Followers

Thursday 18 April 2013

Datuk Seri Sharif Perlu Hentikan Hasratnya Untuk Bertanding - Datuk Zainal Abidin


Timbalan Pengerusi BN negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata,bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Seri Mohd Sharif Omar yang mengumumkan mahu bertanding di kawasan Parlimen Tasek Gelugor atas tiket parti lain tidak patut bertindak sedemikian.

Zainal Abidin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, ini kerana ketika Mohd Sharif menjadi wakil rakyat selama lebih 20 tahun, beliau telah menerima sokongan dan bantuan daripada para pengikut dan pendokong parti.

Malah beliau perlu memberi peluang kepada anak-anak didiknya yang dipilih sebagai calon di kawasan itu kali ini kerana sebelum ini mereka banyak membantu beliau semasa menjadi calon dahulu.

"Lagi pun Mohd Sharif sudah lebih 20 tahun terlibat dalam parti, menjawat pelbagai jawatan dalam negeri dan persekutuan...Inilah masanya beliau menunjukkan kesetiaan kepada parti.

"Calon-calon di kawasan Parlimen Tasek Gelugor itu semuanya anak didik beliau (Mohd Sharif) terdiri daripada pegawai dan ketua wanita yang ketika beliau bertanding merupakan orang kuat menjalankan kerja jentera parti bagi memastikan kemenangannya," jelas Zainal Abidin.

Shariff pada lewat malam Selasa telah mengumumkan bahawa beliau akan bertanding atas tiket Bebas atau parti lain setelah tidak disenaraikan sebagai calon BN.

Bekas timbalan ketua menteri dan timbalan menteri pertanian itu mahu bertanding semula di kerusi berkenaan kerana mendakwa, ketika beliau menyerahkan kerusi tersebut kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob pada 2008, beliau telah dijanjikan akan diberi semula kerusi tersebut selepas sepenggal.

Nor Mohamed yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri turut digugurkan dari senarai calon BN Pulau Pinang kali ini.




UrukHai.

1 comment:

  1. dato seri, calon ke tak toksah dok kalut sgt..kalau malaikat calon nama kita ...tu lagi punggah!! tinggai la semua..harta donia..syukurlah dgn pa yg ada yer!!!

    ReplyDelete