Followers

Thursday 18 April 2013

Sharif Dol Ancam Dan Ugut UMNO Kerana Tidak Terpilih Menjadi Calon ??!!


Alahai...Sudah-sudahlah Datuk Seri Shariff ooiii... jangan nak macam- macam.. dari apa yang Uruk dengar dan tengok dalam ceramah beliau malam kelmarin cukup menyakitkan hati Uruk kerana puak - puak mereka inilah yang sebenarnya duri dalam UMNO dan bagi Uruk merekalah yang memecah belahkan orang melayu dan UMNO itu sendiri.

Pada awal lagi kita sebenarnya telah diajar bagaimana untuk menghormati pemimpin kita namun apa yang Uruk lihat Datuk Seri Sharif sendiri tidak menghormati kepimpinan dan keputusan pimpinan tertinggi kita iaitu Datuk Seri Najib Razak selaku pimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam ceramah beliau kelmarin juga Uruk sendiri lihat bagaimana beliau sebenarnya mendesak, meminta-minta dan seolah-olah mengugut kepada UMNO dan Barisan Nasional agar meletakkan kembali namqa beliau sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Tasek Gelugor di atas tiket BN.

Korang semua dah lihat video ceramah beliau ?? Klik Sini http://www.youtube.com/watch?v=Yx3FLOGWEaw untuk Part1 ,part 2 dan part 3 juga si Anak Yang Sungai Derhaka upload di You Tube.

Gaya percakapan dan 'slang' juga mulai berubah seperti si al jubury dah Uruk tengok. CChhaaiitt !!

Apa semua ni ??..,adakah beliau mempunyai niat disebalik apa yang beliau lakukan ini ??..apa tidak cukupkah selama lebih  20 tahun terlibat secara langsung dalam politik dikawasan ? dan memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Pertanian di suatu ketika dulu ?? dan tidak ada perasaan hormat dan akurkah pada 1 Transformasi demokrasi yang sedang Datuk Seri Najib lakukan ??

Juga satu lagi yang penting untuk kita perlu tahu, apakah himpunan malam kelmarin benar-benar mendapat sokongan rakyat ? Jika di amati ianya hanya mengumpulkan tak lebih dari 700 orang. Malah dalam kehadiran itu Uruk boleh mengesahkan 20% darinya adalah mereka-mereka dari kalangan parti pembangkang. Manakala 10% terdiri daripada pasukan keselamatan dan juga orang-orang UMNO yang taat setianya kepada parti hadir untuk melihat sejauh mana pemimpin terlibat mahu bertindak.

Jangan nak 'macam-macam' sangat Datuk Seri, Rakyat Tasek Gelugor ada mata, telinga mendengar dan melihat sejauh mana komitmen Datuk Seri dikawasan...dan sebenarnya Uruk juga mahu dedahkan lagi dari sumber Uruk, apa yang berlaku sewaktu Datuk Seri memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian dulu..

Tapi 'for now' lebih baik Uruk diamkan diri dari membuat apa-apa pendedahan mengenai beliau demi menjaga maruah Datuk Seri yang Uruk masih simpan sedikit rasa hormat atas apa yang Datuk Seri lakukan di Tasek Gelugor.

Selain itu juga Uruk juga mendapat tahu dari sumber bahawa beliau juga akan medaftarkan diri sebagai ahli PKR dan ditawarkan oleh DSAI jawatan TKM Pulau Pinang sekiranya tidak juga diberi apa-apa kata putus soal calon di Parlimen Gelugor.

Perkara sebegini juga nampaknya pihak pembangkang mulai mengambil kesempatan diatas scenario yang berlaku di Tasek Gelugor dalam usaha menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional pada PRU13 kali ini.

Uruk amat berharap peringkat tertinggi UMNO dapat membuat keputusan dengan secepat mungkin atas apa yang berlaku kerana beliau sememangnya mensabotaj parti, dan Uruk harap sekirannya benar beliau mahu beralih angin kepada pembangkang mohon di pecat serta merta jawatan dan ahli UMNO kerana parasit sebeginilah yang perlu UMNO dan BN bersihkan dari dahulu, mahupun dikawasan dan disetiap negeri di Malaysia yang aman dan makmur ini.


Lagi menngenai ini Klik MMI

P/s : Kalaulah Lu Respect orang, orang MESTI respect lu balik. biar semua orang tahu 'WA Undi BN' not U !!


UrukHai.

3 comments:

  1. nama pun sarip dol samseng kg dusun cuma bezanya sarip dol dlm lakonon je samseng luar citer hati terama la baik tp yg sarip ni la sebenarnya barah dlm parti

    ReplyDelete
  2. Jangan marah pada beliau,tak guna. bila nafsu dipuncak apa saja boleh jadi.nasihat saya-Malaysia ini mengamalkan demokrasi jadi bubuh nama pada hari penamaan calon nanti dan tunggu keputusan pada malam 5 mei nanti.jika kita maseh disukai rakyaat maka menanglah kita.ini membuktikan rakyaat T.G sayang pada beliau daripada BN.

    ReplyDelete