Followers

Saturday 26 January 2013

Isu Kalimah Allah : [Video] Pakatan Rakyat 'Hangat Juboq' Bila Naser Disa Bersuara ??!!



Pada penghujung tahun 2012, isu penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu kembali timbul apabila ia dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai mesej Krismas beliau kepada kerajaan BN. Perkara ini mendapat tentangan kuat daripada beberapa NGO Islam di Malaysia.

Berikutan hal ini, Sultan Selangor mentitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk umat Islam sahaja dan mana-mana pihak yang cuba mengingkari akan ditahan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor terus dengan pendirian mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim selagi ia tidak disalah gunakan. Manakala, Majlis Gereja Malaysia tetap berkeras ingin menggunakan nama "Allah" atas alasan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu " agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".

Berlaku juga konflik di dalam parti PAS apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah.

Dan ia disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Namun di pihak Dewan Ulama PAS pula tidak bersetuju penggunaannya bagi bukan Islam. Mereka berpendapat istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.

Saksikan Pula Video Dibawah : 

Video ini adalah semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013.

Mahamad Naser Disa merupakan Timbalan Ketua Penasihat Bahagian Penasihat Syariah (JPN). Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.



Sumber Klik : Dr MiM.

UrukHai.

No comments:

Post a Comment