Followers

Wednesday, 23 January 2013

Rakyat Kelantan Sambut Baik 7 Projek BN Di Sana ??!!



Rakyat Kelantan menyambut baik tujuh projek besar yang diumum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan dua hari lepas, kata Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata, rakyat di Kelantan sememangnya mengharapkan projek berimpak tinggi seumpama itu yang disifatkan mampu membawa transformasi kepada rakyat serta negeri itu sendiri.

"Pengumuman ini terbukti bukanlah janji kosong seperti yang didakwa sesetengah pihak kerana sebelum Najib mengumumkan projek ini, beliau telah mengarahkan beberapa kementerian dan jabatan untuk membuat persediaan melaksana projek.

"Perbincangan lanjut akan diadakan dengan Jabatan Kerja Raya, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat serta jabatan-jabatan lain bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan hal-hal berkaitan," katanya dalam satu kenyataan semalam.


Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata, tujuh projek tersebut antaranya pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dijangka bernilai RM200 juta bakal menempatkan 5,000 pelajar dan perancangan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu.

Projek lain ialah pembinaan lebuh raya menghubungkan Kuala Krai ke Kota Bharu dan pembinaan rumah mampu milik sebanyak 1,000 unit di atas tanah seluas enam ekar di Kota Bharu. - BERNAMA


UrukHai.

No comments:

Post a Comment