Followers

Saturday, 19 January 2013

Nampak Tak Tok Guru Nik Ajieh Ni Dah Nyanyuk ??!!



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam  dengan tegas meminta semua pihak termasuk pemimpin Pakatan Rakyat  (PR) menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura pada Ahad lalu menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.

Menurutnya, biarpun ada yang beranggapan wujudnya percanggahan pendapat selepas keputusan ditetapkan Majlis Syura itu terpulang kepadanya untuk membuat dakwaan.

“Itu ikut dia, tetapi saya tidak mahu cakap benda yang terang dan jelas ini, benda ini  sudah jelas dah dan kenyataan bertulis telah dikeluarkan.

“Sampai bila nak selesaikan isu ini, kalau tutup buka, tutup buka. Majlis Syura sudah membuat keputusan bertulis dan saya sendiri telah menandatanganinya,” katanya kepada media ketika ditemui di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali semalam, yang menegaskan Pakatan Rakyat mempunyai keputusan sebaliknya daripada ketetapan Majlis Syura dan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu.

Sumber Sinar Online.


UrukHai.

1 comment:

  1. nyanyuk x bleh blah....x pernah aku dengo pemimpin yang kemaruk memimpin sampai nyanyuk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...