Followers

Friday 5 April 2013

Harap Maklum,..Sorry PAS, Kenapa Bukan U All,?? Ianya Kerana BN !! #PG13 #Vote4BN #BNBagus #GE13 #PRU13 #TolakPR


Realiti PRU 12 dan PRU 13
1 -
Jumlah kerusi parlimen Malaysia = 222

“Jumlah minima kerusi untuk menubuhkan Kerajaan adalah 112”

UMNO Bertanding 117 kerusi Parlimen
PAS Bertanding 67 kerusi Parlimen

Persoalan kenapa PAS tidak bertanding lebih 112 kerusi parlimen seperti UMNO bagi menjadikan PAS majoriti di dalam PR, dan jika ditakdirkan hanya PAS sahaja yang memenangi PRU, kerajaan yang menang adalah kerajaan Islam.

Seburuk–buruk UMNO ia masih majoriti di dalam BN dan pentadbiran BN ditunjangi UMNO dan ISLAM. Begitu juga jika ditakdirkan UMNO sahaja yang memenangi kerusi Parlimen semasa PRU, kerajaan yang tertubuh nanti adalah kerajaan ISLAM.

Katakan PR menang PRU 13 nanti, adakah PAS boleh membuat sesuatu keputusan demi Islam, Raja–raja dan Melayu?

Jawapannya TIDAk kerana PAS hanya mempunyai beberapa kerusi parlimen dan kita juga sudah dapat melihat dengan apa yang telah berlaku akhir–akhir ini apa pendirian PAS jika sesuatu isu timbul membabitkan Islam, Raja-raja dan Melayu.

2-
Jumlah kerusi yang dimenangi UMNO = 77
Jumlah kerusi yang dimenangi PKR = 25 (Selepas ditolak MP lompat parti)
Jumlah kerusi yang dimenangi PAS = 23

Kalau PR menang, Orang Islam yang membentuk kerajaan akan jadi kurang daripada 40%, maka pengundi-pengundi yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Islam yang sedia ada, akan jatuh kafir (khawarij). Undi PAS tidak tentu masuk syurga kerana tiada dalil, tetapi menjatuhkan kerajaan Islam, ada dalil.

Tidak perlulah cakap UMNO itu tidak Islam dan sebagainya. Kita semua tahu, mereka Islam seperti kita dan datuk nenek anda. Itu cuma taksiran Pas dalam menanam kebencian terhadap UMNO sahaja.

Kerana, jika benar anda mengikut taksiran PAS, datuk nenek ahli-ahli PAS yang mengundi UMNO dahulu kini berada di nerakakah sekarang ini??? (Astagfirullah)

Kejatuhan kerajaan yang sedia ada dan terbentuknya kerajaan baru yang lebih minima bilangan ahli Islamnya, akan menggugurkan aqidah pengundi-pengundinya. kerana Hadith Qudsi menyebut, sekiranya engkau mentaati mereka (pemimpin) maka engkau mentaati Aku dan sekiranya engkau mengingkari mereka (pemimpin) maka engkau mengikari Aku.

Syahadah anda menjadi pertaruhan dalam PRU-13 ini.

Sebelum memangkah dalam PRU-13 ni, buat solat istikharah. Ini bukan perkara main–main. Adakah anda sanggup menjatuhkan Kerajaan Islam?




UrukHai.

No comments:

Post a Comment