Followers

Sunday 27 January 2013

Rakyat Sudah Bosan Dengan Retorik Pembangkang !



KUANTAN - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dilihat semakin bosan dengan pelbagai karenah dan retorik yang dicetuskan parti pembangkang.
 
Beliau yang secara sinis berkata apa saja perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang tidak ubah seperti satu 'hiburan politik'.
 
"Rakyat dengar (isu yang dibangkitkan pembangkang) sebagai satu hiburan politik, tetapi akhirnya mereka (rakyat) akan memilih parti dan kerajaan yang akan membawa kepada pembelaan untuk masa hadapan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sekampung Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Indera Mahkota di sini semalam.
 
Beliau berkata rakyat mahukan sebuah negara yang stabil dan bukannya sebuah negara yang porak-peranda seperti mana yang cuba dicetuskan parti pembangkang menerusi demonstrasi jalanan.

"Mereka (rakyat) juga (dilihat) tak minat dengan reformasi, maklum balas yang kita terima, rakyat mahu kepimpinan yang boleh membawa kestabilan kepada negara," katanya.
 
Beliau berkata Wanita Umno juga kini dilandasan kukuh dan jentera pergerakan itu kini di peringkat fasa terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
 
"Kita mempunyai kekuatan dalaman, kita tak mudah nak digentarkan, sebab kita berlandaskan kepada kebenaran dan kesucian perjuangan," katanya.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment