Followers

Tuesday, 22 January 2013

Wow !! Tahniah, Akhirnya Che Ta Mengaku Jugak ? !!


Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR - Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 41, semalam menyangkal dakwaan dia sudah bertunang dengan pelakon Zain Saidin seperti yang dihebohkan.

Kata Rozita atau mesra dengan panggilan Che Ta, mereka memang serius menjalin hubungan tetapi belum ke tahap risik merisik atau bertunang.


Pada saat ini hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi masing-masing, biarpun sudah lama berkawan. Kalau ada jodoh, adalah. Biar Allah yang tentukan semuanya,"

Che Ta berkata, ketika ini dia masih sibuk dengan kerjaya lakonan dan tidak ada masa untuk memikirkan soal perkahwinan. Bagaimanapun tidak menolak kemungkinan jika jodohnya bersama jejaka berdarah kacukan itu.

“Seperti yang peminat tahu, itu merupakan pendapat Zain secara peribadi. Harapan saya agar peminat sentiasa mendoakan kebahagiaan kami," katanya.

Zain baru-baru dalam satu temu bual memberitahu yang hubungannya dengan Che Ta memang serius dan kalau ada rezeki, mereka akan berkahwin pada tahun ini.

P/s : Tahniah Uruk ucapkan pada Che Ta dan Zain, ada rezeki esok ni jadilah kot noo...kalau dah jodoh,tak akan lari gunung di kejar. hehe gambar atas tu kasi 'suspen' jer..harap Che Ta tak marah noo...


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...