Followers

Thursday 11 April 2013

Pembinaan Rumah Penduduk Disegerakan !! #PG13 #PeaceSabah #Pahlawanku #ESSZONE #LahadDatu #OpsDaulat

SUKARTI Wakiman (dua dari kiri) dan Mohammad Mentek (tiga dari kiri) meninjau keadaan Kampung Tanjung Labian yang kini telah bersih daripada pengganas Kiram di Lahad Datu 
Pembinaan semula 20 rumah penduduk kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu yang musnah akibat pencerobohan kumpulan pengganas Kiram dari selatan Filipina, akan dilakukan segera, kata Pegawai Daerah Lahad Datu Zulkifli Nasir.

Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan kontraktor secepat mungkin untuk melaksanakan pembinaan rumah yang dalam kategori musnah teruk.





"Ini bagi membolehkan penduduk kampung terjejas tinggal semula di rumah mereka dan menjalani kehidupan seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas menyertai lawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek di dua kampung itu hari ini.

Beliau berkata, pembinaan semula 20 rumah itu adalah untuk rumah yang mempunyai geran dan milik warganegara Malaysia.

Ini adalah tindakan jangka pendek yang diambil untuk mengatasi masalah penduduk di Zon Tanjung Labian yang hilang tempat tinggal dan rumah mengalami kerosakan, katanya.

Beliau berkata, bagi jangka panjang, sebuah penempatan semula akan diwujudkan di Kampung Tanjung Labian.

Tapak tanah seluas 600 hektar untuk penempatan semula itu sudah dikenal pasti dan diwarta, katanya. - BERNAMA



UrukHai.

No comments:

Post a Comment