Followers

Wednesday 17 April 2013

Bang Non Pasti Gentar Dengan Calon Yang Akan Berentap Dengannya !! #PG13 #PRU13 #PG13



Semalam selepas selesainya Majlis Penerimaan Watikah pencalonan, Dr. Mim sempat menemubual calon kerusi panas iaitu Dr. Mazlan yang bakal bertanding merebut kerusi Parlimen P44 Permatang Pauh. Jom kita layan apa yang Dr. Mim tulis berkenaan dengan calon yang tak kurang hebat orangnya ini...
Perjumpaan hampir 1 jam itu dipenuhi dengan pengisian yang worth to write untuk pembaca MiM. Mungkin kerana tahap pelajaran Mazlan Ismail yang tinggi memperolehi kelulusan PHD sebelum ini, maka, perjumpaannya menjurus kepada visi Mazlan Ismail jika dipilih oleh rakyat Permatang Pauh. 
Personally, MiM dapati Dr Mazlan Ismail adalah seorang anak jati Permatang Pauh yang down to earth dan berkaliber disamping berpengetahuan tinggi dalam agama. 
Beliau memberi pelbagai contoh tempatan yang begitu dekat dengan rakyat Permatang Pauh tetapi tidak dilaksanakan oleh wakil rakyat Permatang Pauh sebelum ini. 
Yang menariknya ialah Dr Mazlan Ismail merupakan bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan juga bekas Pengarah jentera pilihanraya PAS negeri pada tahun 1998 dan 2004. Beliau dikenali di dalam parti PAS sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan seorang pemimpin yang bersih.
Selama 20 tahun Mazlan Ismail menjadi ahli dan di dalam kepimpinan PAS Pulau Pinang tetapi selepas itu keluar daripada parti PAS pada tahun 2004. Apabila ditanya sebabnya, Mazlan Ismail mendedahkan bahawa beliau sudah tidak percaya dengan perkahwinan PAS dengan parti-parti lain terutamanya parti DAP. 
Daripada parti yang berdoktrinkan Islam, parti PAS dilihat bertukar arah menjadi parti yang lebih mementingkan politik apabila bersekongkol dengan parti DAP.  
Dan perkara ini sebenarnya menjadi persoalan besar kepada ahli-ahli PAS, bukan sahaja di Permatang Pauh tetapi di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia. Sumber MiM di Permatang Pauh turut memberi MiM info yang sama berlaku di Permatang Pauh.
Apabila ditanya visi beliau kepada Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail berkata, selain daripada Manifesto BN negara dan negeri, beliau juga menggariskan beberapa perkara yang difokuskan khas untuk kesejahteraan rakyat Permatang Pauh, yang sebelum ini diabaikan. MiM dapati kesemuanya viable dan menguntungkan rakyat tempatan.
Di antara banyak pengalaman yang tidak dapat beliau lupakan semasa di dalam parti PAS ialah insiden Mat Sabu dan Hotel Perdana, Kelantan pada 31hb Januari 1995!

Sumber klik Dr. MiM


UrukHai.

No comments:

Post a Comment