Followers

Tuesday, 24 September 2013

Siapa Pemimpin Pembangkang, Peguam Hak Asasi Yang Mahu Membela Koperal Zal-Azri??!!


ZAL- AZRI Abdul Somad adalah anggota polis berpangkat Koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Berasal dari Pulau Pinang, beliau baru berusia 31 tahun dan telah 15 tahun berkhidmat dalam pasukan.

Pagi semalam, beliau bersama seorang pegawai dan tiga anggota lain dari bahagian berkenaan ditugaskan untuk menangkap sekumpulan lelaki yang disyaki cuba mencuri besi buruk di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cheng.

Serbuan ke kawasan kilang dibuat setelah polis mendapat maklumat tentang sebuah lori curi yang digunakan untuk kegiatan mencuri besi buruk berada di kawasan itu.

Mereka berjaya menahan tiga lelaki masing-masing berusia 17, 22 dan 23 tahun.

Bagaimanapun kira-kira pukul 8.30 pagi semalam, seorang daripada suspek cuba melarikan diri.

Zal-Azri cuba menahan suspek berusia 17 tahun itu dan berlakulah pergelutan, namun dalam kekalutan tersebut, suspek telah menghentak kepala mangsa dengan sebiji batu.

Suspek yang dapat melarikan diri selepas pergelutan itu, bagaimanapun berjaya ditahan di Krubong pada pukul 10.50 pagi semalam.


Takdir telah menentukan…Zal-Azri menghembuskan nafasnya yang terakhir kesan daripada kecederaan yang dialaminya, meninggalkan seorang balu dan dua anak yang masih kecil.

Dan sehingga artikel ini ditulis, belum nampak sebarang tanda-tanda ‘suara’ pembelaan, mahupun takziah keluar dari mulut wakil rakyat pembangkang terutama peguam-peguam PKR yang selama ini cukup ‘nyaring’ bila ada penjenayah yang ditembak mati.

Kenapa dan mengapa?

Adakah kedudukan anggota polis seperti Zal-Azri dalam masyarakat lebih hina bagi mereka sehingga beliau langsung tak layak mendapat pembelaan, atau setidak-tidaknya simpati daripada mereka?

Adakah hak asasi itu hanya layak untuk dinikmati mereka yang bergelar gangster, dan bukan mereka yang sanggup bergadai nyawa demi negara seperti Zal-Azri dan rakan-rakannya?

Adakah Zal-Azri perlu ‘masuk’ dalam Geng 04, Geng 08, Geng 360 (sekadar menyebut beberapa nama kumpulan samseng), baru ‘peranan’ mereka akan diiktiraf oleh peguam dan ahli-hli politik ini?

Rasanya sudah tiba masanya PDRM menyiasat kemungkinan saling kaitan penjenayah dengan golongan seperti ini.

Sudah terang lagi bersuluh, bila mana ada saja penjenayah yang ditembak mati, mereka akan keluar beramai-ramai menuntut bela.

Tak cukup di rumah, mereka akan berarak ke balai polis, bahkan sepanjang jalan hingga ke tanah kubur pun mereka akan menjerit-jerit menuntut keadilan.

Kalau rasa ia masih belum dapat memuaskan hati mereka, mereka akan menuju ke parlimen, kemukakan saman di mahkamah dan sebagainya.

Itu belum campur mengadu ke SUHAKAM dan media antarabangsa.

Dan SUHAKAM seperti yang diduga, akan turut SAMA NAIK membela kumpulan-kumpulan ini.

Sayang sekali…. di bumi yang bernama Malaysia, yang disanjung adalah mereka yang melakukan nista, tetapi yang diperlekeh adalah mereka yang bergelar wira.

Selamat jalan perwiraku, Koperal Zal-Azri Mohd. Somad.

AL-FATIHAH



UrukHai.

No comments:

Post a Comment