Followers

Friday, 12 April 2013

Pas Kelantan Mahu Gagalkan Rancangan Projek PR1MA BN ??!! #TolakPR #TukarKelantan


Kerajaan PAS negeri Kelantan dilihat seolah-olah mahu menggagalkan projek Pembinaan Perumahaan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Wakaf Mek Zainab berdasarkan beberapa syarat Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang agak keterlaluan.

PR1MA dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 15 Mac lalu.Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata projek berkenaan ialah antara tujuh janji yang dibuat oleh Najib kepada rakyat Kelantan.

Beliau berkata kerajaan negeri seolah-olah cuba memberi tekanan kepada projek itu apabila MPKB hanya membenarkan pembinaan 300 daripada 1,000 unit yang dirancang.

"Bagaimanapun, Kerajaan Pusat tidak akan bertolak ansur dalam hal itu demi rakyat yang memerlukan rumah mampu milik itu," katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan 16 penduduk Kampung Paya Bemban di sini, Rabu malam.

"Jangan ketatkan syarat sebab projek ini untuk rakyat. Syarat mereka agak keterlaluan, sedangkan reka bentuk dibuat mengikut apa yang ditetapkan dan selamat untuk dihuni," katanya.

Pada perjumpaan tersebut, 16 keluarga daripada 23 keluarga menerima bantuan berbentuk wang tunai apabila rumah yang dihuni mereka telah diambil pemilik tanah.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...