Followers

Showing posts with label Himpunan. Show all posts
Showing posts with label Himpunan. Show all posts

Wednesday, 20 December 2017

DULU CAKAP LAIN, SEKARANG CAKAP LAIN MACAM PUNYA LAIN...ITS POLITIC BEB!!



Uiihh biaq betoi depa nih?..Dikatakan PAS dan UMNO akan berkumpul bersama , alahai makin intim pula mereka ini. 

Nanti bolehlah claim kejayaan seperti kes Rohingya dahulu, kononnya berjaya mempengaruhi Trump membantu Rohingya dan menekan Myammar.

Hangpa janganlah memandai nak mengaitkan benda ini dengan islam pula ya ini apa yang Uruk pikiaq la, ....

Yang sebenarnya mereka lakukan ini hanya sebab kepentingan politik sahaja. Tunggu sahaja Himpunan Raksaksa Ayahnda Tun Dr #Mahathir dan sekutunya nanti. Kita tengok macam mana punya taring pulak... 



UrukHai "Demi Rakyat"!

Saturday, 18 May 2013

Khas Buat Anwar Ibrahim -"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".- Tunku Aziz


Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim memberi nasihat ini kepada pemimpin pakatan rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Tungganglah basikal politik anda yang sudah uzur itu ke hujung dunia".


Beliau berkata demikian ketika menggesa kerajaan menggunakan sepenuhnya undang-undang bagi menyekat penganjuran perhimpunan haram di seluruh negara untuk membantah kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini.

Kata Tunku Abdul Aziz perhimpunan haram memberi ancaman besar terhadap keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Pembangkang telah lama berhasrat memulakan 'Malaysia Spring' untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Jumaat, beliau berkata pakatan merancang menimbulkan kekacauan sejak perhimpunan 'Bersih' pada tahun lepas lagi dan kini menukarnya menjadi bantahan di seluruh negara.

Bantahan ini, katanya, dirancang Anwar sebelum tarikh PRU-13 diumumkan pihak berkuasa.

"Semua kegiatan mereka menunjukkan wujudnya konspirasi untuk menggulingkan kerajaan dengan apa jua cara dan segala yang dilakukan Anwar dengan jelas bertujuan untuk mencapai matlamat itu.

"Anwar sepatutnya sudah sedar dan menerima sambutan pengundi terhadap partinya dengan bermaruah, bukan menabur fitnah tentang integriti Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuat tuduhan liar serta tidak berasas mengenai berlakunya penyelewengan.

"Masanya sudah tiba untuk anda menunggang basikal politik anda yang sudah usang tu ke hujung dunia dan biarlah kami menjalani kehidupan kami," kata Tunku Abdul Aziz kepada Anwar.

Beliau diiringi bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat. BERNAMA


UrukHai.

Tuesday, 14 May 2013

PDRM Pesan Jangan Dan Jangan !!

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjawab soalan dari wartawan selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah Yan di sini semalam.

YAN - Polis mengingatkan orang ramai agar tidak mencabar undang-undang menerusi pelbagai provokasi yang sengaja mahu membangkitkan perasaan marah di kalangan rakyat hanya kerana pihak tertentu tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pihaknya tidak mahu keadaan huru-hara berlaku, sebaliknya akan memastikan suasana yang aman bagi membolehkan kerajaan persekutuan dan negeri beroperasi mengikut amalan demokrasi berpandukan sistem perundangan negara.

Beliau berkata polis tidak mahu sistem pentadbiran negara diserang disebabkan ada pihak yang cuba menentang perlembagaan negara menerusi perhimpunan provokasi yang dibuat pihak tertentu.

"Tiap-tiap hari saya berbincang pasal keselamatan negara dan kami ada pelan tindakan serta tahu apa yang hendak buat.

"Saya ingatkan dan saya tahu nak buat apa menerusi bidang kuasa yang ada pada polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan di sini Isnin.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan haram yang dianjurkan pakatan rakyat di Stadium Kelana Jaya, Selangor 8 Mei lepas yang bersifat provokasi.

Beliau berkata perhimpunan yang diadakan mestilah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diwujudkan mengikut kehendak rakyat dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan keadaan huru-hara.

"Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan. Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya.

Sementara itu mengenai kes bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim 26 April lepas, Ismail berkata beliau amat berpuas hati dengan kemajuan siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.

Beliau berkata kes itu serius kerana cubaan pihak tertentu untuk menakutkan penjawat awam.

Terdahulu, Ismail merasmikan IPD Yan bernilai RM60 juta, yang dibina pada awal 2010 dan mula beroperasi akhir tahun lepas.

-- BERNAMA


UrukHai.

Friday, 10 May 2013

28 Diantara 33 Penceramah Himpunan Kelana Jaya Akan Di Tahan Dibawah Akta Hasutan ??!!


Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 di Stadium Kelana Jaya malam semalam bagi membantu siasatan.
    
Beliau berkata selain itu polis juga akan mendapatkan keterangan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada perhimpunan itu. 

Katanya 28 daripada 33 pemimpin pakatan yang berucap pada perhimpunan itu didapati memberi ucapan berbau hasutan, yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
    
Beliau berkata penganjur perhimpunan itu gagal mematuhi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman iaitu memberi notis kepada pihak polis mengenai penganjuran perhimpunan itu, 10 hari sebelum  acara itu diadakan.
    
"12.20 tengah hari semalam kita terima notis, kita minta tunda supaya berlaku adil kepada penduduk  sekitar," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini. 


Bagaimanapun, katanya pihak penganjur tetap meneruskan perhimpunan itu dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan kegusaran masyarakat sekeliling serta pengguna lebuh raya kerana sikap tidak bertanggungjawab peserta perhimpunan yang meletakkan kenderaan sesuka hati dan berlapis-lapis sehingga mengganggu aliran lalu lintas.


Batman Pun Join Jugak ??
    
Tun Hisan berkata stadium Kelana Jaya itu hanya mampu menampung 25,000 orang dan mempunyai kira-kira 700 lot parkir dan menurutnya jika pihak penganjur mengikut peraturan, pihak polis boleh mencadangkan tempat yang lebih sesuai bagi penganjuran perhimpunan itu.
    
"Cuba bayangkan apa yang akan berlaku jika berlaku kecemasan dalam keadaan lalu lintas yang sesak. Ini menunjukkan mereka ini hanya mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan kesan perbuatan mereka ke atas masyarakat setempat", katanya.
    
Ketika ditanya mengapa penganjur boleh memaklumkan kepada orang-ramai lebih awal menerusi laman sosial mengenai penganjuran perhimpunan itu tetapi memilih tengah hari semalam untuk memberi notis kepada polis, Tun Hisan berkata mereka ini sebenarnya adalah golongan bijak dan terpelajar tetapi sengaja hendak mencabar undang-undang.
    
Katanya polis ada menerima beberapa laporan polis mengenai insiden semalam termasuk daripada seorang wanita yang mendakwa keretanya dibaling dengan botol.
    
Katanya belum ada sebarang tangkapan dibuat kerana pihak polis masih belum selesai membuat siasatan untuk dihantar kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya. 
    
Tun Hisan berkata perhimpunan semalam akan turut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana melibatkan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ini merupakan satu kes yang berat kerana mereka yang disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun.
    
"Kita memandang berat kerana mereka secara terang-terangan melanggar undang-undang, tidak hormat kepada masyarakat setempat".
    
Beliau juga berkata penganjur dan peserta tidak boleh mempertahankan tindakan mereka sebagai hak asasi tanpa mempedulikan dengan hak asasi penduduk setempat dan juga anggota polis.
    
- Bernama


UrukHai.

Monday, 25 March 2013

#REMPUH 243 DAP Kata Hambar ??!! Toya Hangpa DAPigs !!


Hah..siang tadi berlangsungnya Himpunan Rakyat di Padang Kota Lama yang menyaksikan kehadiran ramai pihak termasuk NGO yang hadir memberikan sokongan kepada BN di Himpunan tersebut. Ternyata sememangnya rakyat Pulau Pinang mulai muak dengan janji-janji Pakatan Haram ini terutama DAP yang hanya pandai bercakap dan retorik dalam segala hal dengan menjanjikan bulan dan bintang.









Banyak isu dibangkitkan. Di antara yang dibangkitkan ialah isu rumah kos rendah mampu milik yang tidak muncul tiba. Selain itu adalah isu pembohongan Kampung Buah Pala yang kononnya mahu dijadikan Kampung warisan kaum India.

Bukan itu saja, Himpunan tersebut juga membangkitkan isu pembinaan terowong bawah tanah yang dijanjikan oleh si Cacai angkat Najis dsai, LGE yang hanya mementingkan poket sendiri dan kaum kerabatnya saja.


UrukHai.

Tuesday, 15 January 2013

#KL112 : [video] Apabila Puak PAS Dan PKR Bertembung !!


Kejadian membabitkan pengawal keselamatan Anwar apabila dia naik angin dan menumbuk pengiring Nik Aziz adalah berpunca dari pengurusan ketibaan VIP yang memang kelam kabut.

Siapa nak masuk dulu, Nik Aziz atau Anwar ? dan akhirnya sebiji penumbuk singgah ke muka sesama kumpulan sendiri.  Sungguh memalukan !



Sumber Azmikelanajaya.

P/s : Macam Monyet lah depa ni !!, Uruk rasa monyet lagi elok sikit. Sesama sendiri pulak tu, ! apa punya Tur!! Banggang puak ni !!


UrukHai.

Monday, 14 January 2013

#KL112 : Mampus !! Tak Lama Lagi Penganjur #KL112 Nanti Kena 'GETAH' La !!



KUALA LUMPUR - Tiga badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan pembangkang di Stadium Merdeka, Sabtu lepas yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
   
NGO itu ialah Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Pertubuhan Semarak Insan Malaysia (Semarak) dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM).
   
Mereka diwakili Presiden PVTM Datuk Mohd Ali Baharom yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini dengan diiringi empat rakannya.
   
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohd Ali meluahkan kekesalan pihak NGO berkenaan kerana peserta perhimpunan membawa kanak-kanak.
   
Polis kini menjalankan siasatan terhadap perhimpunan itu kerana didakwa melanggar tiga peraturan dalam APA iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur perhimpunan dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
   
Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib turut membidas tindakan peserta perhimpunan membawa bayi dan kanak-kanak.    

Ia tindakan yang tidak bijak dan tidak bertanggungjawab, malah boleh mendatangkan bahaya serta mengancam nyawa kanak-kanak terbabit sekiranya berlaku sebarang kekacauan, katanya. - Bernama


P/s : Hat-hat jenis macam ni nanti kena la!! Klik : MKP, haa tunggu apa lagi pakat-pakat pi cari Mat Sabu..!


UrukHai.

Friday, 11 January 2013

Isu Kalimah Allah : Uruk Dan Rakyat Sudah Marah !!



SHAH ALAM - Sokongan beberapa pemimpin pakatan haram seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam mendapat bantahan umat Islam di sini hari ini.

Ekoran sikap biadap itu, satu perhimpunan aman diadakan oleh umat Islam di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh beberapa NGO di Selangor telah mula berhimpun di pintu masuk utama diraja sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat.

Antara pemimpin NGO yang hadir adalah Senator Ezam Mohd Nor, Dato Dr Hassan Ali (JATI), Dato Suhaimi Shahdan (GPRS) dan Hamidzun Khairuddin (GAPS).

Dalam ucapan, Hamidzun menyokong penuh titah paduka Sulta Selangor dalam isu kalimah Allah. Beliau turut mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan kalimah Allah dalam kitab bible.

Ezam pula mengajak semua umat Islam supaya berani mempertahankan kalimah Allah. Ujarnya, perhimpunan ini jelas membuktikan bahawa umat Islam tidak rela membiarkan agama dilacurkan seperti yang dilakukan beberapa pemimpin pakatan haram.

Sebelum ini, dalam ucapan Lim Guan Eng ketika sambutan 'Cristmas' mengulangi supaya kalimah Allah digunakan dalam kitab bible. Kenyataan itu turut mendapat sokongan beberapa pemimpin pakatan haram yang beragama Islam seperti Nik Abdul Aziz, Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Namun, tindakan bodoh mereka turut mendapat tentangan beberapa pemimpin yang lain seperti Dato' Harun Din dan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib.

Lagi gambar Klik Shah Alam Rebels.

P/s : Uruk memang benci MANUSIA YANG BERNAMA LIM GUAN ENG !!! FUCK U GUAN ENG !! U SHOULD GO TO HELL !!


UrukHai.