Followers

Friday 3 May 2013

TPM Tempelak Pembangkang Yang Menghasut Rakyat Untuk Mencontohi Budaya 'Arab Spring' !! #TolakPR #Vote4BN


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pakatan pembangkang yang menghasut rakyat untuk mencontohi budaya 'Arab Spring' bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tegas beliau, Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara-negara Arab yang terjerumus dengan pelbagai konflik pengurusan dan masalah ekonomi.

"Bagaimanapun, saya yakin rakyat Malaysia cintakan keamanan, jadi apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan BN, mereka harus terima dan jangan persoal, jangan pertikai.

"Saya cabar mereka untuk bersikap budiman bagi menerima keputusan dan jangan buat demonstrasi jalanan, saya cabar mereka sekarang ini dan kita tengok apa yang terjadi," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai Taman Datuk Senu, Sentul, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Batu, Prof. Madya Dr. Dominic Lau Hoe Chai dan Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Yahya Mat Ghani.


UrukHai.

No comments:

Post a Comment