Followers

Monday 21 January 2013

Lim Guan Eng Dah Jadi YDP Majlis Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang Ker ??!!


Inilah yang berlaku di Pulau Pinang, seakan-akan mengagungkan Lim Guan Eng pulak dalam menyambut hari kelahiran Baginda Rasullulah SAW.Kita tahulah  Guan Eng adalah Ketua Menteri Pulau Pinang namun dalam hal ehwal yang melibatkan agama Islam khususnya dalam sambutan Maulidur Rasul, Uruk cukup pelik dan hairan kenapa pula nak meletakkan gambarnya sebagai yang TERUTAMA untuk dijadikan bahan ucapan/'banner'?


Ini adalah sambutan Maulidur Rasul !, mengapa tidak saja meletakkan gambar TYT Negeri Pulau Pinang  Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas bukankah ianya lebih baik ?  Bagi Uruk puak-puak PR ni sudah pun mencemarkan Sambutan Maulidur Rasul apabila meletakkan gambar sedemikian rupa apatah lagi dengan tulisan bertulis "Qudwatul Ar-Rasul Membentuk Keperibadian Unggul"  kerana ianya tak kena langsung.


Itu yang terjadi di Pulau Pinang, Disamping apa yang terjadi Uruk juga ingin berkongsi dengan pembaca makna dan erti apa yang dikatakan 'Maulidur Rasul' seperti mana disambut oleh seluruh umat Islam di Malaysia mahupun diseluruh dunia.

"Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi".

"Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul".

"Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh".

"Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala".

"Keberkatan mengadakan Majlis Maulud oleh umat Islam bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh umat Islam yang serumah dan juga tinggal di tempat itu mendapat keberkatannya".

P/s : kalau tanya LGE ada dia boleh jawab apa itu 'Maulidur Rasul' ??!!


UrukHai.

1 comment:

  1. zaman Koh Tsu Koon tak pernah belaku nie

    ReplyDelete