Followers

Sunday, 18 August 2013

KJ Pertahan Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia !


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang dalam pemilihan parti akan datang.

Beliau membuat pengumuman itu dalam acara rumah terbuka di Kampung Gadong, dekat Seremban hari ini.

Khairy, 37, dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno pada 2008.

Beliau berjaya mengalahkan menteri besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo dalam pertembungan tiga penjuru.

Sebelum ini, seorang pemimpin akar umbi Pemuda Umno dari Seputeh Mohd Razlan Muhammad Rafii mengumumkan akan bertanding jawatan itu jika Khairy tidak mempertahankannya.

UrukHai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...