Followers

Saturday, 26 January 2013

Menangis Kerana Ditahan Berjudi ??!!


Gambar Hiasan

Seorang remaja berusia 16 tahun yang baru memulakan permainan judi menangis teresak-esak sebaik ditahan polis dalam serbuan pusat judi di Kampung Sungai Kayu Ara, kelmarin.

Remaja berkenaan merayu dilepaskan dan berjanji tidak akan melakukan perkara itu selain mengaku wang RM2 yang digunakan itu diminta daripada ibunya dengan alasan mahu membeli barang.

Ketika ditanya alasan dia bermain judi, remaja yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai buruh binaan itu mengaku pernah melihat bapanya berbuat demikian sebelum timbul rasa ingin mencuba.

Dalam serbuan jam 9.45 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu, polis menahan 19 kaki judi termasuk seorang penjaga premis warga Indonesia berusia awal 20-an.

Semua yang ditahan berusia 16 hingga 40 tahun.

Serbuan dikenali sebagai Ops Dadu itu diketuai Asisten Superintendan Mohd Nazri Daut bersama empat pegawai dan 19 anggota dari IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara Utama.

Menurut Mohd Nazri, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki yang ditahan adalah warga tempatan, dua lagi bertaraf penduduk tetap (PR), 10 daripadanya memiliki pasport dan lima lagi tiada dokumen sah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis yang dibuka 24 jam berkenaan baru beroperasi seminggu lalu dan sebilangan besar pelanggan mereka warga asing di kawasan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 11 unit pemprosesan komputer (CPU) digunakan untuk aktiviti judi dalam talian dan dua mesin judi menggunakan syiling serta wang RM500.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk pemeriksaan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...