Followers

Saturday 26 January 2013

Isu Bakar 'Bible' Sengaja Di Gembar-gemburkan ??!!



Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan selepas ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible)," katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu. 

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat," katanya. 

Ahad lalu, Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu.


P/s : Rakyat Malaysia sememangnya masih rasional mengenai kesejahteraan sesama Agama la beb !! 



UrukHai.

No comments:

Post a Comment