dok cakap benda-benda yang sama, kami pun dah tak larat dengar dah sebab tu kami lepak kedai mamak, tengok bola lagi bagus…tunggu la hari mengundi nanti, kami buat keputusan,” katanya. Sememangnya Anwar telah ketandusan modal dan terpaksa menggunakan isu-isu lapuk seperti mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang lemah, mengutuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selain membuat janji-janji luar biasa. Dalam siri-siri ceramahnya, Anwar juga dengan bangga memberitahu rakyat bahawa dia bakal menjadi perdana menteri, dan meminta rakyat menyokong untuk memenuhi cita-cita peribadinya itu.

“Hari ini kita menang, esok kita tubuh kerajaan, saya jadi perdana menteri kita turunkan harga barang, harga minyak” itulah antara dialog Anwar di mana sahaja beliau pergi berceramah.

Bagi pencabarnya Mazlan, pengalaman berada dalam PAS selama lebih 20 tahun di Pulau Pinang, dan pernah memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri (2001-2005) serta Ketua Dewan Pemuda PAS negeri (1986-2000), memberikannya ‘nilai tambah’.

Bekas naib presiden Telekom Malaysia itu dilihat mampu menyaingi Anwar kerana disokong oleh rakan-rakan lamanya, malah mengetahui sikap Anwar yang sebenar. Timbalan Presiden Jalur Tiga (Jati) yang juga sahabat karib Anwar, Datuk Aidit Ghazali, berkata berdasarkan hasil kajian dan pemerhatian yang dilakukannya, Mazlan boleh mengalahkan Anwar berdasarkan faktor akhlak, akidah dan syariah.

Katanya jika dibandingkan dari segi moral, Mazlan lebih disegani kerana tidak pernah terpalit dengan sebarang skandal, dan beliau juga orang yang dihormati kerana sikap merendah diri walaupun berpelajaran tinggi serta memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat korporat.

“Pengundi Permatang Pauh haruslah membuat perbandingan antara Dr Mazlan dengan Anwar… siapakah yang lebih layak menjadi wakil rakyat mereka, ketepikan segala sentimen peribadi dan fikirkanlah masa depan negara,” katanya.

Begitu juga dengan pendapat bekas sahabat baik Anwar semasa dalam Abim, Dr Sidek Baba, yang membongkar siapakah Anwar sebenarnya setelah beliau membuat siasatan selama tiga tahun.

Katanya antara faktor beliau meninggalkan Anwar ialah isu moral, dan Anwar tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor juga menggesa pengundi di Permatang Pauh supaya tidak mengulangi kesilapan dengan memberi kemenangan besar kepada Anwar seperti yang dilakukan pada pilihan raya kecil 2008.

Katanya Anwar juga dikenal pasti sebagai alat kepada agenda barat, dan satu undi yang diberikan kepada Anwar, ibarat memberi undi kepada perkakas agenda besar yang menjahanamkan negara.

Selain faktor masalah keperibadian Anwar, kemelut pertindihan kerusi antara calon PAS dan PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, sedikit sebanyak boleh memberi ‘kesan’ sesama penyokong pakatan pembangkang.

Sikap pentingkan diri PKR menyebabkan PAS terpaksa memberi laluan kepada calon parti itu bertanding. Situasi itu menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan anggota akar umbi PAS, selain mereka turut menggesa PAS keluar daripada pakatan pembangkang.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata ketidaksefahaman pembangkang dalam pengagihan kerusi pada pilihan raya umum kali ini boleh menjadi faktor anggota akar umbi PAS memberikan undi kepada calon BN.

Beliau berkata sekiranya anggota PAS di Permatang Pauh sepakat memberikan undi kepada Mazlan, ia mampu mengubah pola pengundian.

“Namun, sejauh mana penyokong PAS bersedia untuk memberi undi kepada Mazlan?. Tidak dinafikan, undi penyokong PAS mampu mengubah pola pengundian. Namun ia bergantung kepada mereka sama ada untuk terus setia dengan parti atau menyokong calon BN,” katanya ketika dihubungi.

Sivamurugan berkata Mazlan mampu memberi saingan sengit kepada Anwar dan beliau menyifatkan kesediaan Mazlan untuk berhadapan dengan personaliti yang cukup besar dalam arena politik itu, sebagai sesuatu yang berani.

Bagi Mazlan pula, pengalamannya menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS negeri selama 14 tahun dan timbalan pesuruhjaya PAS negeri selama empat tahun, sudah cukup untuk sahabat-sahabatnya dalam parti itu mengenali keperibadiannya.

Beliau menyeru anggota PAS di Permatang Pauh supaya menunaikan solat sunat istikharah sebelum membuat keputusan pada 5 Mei ini agar mendapat petunjuk bagi menentukan calon yang benar-benar layak menerajui kawasan parlimen itu.

“Saya pesan kepada sahabat-sahabat saya bila nak mengundi, saya minta hang pa (awak) sembahyang sunat istikharah. Ini adalah ajaran nabi kita. Dalam hidup kita ni mesti berlandaskan kepada agama,” katanya.

Mazlan sebagai anak jati Permatang Pauh, melakar sejarah pada PRU13 ini, sekali gus memberi harapan baharu kepada penduduk Permatang Pauh untuk menjadikan ‘Permatang Pauh yang disayangi, maju dan sejahtera’ tanpa banyak politiking lagi. -BERNAMA



UrukHai.

2 comments:

  1. INGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BAKAL MENGUNDI...
    Sebelum mengundi pasikan fikir lah semasak masak nya sebelum mencoretkan kertas undi.
    1. Pertama jangan undi lambang bulan. Jangan. Kerana apa? Kerana itu adalah lambang parti PAS. Iaitu parti angkutan sampah serta angguk sahaja...sebabnya:-
    a. Calun PAS tidak hisap rokok, kata Nik Aziz. Tetapi banyak benda mereka hisap.
    b. Disebabkan nak sangat kuasa PAS letak Cina, India dan Iban sebagai calun, agama itu tidak penting, malahan orang orang DAP pun akan pakai lambang bulan. Pemimpin DAP dah melarang non muslim mengundi PAS tapi para pemimpin PAS masih tak reti bahasa dengan mengatakan DAP bersetuju dengan negara islam.
    c. Agama islam dah mereka buang, bukan itu sahaja nama allah mereka sanggop konsi dengan sikapir, malah mengiftiraf LBT dan murtad sehingakan nike ajis menjatuhkan hukum sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala..seolah-olah dia yyang layak menjatuhkan hukum.
    d. PAS sangat bodoh dalam soal pengurusan ekonomi..Ilmu ekonomi mereka hanyalah tebang pokok dan gondol bukit, gadai tanah...punya la benak PAS sehinggakan terbinanya pasaraya di kota baru dikata mercu kelantan maju. sungguhnya menjadi sebagai imam surau dan masjid itu tidak mesti pandai mengurus ekonomi, apa lagi mengurus sebuah negeri.
    e. Sudah 27 tahun PAS memerintah Kelantan. Masalah asas seperti air yang bersih untuk rakyat pun tidak mampu diuruskan. Apatah lagi isu-isu yang besar yang memerlukan pemerintah yang berwibawa untuk meneraju negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.
    f. PAS Kelantan telah gagal dalam urusan agama berdasarkan statistik penagih dadah paling banyak, pesakit AIDS paling ramai, masalah sosial seperti pelacuran berleluasa.
    g. Dasar pembangunan nike ajis cuma kerap beroperasi memacakkan batu asas untuk projek yang tidak pernah mahu dilaksanakan. Rakyat Kelantan dibohongi KONONnya hebat pentadbiran Nik Aziz melalui jumlah batu asas bukan nya berlandaskan projek yang dilaksanakan dan siap.
    Sebuah jambatan yang KONON nya mahu dibina 17 tahun dulu telah diletakkan batu asas untuk menipu rakyat Kelantan yang sampai sudah tak pun dibina. Kini Highway baru pula diletakkan batu asas sekadar nak “belawok”. Semua duit kutipan derma untuk highway itu lenyap bersama penipuan PAS Kelantan. baru-baru ini nike ajis berangan dengan projek Super Mega, projek keretapi laju yang menghubungkan Kelantan dan Pahang serta Stadium Baru Kelantan pun dipacak batu asas di Pasir Puteh…tetapi janji BN untuk membina jambatan di Manik Urai,walaupun tewas dalam PRK tetapi jambatan tu dah boleh digunakan.

    h. Jikalau nike ajis mempunyai ilmu ekonomi maka sudah lama Lembah Sireh di siapkan, tetapi sampai sekarang hanya 1/5 siap. Jadi apa guna kita pangkah orang yang tidak tahu apa benda selain pecah tanah?. Tak guna langsung.
    Nike ajis memimpin selama 23 tahun kerana kita semua di tipu hidup hidup. Bayangkan bagaimana keadaan kita sekiranya pengundian di jalankan dengan pengundian bersih, tanpa di tipu oleh para pengikut Nik Aziz?
    Ingat lah jangan di tipu lagi. Di ibaratkan Pas berada dalam sebuah rumah jamban pecah dan penuh sampah sarap dan tahap limpahan tahi yang amat kritikal. Bau busuk nya ke seluruh penjuru tempat. Hancur kan Pas dan bakar rumah mereka agar kita hidup tanpa bau busuk dari kerenah yang di balakan Allah keatas parti mereka. Balasan tuhan itu amat nyata.

    ReplyDelete
  2. AKU TETAP UNDI BN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...