Followers

Monday, 21 January 2013

Rokok E-Elektronik Bahaya Kepada Pengguna ??!!



Uruk sebenarnya mahu bertanyakan pada Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkenaan rokok e-elektronik yang sekarang ini cukup popular dikalangan perokok yang mahu berhenti rokok secara beransur-ansur. Bukan niat Uruk untuk menghentam tetapi dengan kenyataan beliau sedemikian Uruk juga 'confius' mana satu yang betul dan yang tidak. 

Adakah beliau menerangkan tentang apa dan maksud bahayanya kepada pengguna ? sedangkan alat tersebut dan apa yang Uruk tahu ianya adalah baik untuk perokok tegar macam Uruk ni.

Lihat video dibawah : 


Dalam soal jawabnya bersama wartawan di Bentong Pahang, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu kepada wartawan ianya adalah berbahaya, tetapi tidak pula memberitahu dengan lebih terperinci tentang apa yang diperkatakannya.

Ikuti berita dibawah : 

BENTONG - Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok e-elektronik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 353 pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah bagi kawasan Parlimen Bentong di sini, hari ini.

Liow berkata sekalipun salah, namun penjualan rokok e-elektronik itu sukar dikawal berikutan orang ramai didapati melakukan pembelian menerusi internet.   

"Rokok e-elektronik atau e-rokok ini kononnya bertujuan membuang tabiat merokok secara beransur-ansur, tanpa disedari mereka yang menggunakannya terdedah kepada kepada pelbagai jenis penyakit kronik," katanya.

Pada perkembangan berkaitan, Liow yang juga anggota Parlimen Bentong berkata kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Belanjawan 2013 bertujuan memastikan kualiti hidup yang lebih baik dan sihat.

Katanya tidak ada gunanya jika negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan rakyat pendapatan tinggi tetapi mereka berada dalam keadaan tidak
sihat dan menghidap pelbagai jenis penyakit kronik.

"Keadaan seperti itu akhirnya akan menyebabkan produktiviti dan ekonomi negara tidak meningkat.

"Kita berharap rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan banyak membuat senaman sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari dan menjauhi tabiat yang boleh merosakkan kesihatan seperti merokok," katanya. - Bernama

Uruk berharap kepada Menteri Kesihatan, supaya mengkaji semula dan memberitahu rakyat tentang  apa bahayanya penggunaan rokok e-elektronik secara lebih jelas dan terperinci lagi agar rakyat faham tentang apa yang dimaksudkan dengan bahayanya terhadap penggunaan alat ini.

P/s : perggghh.. Uruk baru nak beli, tapi buat masa ni kena tunggu apa Menteri Kesihatan nak kata...


UrukHai.

1 comment:

  1. Alasan semua kerajaan je tu tuan rumah... kalo betul e-ciger nih bahaya... naper x haramkan rokok ori tu... tu sah2 lg bahaya...

    Bkn aper... tobacco tax x dpt kutip kalo guna e-cigar nih... tu sebab byk negara haramkan e-ciger sbb x nak ilang income secara mendadak...

    Kira je la rokok kat EU baper kalo nak banding ngan harga kita... sana lg mahal... n Britain pengeluar tembakau yg leh tahan hebat gak...

    Pgg je la ayat nikotin tu dadah terkawal... abis citer... kene ada kebenaran doktor or lesen baru leh guna... tapi x leh sbb byk makanan yg ada bahan tu...

    Bab x tau jumlah nikotin per botol... kita tau ke per btg rokok ada baper byk nikotin secara tepat? tu x masuk bahan2 lain mcm tar...

    Luahan hati perokok tegar selama 16 thn (1 ari 2 kotak rokok) yg guna e-cigar selama 5 bln dan dah berhenti merokok secara mutlak

    ReplyDelete