Followers

Sunday 7 April 2013

PKR Pasir Salak Lumpuh, Ahli Sertai Umno !! #PG13 #TolakPR #VoteBN #GE13


PKR Perak sekali lagi menerima tamparan hebat apabila bukan setakat 62 ahli Cabang Pasir Salak, tetapi turut serta Pengarah Pilihan Raya PKR kawasan berkenaan menyertai Umno. Penyertaan itu menyaksikan Ahmad Taufik Hassan menuruti jejak langkah 338 ahli PKR sebelum itu yang menyertai Umno pada 8 Mac lalu.

Kesemua mereka yang menyertai Umno telah menyatakan ikrar setia kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dan menyerahkan borang keahlian dalam satu majlis baru-baru ini. Keputusan mengejutkan itu turut menyaksikan jentera parti tersebut di Pasir Salak hampir lumpuh.

Selain Ahmad Taufik yang sudah 15 tahun bergiat aktif dalam PKR, turut menyertai UMNO pada majlis itu ialah Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Pasir Salak, Abdul Rahim Abdul Rani. Ahmad Taufik berkata, beliau bertindak meninggalkan PKR kerana terlalu kecewa dengan sikap angkuh pucuk pimpinan parti tersebut yang tidak mahu mendengar suara, hasrat dah kehendak akar umbi.

Menurutnya, sebarang keputusan parti itu ketika ini dibuat secara bersendirian tanpa perbincangan sehingga mengabaikan kerja keras yang dilakukan ahli akar umbi.

“Saya lihat prinsip yang saya dokong selama 15 tahun mula dinodai sedikit demi sedikit dan menjelang pilihan raya, saya lihat semakin parah dan bakal membawa rebah. Suara kami akar umbi ini tidak lagi didengari,’” katanya.

Bekas setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip bersama 338 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai pada 8 Mac lalu.

Tajudin turut melihat keputusan yang dibuat Ahmad Taufik dan ahli PKR Pasir Salak yang lain untuk meninggalkan PKR dan menyertai UMNO merupakan satu keputusan tepat dan bijak.

“Saya berjanji tidak akan mensia-siakan keputusan yang telah dibuat mereka. Mereka akan mendapat dokongan yang lebih baik bersama kita dalam memperjuangkan kepentingan rakyat,” katanya.

Tajudin turut menyifatkan PKR Pasir Salak kini ‘lumpuh’ dan memerlukan tongkat berikutan tindakan Ahmad Taufik yang dahulunya merupakan orang kuat dalam merencana serta menggerakkan jentera PKR di kawasan itu.

“Kini kita boleh gunakan kepakaran, tenaga dan daya pemikiran mereka untuk UMNO dan BN dalam melancarkan program membela masyarakat di Pasir Salak,” katanya.

Tindakan meninggalkan PKR itu jelas membuktikan PKR ini hanyalah parti Anwar Ibrahim, Azizah, dan Nurul Izzah.

Perjuangan dan keadilan dalam PKR juga sekadar memenuhi matlamat Anwar untuk menjadi perdana menteri sedangkan pendapat anggota di peringkat akar umbi tidak langsung dipeduli. Keadilan dalam PKR hanya retorik.

PKR = Anwar Ibrahim+Azizah+Nurul Izzah.

Dari dulu sampai sekarang Anwar memang tak dengar pandangan orang lain. Asyik veto, asyik saman, asyik pergi hotel jumpa budak muda. Ahli-ahli PKR semakin diabaikan oleh Anwar.




UrukHai.

3 comments:

  1. gua melayu,beb!7 April 2013 at 18:03

    Kalau ikut kn sembang UMNO dr dulu lg,PKR dh tinggal 3 beranak tu je,PAS tinggal Hj Hadi dn Nik Aziz dn DAP tinggal LKS,LGE dn Karpal je.PKR Pasir Salak bergerak juga,bkn ahli dr cabang lain yg menggerak kn ny.Tp yg pasti ny,dr 8 popular posts dlm blog ini,6 ada lh cerita lucah.Itu menunjuk kn mentaliti admin blog ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mentaliti macam kolah yang membuatkan ramai orang macam ko x boleh nak berfikir ko tahu tak??..ko tak baca ko main tuduh jer admin blog ni macam ni,..baca lah dulu,..aku dah baca semua ada input,terus terang aku kata ko biler komen macam ko kata bahan lucah aku rasa sebenarnya ko tercari-cari bahan lucah dalam tenet ni kot..pas tu ko tuduh admin macam tu..ko ni macam kartun laa,aku nak bagi tahu ko satu benda je..sebab aper admin blog ni main citer macam ko cakap...sebabnya mudah..ko tengok pemimpin BN ader skandal seks tak??yang popular skandal seks adalah Parti yang ko sokong sgt tu..macam si Nuar Gay Tua tu,...ko ni peliklah...klau tak der citer buat aper admin ni nak main citer macam tu...hahahahaha UNDILAH BARISAN NASIONAL !!!

      Delete
  2. Aku dok dekat area Seberang Perak, tau benor kawasan Kota Setia, Ulu Dedap dan lain-lain tu. Tahun 2008, memang meriah sungguh kawasan tu dengan bendera PR.

    Tahun ni, memang lumpuh habis..

    Jadi, jangan dok kelentonglah kata tak bagi kesan pada PR. Kot nanti bila kalah puak taksub Anwar ni takleh terima kenyataan dan pergi buat demonstrasi, aku tak tahu le..

    ReplyDelete