Followers

Friday, 10 May 2013

Surat Jamji Anuwar Kepada Pengundi Cina PRU13 Lalu ??!!


Surat yang telah mula tersebar di internet dikaitkan dengan janji Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat terutama kepada masyarakat Cina di negara ini menjelang hari mengundi pada hari Ahad 5 Mei lalu.

Anwar Ibrahim jika menurut kandungan surat berkenaan telah berjanji khususnya kepada kaum Cina bahawa jika Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional beliau berjanji hanya akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk tempoh hanya dua tahun dan selepas itu akan diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Jika dilihat kepada perubahan sikap majoriti pengundi Cina pada pilihan raya umum ke-13 lalu yang tiba-tiba beralih arah dengan mengundi menyokong Pakatan Pembangkang terutamanya DAP menguatkan lagi dakwaan seumpama itu kerana sebagai sebuah masyarakat yang ingin menguasai bukan hanya dalam bidang ekonomi malah dalam politik juga,  maka tentu sekali mereka tidak akan melepas peluang keemasan yang telah dihidang oleh Anwar Ibrahim di depan mata mereka.

Tetapi kini nasib pengundi Cina yang termakan dengan janji-janji sedemikian umpama kata pepatah "yang dikejar tak dapat, yang dikendong jatuh berciciran." Mungkin pengundi Cina saat menetapkan calon pilihan mereka sebelum turun mengundi begitu yakin yang Pakatan Pembangkang akan berjaya menewaskan kerajaan Barisan Nasional maka itulah tanpa melihat kiri kanan mereka terus memangkah calon PR namun mereka lupa bahawa undi penentu di negara ini sebenarnya datang dari pengundi Bumiputera serta pengundi Melayu, justeru itu walaupun undi Cina 100% diberikan kepada PR namun mereka lupa undi Bumiputera dan Melayu yang majoriti.

Selain Pakatan Pembangkang yang disokong oleh pengundi Cina gagal merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional, pengundi Cina juga khususnya masyarakat Cina itu sendiri kini turut hilang suara yang mewakili mereka dalam kerajaan yang dipimpin oleh YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak. Kaum Cina kini sudah tiada pilihan lain selagi mereka menjadi warganegara maka mereka harus terima hakikat hidup dalam negara seperti Malaysia yang rakyatnya berbilang bangsa dengan latarbelakang agama, adat serta budaya yang berbeza hendaklah mengutamakan sikap saling bertolak-ansur atau bertoleransi dalam apa juga hal.




UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...