Followers

Wednesday 16 January 2013

Isu Kalimah Allah : Guan Eng Lari Sebab Takut Kena Tibai ??!!



Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri, Lim Guan Eng di sini hari ini gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu kalimah Allah dan keputusan Pas menolaknya.

"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.

Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Guan Eng dengan suara perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa- apa soalan tak?", sebelum bingkas bangun dan beredar.

Bagaimanapun, semalam seorang wartawan dikatakan bertanya soalan serupa dan beliau berkata, beliau tidak memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Guan Eng dalam ucapannya sempena Krismas lepas yang menggesa kerajaan Persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Kenyataan Guan Eng itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pihak Istana Selangor, namun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Guan Eng, malah menyatakan yang kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut. — BERNAMA

P/s : Itu baru 'press' tibai sikit jaa...heh heh heh...nak terkencing dah.. hhhaarrrrrkkkTttttuuuiiihh !! Uruk ludah muka LGE !! amacam ??!!, Dah 'Press' tanya cakaplah, tak payah nak tulis-tulis..time kuar statement  ari tu main cakap jaa.. !!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment