Followers

Wednesday, 23 January 2013

DAP Dok Pening Pasal CEC Macam Mana Mau Kasi 'Kowtim' ??!!



Biarpun sudah 40 hari mengadakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), DAP masih belum menyerahkan keputusan tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk pengesahan.

Berdasarkan Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966, semua pertubuhan yang mengadakan mesyuarat agung perlu mengemukakan penyata kewangan dan senarai ahli jawatankuasa dalam tempoh 60 hari selepas pemilihan.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kelewatan tersebut walaupun masih tidak melanggar peraturan namun menyebabkan pihaknya tidak dapat memeriksa dengan teliti perjalanan pemilihan.

"Sekarang saya masih tidak boleh ulas banyak perkara sehingga dapat penyata tahunan dan senarai ahli jawatankuasanya kerana maklumat yang ada semuanya diperoleh melalui media sahaja.

"Jika selepas tempoh 60 hari mereka masih gagal menghantar dokumen rasmi sebarang pindaan yang hendak dilakukan tidak sah dan tergantung," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

P/s : Dok Adjust lagi kot ?...


UrukHai.

No comments:

Post a Comment