Followers

Tuesday 7 May 2013

Khas Untuk Bangsa Cina !! (SEJARAH) 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969 KITA BONGKAR!! #TolakDAP

Parti Komunis Malaya.

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969
(Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969).

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya. Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.


Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yg ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar2. Tentera Jepun memang anti kaum China.

Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu. Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung2 mencari bekas polis tersebut yg kebanyakannya orang Melayu. Di kampung Sungai Manggis, Kalumpang terdapat cerita2 yg mana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa2 mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yg sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup2. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam. Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri2 lain seluruh Tanah Melayu. Tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara2 mereka dibunuh. Pakar2 sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yg membunuh ialah anggota Bintang Tiga yg kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yg bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak. Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yg menghapuskan sistem Raja2 Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yg hebat dari semua lapisan orang Melayu. Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yg menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam PRU 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Penyokong2 parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong2 pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yg cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir. Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang. Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yg tidak berdosa. Contohnya, orang yg membeli belah dan mereka yg menonton wayang di pawagam2 di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur.

Kedua2 peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu. Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yg cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu. Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yg di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doktor, arkitek dan sebagainya. Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa. Jangan kerana kemarukkan sedikit kuasa, segalanya termasuk Bangsa & Agama mahu digadaikan. Belajarlah dari sejarah yang pernah berlaku ... kerana masih ada yang sedang menggunting dalam lipatan ....


UrukHai.

7 comments:

  1. Kita boikot segala benda berkaitan dengan bangsa Cina!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cinadoll pun? Sussa la idop macam ni..

      Delete
  2. Ada Hikmahnya Qada dan Qadar Allah kepada PRU-13 kali ini.
    Allah mahu seluruh umat Islam di Malaysia ini berfikir seketika siapakah Melayu Islam dan Siapakah Bangsa Cina terhadap Melayu Islam?
    Renungkanlah dan bapa-bapa sekelian ambilah waktu seketika selama 10min pun takpe dan tatap lah wajah anak-anakmu sedalam-dalamnya iaitu zuriat melayu islam kita yang masih kecil kini untuk menghadapi bebanan ini bagi menggantikan kita ini dimasa hadapan kelak . Zuriat Islam inilah yang akan mengundi pula dan menentukan kerajaan dimasa hadapan apabila kita ibu dan bapa mereka telah pulang kerahmatullah. Kita bukan seistimewa Nabi Allah Adam yang dikurniakan Allah kepanjangan usia hingga mampu hidup beratus tahun bagi menyaksikan segala perubahan yang akan berlaku di dunia ini khususnya di Negara Malaysia kita ini .Selepas itu bertanya lah pada diri sendiri. Apakah masih ada keistimewaan untuk zuriat (anak-anak islam ini ) pada masa hadapan jika kafir laknatullah memerintah ?
    Kemanakah corak Anak-Anak Melayu Islam dan zuriat kita ini yang akan meneruskan kehidupan selepas ketiadaan kita nanti diMalaysia ini? Selamatkah Akidah anak-anak islam kita ? Berkuasa lagikah Agama Islam DiMalaysia ? Masihkah zuriat Melayu Islam kita yang akan menjadi PM & TPM di waktu itu ? Fikir dan Renungkan lah biarpun sejenak.

    ReplyDelete
  3. peperangan di Manchuria dan wilayah Nanking antara China dan Jepun .
    Persatuan 2 China di Tanah Melayu telah menghulurkan bantuan kewangan ke China.
    ianya salah satu punca terjadinya Perang Dunia Kedua di Asia dengan melibatkan Amerka Syarikat..
    Apabila Tanah Melayu di tawan Jepun mula mencari kuncu 2 persatuan Cina segala dokumen penghantaran bantuan dari persatuan China di Tanah Melayu telah perolehi perisik Jepun semasa di China memudahkan mereka dicari.
    Oleh sebab itu lah ramai orang2 China di Tanah Melayu di bunuh bukan kerana kekejaman tapi penglibatan mereka dalam peperangan di Manchuria.

    ReplyDelete
  4. marah kat jepun bunuh orang melayu...kata tali barut...yang mai sini tu pun tali barut jugak...ayuh melayu semua bangkit...walaupun kiyai salleh dan guru-guru terdahulu dah lama meninggalkan kita tetapi waris mereka masih ada...tunggu...

    ReplyDelete
  5. Tapi malangnya banyak bijak pandai melayu bertaraf prof dan lain lain yang berjaya berkat DEB tidak sedar diri malah mengigit tangan yang memberi mereka makan. Pengkhianat!

    ReplyDelete
  6. jepun memang benci orang cina. diorg kata bangsa cina tidak boleh dipercayai

    ReplyDelete