Followers

Friday 25 January 2013

Isu Kalimah Allah : Lagi Ahli PAS Desak PAS Supaya Keluar Pakatan ??!!



Sebelum ini di Pulau Pinang juga kita mendengar desakan yang mendesak supaya Pas keluar dari Pakatan Rakyat Klik Sini begitu juga kali ini, di Kelantan kita dapat mendengar desakan yang sama demi kesucian Islam itu sendiri.

Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng, penduduk Kampung Padang Enggang itu  turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah ALLAH ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah ALLAH itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah ALLAH tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. - Bernama

P/s : Sepatutnya Pas sekarang ini mulai sedar yang mereka selama ini dijanjikan akan tempat dan keistimewaan dalam Pakatan Rakyat, namun apa yang kita dapat lihat sebenarnya adalah pembohongan oleh Dapigs yang diberikan pada Pas.

Syabas dan tahniah Uruk ucapkan pada ahli Pas yang membantah dan mendesak agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat yang selama ini hanya ditunggangi oleh Dapigs.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment