Followers

Friday 3 May 2013

Polis Telah Mengenal Pasti Tindakan Yang Bakal Dilakukan Puak Pembangkang ??!! #TolakPR #Vote4BN


POLIS telah mengenal pasti beberapa kumpulan yang dipercayai merancang melakukan kekecohan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata polis telah membuka kertas siasatan berhubung perkara itu dan mengambil keterangan daripada beberapa orang kenamaan (VIP) baru-baru ini.

“Amaran telah diberikan kepada kumpulan itu dan polis tidak teragak-teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mereka sekiranya mereka berkeras untuk melakukannya,” katanya.

Beliau berkata selain itu, polis turut menubuhkan pasukan khas untuk memantau dan menangani kumpulan kongsi gelap, pertubuhan, serta kumpulan tertentu yang cuba mewujudkan kekacauan sepanjang pilihan raya umum.

Sehingga semalam, sebanyak 3,079 laporan polis telah diterima berkaitan kesalahan-kesalahan pilihan raya sejak 20 April lepas hingga semalam, katanya.

“Seramai 101 orang telah ditangkap dan daripada jumlah itu, 20 orang dituduh di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata kesalahan yang paling banyak dikesan ialah perbuatan khianat seperti merosakkan bendera dan poster parti lawan iaitu 90 kes dan ceramah tanpa permit (86 kes).
...................................................................................................................................................................

SEBENARNYA ketika ini bukan sedikit SMS yang ‘berjalan’, bukan sedikit emel yang ‘berkeliaran tentang apa yang bakal terjadi selepas pengumuman pemenang dalam PRU-13 nanti.

Bahkan sudah ada yang mula membuat pembelian ‘panik’…membeli barang asas seperti beras untuk disimpan…tetapi untuk apa?

Perbuatan tidak bertanggungjawab kononnya akan berlaku huru-hara adalah satu khabar angin yang tidak berasas.

Namun dari satu sudut, kita kena kaji mengapa ada rakyat Malaysia yang berasa bimbang dan takut.

Kita boleh nasihat, kita boleh pujuk hati rakyat dengan mengatakan TIDAK ADA APA-APA yang mungkin berlaku namun kita tidak boleh tipu diri sendiri.

Dalam pada tidak ‘apa-apa’ itu, kita melihat bagaimana masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab, merusuh di jalan raya, menyerang anggota polis dan tidak menghiraukan segala nasihat pasukan keselamatan seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Reformasi, Hindraf dan Bersih tak lama dulu.

Dalam pada kita rasa ‘tidak apa-apa itu’, kita boleh lihat bagaimana ada manusia yang sanggup membaling molotov cocktail di bilik gerakan dekat Perak dan mengebom kawasan ceramah seperti mana yang terjadi di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ini hanya sekelumit contoh, belum lagi laporan-laporan keganasan yang dilaporkan di seluruh negara semasa tempoh berkempen ini.

Malah ketika artikel ini sedang ditaip, kita mendapat laporan yang seorang petugas pilihan raya sebuah parti politik cedera parah di muka setelah diserang empat lelaki bersenjatakan parang ketika bertugas menjaga sebuah khemah yang didirikan sempena pilihan raya umum ke-13 di Taman Halia, Lunas, Kedah awal pagi tadi.

Ini semua fakta yang boleh dilihat dan didengar…ia bukan satu omongan atau dakyah semata-mata!

Kita hanya berdoa agar semuanya berjalan seperti biasa selepas 5 Mei ini, tapi kita jangan lupa tangan-tangan kotor yang pernah mencalitkan sejarah hitam pada keamanan yang pernah kita kecapi sebelum ini.

Jika mereka pernah melakukannya dulu, tak mustahil mereka akan mengulanginya lagi!



UrukHai.

1 comment:

  1. YES..RAKYAT YANG RASIONAL DAN MENCINTAI KEAMANAN SEPERTI KAMI TETAP MENYOKONG PASUKAN KESELAMATAN KITA IE PDRM/ATM DLL.

    KAMI JUGA PENYOKONG BN!

    ReplyDelete