Followers

Friday, 5 April 2013

Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 Oleh Datuk Seri Najib Tun Razak !! #Najib4PM #Vote4BN #BNBagus #GE13 #PRU13 #TolakPR


Manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Barisan Nasional (BN) yang akan dilancarkan Sabtu ini merupakan janji dan komitmen BN untuk terus melakukan pembaharuan dan perubahan di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.


"Manifesto itu merupakan aku janji kita (BN) kepada rakyat Malaysia, dengan mandat yang diberikan nanti, Insya-Allah kita akan komited untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat BN.

"Manisfesto ini untuk memakmurkan ekonomi negara dan mensejahterakan masyarakat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' dan berlandaskan kepada dasar dan agenda transformasi nasional," katanya.

Pengerusi BN dan Presiden Umno itu berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, diikuti dengan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Antara yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel, Presiden Parti Progresif Rakyat Datuk M.Kayveas dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 



UrukHai.

No comments:

Post a Comment