Followers

Friday 25 January 2013

Isu Kalimah Allah : 10 NGO Desak Lim Guan Eng Pula Mohon Maaf ??!!



Sungai Petani - Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda hari ini mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.


Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.

Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.

"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.

Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.

"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya. - Bernama

P/s : LGE Ibarat baling batu sembunyi tangan..HHaaaaarrrkkktttuuuuiiiiihhh !!



UrukHai.

No comments:

Post a Comment