Followers

Wednesday, 15 May 2013

HOT !! DR. MAZLAN CABAR ANWAR KIRA SEMULA UNDI DI PERMATANG PAUH !!


Jika benar berlaku penipuan Pilihanraya Umum ke-13 seperti didakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dr Mazlan Ismail mencabar Ketua Umum PKR itu membuat laporan polis dan mengira semula undian di Parlimen Permatang Pauh.

“Saya mendesak dan mencabar, kalau Anwar Ibrahim seorang pemimin yang anak jantan, you balik Permatang Pauh, you buat report polis dan kita minta SPR buka semula kertas undi, kita kira semula untuk membuktikan sama ada berlaku atau tidak election fraud (penipuan pilihanraya) yang you jaja seluruh Malaysia,”katanya kepada TV3.

Menurutnya, Anwar perlu membuktikan dakwaan itu di kawasan yang ditandinginya sendiri terlebih dahulu dan jika gagal membuktikan, Ketua Umum PKR itu perlu mengakui bahawa dakwaannya itu hanya fitnah semata-mata.

“Dia (Anwar) ni ibarat peribahasa Melayu kata, ‘marahkan nyamuk bakar kelambu’..”katanya lagi.






UrukHai.

No comments:

Post a Comment