Followers

Tuesday, 4 June 2013

Terkini !! LKS 'Suewweeisiau' Diantara Yang Tidak Dibenarkan Memasuki Sabah ??!!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang di antara lima nama yang dilarang memasuki Sabah, lapor roketkini, di mana ia diputuskan dalam satu mesyuarat Jemaah Menteri Sabah siri 8/2013 pada 15 Mei lalu 2013.

Lima individu terbabit ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Kit Siang melalui akaun media sosial Twitternya berkata, larangan itu mengingkari Seksyen 67 Akta Imigresen, yang menyatakan secara jelas hak asasi setiap warganegara untuk melawat Sabah atas sebab aktiviti politik yang sah di sisi undang-undang.

Menurutnya lagi, tindakan terbabit adalah suatu salah guna kuasa di pihak Ketua Menteri Sabah, yang pastinya akan dicabar di mahkamah.

Hak menghalang atau menyekat sesiapa datang ke Borneo Utara (Sabah dan Sarawak) merupakan salah satu daripada 20 perkara hak autonomi Borneo Utara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Kawalan ke atas Imigresen ke dalam mana-mana bahagian di Malaysia dari luar harus dipikul oleh Kerajaan Pusat tetapi kemasukkan ke Borneo (Sarawak/Sabah) yang perlu juga mendapat kelulusan Kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya mampu untuk VETO kemasukkan orang-orang ke dalam Borneo (Sarawak/Sabah) untuk tujuan Kerajaan Negeri kecuali atas bidang keselamatan. Borneo (Sarawak/Sabah) harus mempunyai kuasa sepenuhnya ke atas pergerakkan orang lain dari bahagian-bahagian lain di Malaysia ke Borneo (Sarawak/Sabah),”begitulah Perkara 6 Akta Imigresen dalam perjanjian 20 Perkara yang dipersetujui semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.

Bermaksud Seksyen 67 Akta Imigresen 1959/63 memberikan ‘kuasa mutlak’ kepada Ketua Menteri Sabah untuk memberi arahan kepada Pengarah Imigresen Sabah menyekat kemasukan sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dilaporkan Mingguan Malaysia berkata larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar untuk menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat di negeri itu.

Menurutnya, tindakan pemimpin pembangkang di Semenanjung itu yang sering menimbulkan kekecohan menerusi penganjuran perhimpunan haram menyebabkan kerajaan negeri bertindak menghalang kehadiran Nurul Izzah ke Sabah.

Tambah beliau, pintu masuk ke negeri itu sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melihat keunikan budaya masyarakat dan keindahan semula jadi Sabah, namun tidak kepada golongan yang cuba merosakkan amalan baik penduduk Negeri Di Bawah Bayu.

“Walau bagaimanapun, jika kerajaan negeri mempunyai sebab yang diyakini bahawa kehadiran seseorang itu ke negeri ini boleh mengancam atau merosakkan apa yang telah dinikmati selama ini, individu tersebut tidak diundang ke sini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 30 Mei lalu, Nurul Izzah yang tiba di Kota Kinabalu dihalang memasuki negeri itu mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan dimaklumkan untuk kembali semula ke Semenanjung.





UrukHai.

1 comment:

  1. 100% sokong...Buat Je APA YANG BOLEH....Gunapakai je..apa sahaja Akta yang ada......

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...