Followers

Tuesday 14 May 2013

PDRM Pesan Jangan Dan Jangan !!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjawab soalan dari wartawan selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini semalam.

YAN - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mencabar undang-undang menerusi pelbagai provokasi yang sengaja mahu membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat hanya kerana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

Beliau berkata polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.

"Tiap-tiap hari saya berbincang pasal keselamatan negara dan kami ada pelan tindakan serta tahu apa yang hendak buat.

"Saya ingatkan dan saya tahu nak buat apa menerusi bidang kuasa yang ada pada polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini Isnin.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor 8 Mei lepas yang bersifat provokasi.

Beliau berkata perhimpunan yang diadakan mestilah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diwujudkan mengikut kehendak rakyat dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya.

Sementara itu mengenai kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim 26 April lepas, Ismail berkata beliau amat berpuas hati dengan kemajuan siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.

Beliau berkata kes itu serius kerana cubaan pihak tertentu untuk menakutkan penjawat awam.

Terdahulu, Ismail merasmikan IPD Yan bernilai RM60 juta, yang dibina pada awal 2010 dan mula beroperasi akhir tahun lepas.

-- BERNAMA


UrukHai.

No comments:

Post a Comment