Followers

Friday, 19 April 2013

MANIFESTO BN MEMACU EKONOMI & NAIKTARAF HIDUP RAKYAT P.PINANG !! #VoteBN #PG13 #ManifestoBN #PRU13 #GE13







Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dengan matlamat memacu pembangunan ekonomi dan menaikkan taraf hidup rakyat.

Manifesto itu yang dilancarkan oleh Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow di Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas malam tadi antara lain menjanjikan pelan pembangunan seimbang membabitkan kawasan pulau dan tanah besar bagi merapatkan jurang pendapatan dan kos sara hidup.

Menurut beliau, BN juga berjanji untuk menaikkan status George Town sebagai bandar raya bebas cukai bertaraf dunia dan terkenal dengan kebudayaan serta sejarah.

"Jika Pakatan Rakyat menjanjikan terowong dasar laut, kita menjanjikan kemakmuran serta kerancakan ekonomi untuk dinikmati semua rakyat.

"Ini adalah satu kerangka ekonomi baharu Pulau Pinang bagi mengatasi pembangunannya yang terbantut sejak ditadbir pembangkang," ujarnya sambil menerima tepukan gemuruh kira-kira 2,000 penyokong BN yang hadir.

Turut hadir ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi MCA negeri, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan kesemua calon BN negeri.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...