Followers

Monday 14 January 2013

#KL112 : Mampus !! Tak Lama Lagi Penganjur #KL112 Nanti Kena 'GETAH' La !!



KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka, Sabtu lepas yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
   
NGO itu ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Semarak Insan Malaysia (Semarak) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
   
Mereka diwakili Presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini dengan diiringi empat rakannya.
   
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Ali meluahkan kekesalan pihak NGO berkenaan kerana peserta perhimpunan membawa kanak-kanak.
   
Polis kini menjalankan siasatan terhadap perhimpunan itu kerana didakwa melanggar tiga peraturan dalam APA iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur perhimpunan dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
   
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib turut membidas tindakan peserta perhimpunan membawa bayi dan kanak-kanak.    

Ia tindakan yang tidak bijak dan tidak bertanggungjawab, malah boleh mendatangkan bahaya serta mengancam nyawa kanak-kanak terbabit sekiranya berlaku sebarang kekacauan, katanya. - Bernama


P/s : Hat-hat jenis macam ni nanti kena la!! Klik : MKP, haa tunggu apa lagi pakat-pakat pi cari Mat Sabu..!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment