Followers

Wednesday 3 April 2013

Guan Eng PENAKUT Tak Der Telor !! Lari Siang Hari Nek Moto !! #SavePenang #GE13


Guan Eng sememangnya bacul dan tidak berani berdepan dengan Pengerusi BN Pulau Pinang supaya bertanding di ADUN Padang Kota. MKP teruja bila dua "giant" nie bakal bertanding di Parlimen P049 Tanjong kerana MKP sememangnya bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan yang berlaku.  

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menarik balik keputusan untuk bertanding dengan Ketua Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow.

Lim berkata beliau sudah maklum "permainan politik" yang dimainkan oleh Teng dan tidak akan melayan syarat-syarat yang ditentukannya.

"Saya telah diperangkap oleh beliau (Teng) selepas menerima syarat tidak masuk akal beliau untuk tidak bertanding kerusi Parlimen dan hanya bertanding untuk kerusi DUN," kata Lim.

Pada Isnin, Teng mengekalkan keputusan bertanding menentang Lim dalam pilihan raya umum akan datang dengan berkata beliau (Teng) akan memutuskan kerusi mana untuk bertanding.

Teng berkata sebaik sahaja Lim menerima syarat, beliau (Teng) akan menamakan kerusi.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebelum ini berkata beliau hanya akan bersemuka dengan Teng untuk kerusi negeri, Padang Kota.

Beliau berkata, jika Teng bersetuju, beliau (Lim) tidak akan bertanding kerusi Parlimen.

Sehubungan itu Teng dilaporkan berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan Lim dalam pilihan raya dengan syarat pemimpin BN itu diberi pilihan untuk bertanding di kerusi negeri mana.

Sebelum ini Teng adalah ADUN selama tiga penggal sebelum kehilangan kerusi pada tahun 2008. Kerusi itu kini dipegang oleh Chow Kon Yeow dari DAP.


Kredit MKP


UrukHai.

No comments:

Post a Comment