Followers

Monday 31 December 2012

Budget 2013 : Senarai Telefon Bimbit 3G Yang Mendapat Rebet RM200 (Telefon Pintar Belia) !


HTC Wildfire

Sempena Budget 2013 yang diumumkan Perdana Menteri 28 September lalu, belia warganegara Malaysia berumur 21 hingga 30 tahun kini boleh mula memohon rebat RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G yang terpilih daripada peniaga-peniaga yang dicalonkan dan berdaftar dengan syarikat-syarikat telekomunikasi. 

Permohonan bagi Pakej Komunikasi Belia (PKB), di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara ini boleh dibuat dengan mendaftar secara dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/ bermula dari tarikh 1 Januari 2013. Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.


Berikut senarai model telefon pintar yang akan ditawarkan adalah :

1) Alcatel 993D
2) Alcatel OneTouch Glory 2
3) Alcatel OneTouch Inspire 2
4) The Buzz Phone
5) HTC Wildfire
6) Huawei Ideos X3
7) LG Optimus L3
8) Ninetology Black Pearl II
9) Ninetology Palette
10) Nokia 2730
11) Nokia 7230
12) Nokia Asha 305
13) Nokia Asha 308
14) Nokia Asha 311
15) Nokia C2-03
16) Nokia Lumia 610
17) Samsung Galaxy Chat
18) Samsung Galaxy Mini
19) Samsung Galaxy Pocket
20) Samsung Galaxy Y
21) Sony Xperia Tipo
22) ZTE Acqua
23) ZTE V790

Nota: Di atas adalah senarai model pada 26 Dis 2012 yang akan dikemaskini dari masa ke semasa di laman web penyedia perkhidmatan.

Belia yang layak memperoleh rebat RM200 akan dapat membeli telefon pintar 3G daripada senarai yang ditawarkan yang berharga sehingga RM500 sahaja, hanya daripada peniaga yang terpilih dan ejen yang telah dilantik oleh pembekal perkhidmatan. 

Orang ramai perlu mencari logo "Pakej Komunikasi Belia" yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut. Mereka juga perlu menyemak laman web penyedia perkhidmatan untuk senarai telefon pintar dan pengedar yang mengambil bahagian.

Dengan rebat itu, mereka hanya perlu membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki telefon pintar 3G yang baharu. Idenya ialah untuk meluaskan insentif ini kepada mereka yang belum menggunakan telefon pintar 2G kepada telefon pintar 3G.

P/s : Anda boleh melayari laman sesawang ini untuk mengetahui perisian dan lanjut mengenai telefon diatas Klik : www.gsmarena.com


UrukHai.

1 comment:

  1. alhamdulillah..nak harap PR...bulu pon belum tentu dpt

    uan mohon pautkan saya dalam blog tuan :)
    http://daengselili.blogspot.com/
    Saya dah pautkan blog tuan diblog saya

    ReplyDelete