Followers

Tuesday 9 April 2013

Kerana Banyak Isu Di Kedah Tak Tertanggung Azizan, Beliau 'Divert'kan Kepada Selangor ??!! #SaveKedah #TolakPR #GE13 #PRU13


Tindakan kerajaan PAS Kedah mengutuk pentadbiran kerajaan PKR Selangor telah menunjukkan kita dengan jelas tiada keserasian di dalam Pakatan haram ini.

Kedah yang diterajui Ustaz Azizan nampak begitu takut dengan angin perubahan yang berlaku di Kedah sehingga terpaksa mengkritik kerajaan Selangor untuk mengalihkan perhatian masalah-masalah yang melanda di negeri itu sepanjang lima tahun pemerintahan PAS.

Banyak masalah yang tidak mampu diselesaikan sehingga menyebabkan kerajaan negeri Kedah tidak berani menjanjikan apa-apa untuk untuk pilihan raya akan datang.

Sebaliknya Azizan terpaksa bekerja keras dengan memberi perhatian khusus ke atas usaha menunaikan janji-janji lama yang gagal ditepati spanjang pemerintahan parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

“Selangor tu sebab mereka dulu tiada pengalaman. Bukan…mereka janji banyak sangat. Lepas tu tak larat nak bayar.

“Geng-geng tu protes setiap hari, sampai rumah pun suruh kerajaan bayar. Gila puak ni,” kata Azizan merujuk kepada protes yang sering berlaku terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Gagap.

Azizan baru-baru ini teruk dikritik kerana menipu telah membina sebanyak 12 buah masjid dan dengan bangga meletakkannya di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’. Kalau sayang dengan Kedah kenapa sanggup nak tipu rakyat? Inikah imej Islam yang dibawa oleh PAS? Memalukan.

Akhirnya Azizan akur kerajaan Pakatan tidak mampu menunaikan janji-janji manis mereka sewaktu pilihan raya. Oleh sebab ini, amatlah wajar pemimpin-pemimpin Umno Kedah mengambil iktibar dan membantu rakyat Kedah dari terus ditipu parti Isle itu.

Mereka seharusnya tidak mengutamakan jawatan tetapi bersatu dalam memastikan kemenangan BN dalam PRU13 nanti.

Malah Tahap kesihatan Azizan yang kerap kali menjadi isu kembali menjadi tumpuan apabila beliau gagal hadir dalam beberapa majlis penting kebelakangan ini. Sebagai contoh pernah satu ketika, Azizan selaku ‘tuan rumah’ tidak muncul pada majlis yang menyasarkan lebih 35,000 tetamu di Seri Mentaloon, kerana dikatakan mengalami masalah kesihatan serius.

Mengenai desakan beberapa pemimpin akar umbi PAS yang mahukan beliau digantikan dengan calon lain pada PRU-13 berikutan masalah kesihatan yang beliau alami, Azizan berkata beliau akan bertanding termasuk mempertahankan DUN Sungai Limau jika diminta pucuk pimpinan parti.

“Kalau orang cakap dah lama, beri orang lain takpe lah. Tapi saya tetap ketuai PAS negeri bersama pakatan pembangkang untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) (pada PRU-13). Saya nak jadi kapten, saya jeneral pilihan raya, tak boleh lemah, kena kuat.

“Kalau masalah kesihatan, Tuan Guru Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) lagi sakit. (Pengerusi DAP) Karpal Singh naik wheel chair (kerusi roda) terus,” katanya.



UrukHai.

No comments:

Post a Comment