Followers

Monday 14 January 2013

Hot !! Dr MiM Ialah 'Kasanova' FB ??!! + Terima Kasih !!



Georgetown: Seorang lelaki 'kasanova' berusia 45 tahun yang disyaki menipu mangsa dengan menyamar sebagai seorang doktor di laman Web sosial, Facebook, berjaya ditahan polis di Bukit Gambir, 4 Januari lalu.

Setakat ini, kerugian dianggarkan berjumlah RM500,000 selepas suspek mengikis wang mangsa sejak aktif menipu bermula dari 2001, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Roslee Chik.- Petikan dari Harian Metro.


Beliau berkata lelaki penganggur itu dikatakan menyamar sebagai doktor dan memperdaya wanita di beberapa negeri menerusi laman web sosial dengan menabur janji manis untuk mengahwini mereka.
   
"Mangsa kebanyakannya bekerja sebagai guru, jururawat dan sektor perkilangan serta berstatus bujang. Suspek biasanya akan menyakinkan mangsa dan turut bertemu ahli keluarga wanita berkenaan untuk berbincang mengenai majlis perkahwinan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Beliau berkata selepas mendapat kepercayaan keluarga mangsa, lelaki itu memberi alasan kesempitan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan dan memujuk mangsanya menyerahkan wang tunai, barang kemas sebelum menghilangkan diri.

"Ada juga mangsa yang sanggup membuat pinjaman bank dan menyerahkan kereta kepada lelaki itu. Kami minta wanita yang pernah berkenalan dan ditipu individu yang menggunakan nama Dr Shiva Nair, Dr Ragunathan dan Keeran Raj datang ke balai polis untuk membantu siasatan," katanya.
   
Beliau berkata hasil kegiatan selama lebih 10 tahun, lelaki yang telah berkeluarga dan mempunyai dua anak itu hidup mewah dan mampu menyewa rumah teres berharga RM1,800 sebulan.
   
Hasil serbuan di rumah suspek, polis menemui pelbagai jenis barang kemas bernilai hampir RM30,000, 49.40 gram logam dipercayai emas lebur, resit gadaian emas, jaket berlambang kementerian kesihatan, slip transaksi bank, tiga telefon bimbit dan lima kad sim.
   
Roslee berkata suspek yang berasal dari Taiping Perak dan mempunyai enam rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan itu juga didapati menggunakan nombor pendaftaran kenderaan palsu dan sering menukar nombor telefon bimbitnya - Bernama - Sinar Online.


Sumber :  Klik HMonline. & sinar online.


P/s : Maaflah Doc, Uruk Melawak jaa tu....hehehe tiada kena mengena dengan Doc pun. sajer ajer cari Publisiti sikit !!

Dr.MiM dan MMI adalah mentor Uruk sebelum Uruk memulakan perjalanan sebagai seorang Blogger. Uruk sebenarnya masih mentah didalam dunia maya ini, namun Uruk cukup berterima kasih kepada mereka terutama MMI yang selama ini bersusah-payah membantu Uruk demi melengkapkan diri sebagai seorang Blogger Pro UMNO/BN.!!

Syukur Alhamdullilah !!


UrukHai.

No comments:

Post a Comment