Followers

Friday 25 January 2013

Isu Kalimah Allah : PAS Akan Akur Desakan DAP ??!!



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,  Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui awal bulan ini.

Menurut Noh, Pas bagaimanapun akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu yang mengambil pendirian bukan Islam boleh guna kalimah ALLAH dengan bersyarat.

"Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam Pakatan Rakyat walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.

"Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura Pas jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati.

"Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam pilihan raya umum," katanya ketika mengulas isu Karpal Singh mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment