Followers

Tuesday, 9 April 2013

CN Afghani Cabar Pas Debat Isu Tabung Memali !! #TolakPR #ManifestoBukanJanji #TukarKelantan #SaveKedah #SayangiSelangor #BNBagus


Bekas ahli PAS seumur hidup Zainon Ahmad atau lebih dikenali sebagai CN Afghani mengulangi kenyataan beliau mencabar pemimpin PAS berdebat mengenai wang Tabung Memali yang didakwa beliau 'lesap'.

Kenyataan Afghani disuarakan berikutan sikap pemimpin PAS yang dilihat berdiam diri utntuk menyatakan kebenaran.

"Kemana hilangnya wang Tabung Memali perlu dijawab oleh pemimpin Pas kerana rakyat khususnya mereka yang menderma dari seluruh negara mahu tahu," katanya ketika menyampaikan ceramah di sini malam tadi.

Tambah Zainon lagi, PAS perlu menyahut cabaran tersebut dan menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Afghani sebelum ini pernah membongkar penyelewengan yang dilakukan PAS dalam isu Tabung Memali ekoran ramai balu serta waris mangsa insiden tersebut tidak mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.

Beliau juga turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan yang dilakukannya agar pihak yang terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Pada 19 november 1985, insiden berdarah di Memali berlaku di Kampung Memali, Baling menyaksikan pertempuran antara 200 anggota polis dengan 400 penduduk, yang didakwa pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Kejadian tersebut menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban manakala 159 lagi ditahan dengan 36 antaranya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...