Followers

Tuesday, 22 January 2013

Datuk Seri Azizan MB Kedah "Mulut Longkang" ??!!



ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak semalam diselar kerana menyalahkan syarikat MAS Incorporated Ltd. (MAS) atas kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea (PNG).

Pengerusi Eksekutif MAS Incorporated (PNG) Ltd. (MAS), Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid berkata, kerajaan negeri tidak bertanggungjawab apabila menjadikan beliau sebagai kambing hitam di atas masalah yang timbul.

ABDUL Manaf Abdul Hamid menunjukkan dokumen perjanjian usaha sama antara MAS Incorporated (PNG) Ltd. dengan kerajaan negeri Kedah melaui Kedah Corporation Berhad dalam projek pembalakan di negara Papua New Guinea pada sidang media di Alor Setar semalam.


"Dalam beberapa laporan media, Azizan mencemarkan nama baik saya apabila menuduh saya menderitai penyakit ketumbuhan dalam otak, ini semua tidak betul dan fitnah," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Pada 2008 Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dan MAS menandatangani perjanjian usahasama untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti itu.

Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan PMBKed mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.

Abdul Manaf berkata, kegagalan projek tersebut bukan disebabkan penyelewengan atau salah tadbir urus MAS tetapi berpunca daripada PMBKed melalui Kedah Corporatian Berhad (KCB) tidak mahu meneruskan pelaburan kerana tiada kemampuan kewangan. 

Sumber Klik Utusan.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...