Followers

Wednesday 20 December 2017

SIAPA BAKAL PERDANA MENTERI LEPAS PRU14 ?! RILEKS JANGAN KELAM KELIBUT!


Perkara 43(2)(a) Perlembagaan menyebut: Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.

Tidak ada disebut di dalam Perlembagaan bahawa jawatan Perdana Menteri mesti terdiri daripada orang Melayu.

Rileks beb jgn kelam kelibut.... 

Ia hanya menjadi kontroversi, sensitif, tegang, dan bersifat perkauman apabila pemimpin-pemimpin UMNO sendiri mempolitikkan isu siapa Perdana Menteri itu terutama setiap kali menjelang pilihanraya.

Kebetulan yang menang dengan majoriti yang mencukupi di dalam pilihanraya sejak Merdeka hingga sekarang ialah Perikatan dan Barisan Nasional. Umno merupakan parti terbesar dalam Perikatan dan sekarang dipanggil Barisan Nasional. Pemimpin Umno, tentunya Melayu, sebab Umno parti Melayu, maka secara konvensyen dipilih menjadi Perdana Menteri kerana Umno mempunyai paling ramai ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat.

Hal ini disebabkan dari awal kemerdekaan negara sehingga sekarang, Perdana Menteri Malaysia adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri, dan sejarah belum lagi tercipta yang mana bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Faktor utama mengapa orang Melayu amat berat menerima Perdana Menteri bukan Melayu adalah kerana ia berkait rapat berkenaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 153 yang mana bersangkut paut dengan hal-hal berkaitan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Amalan atau konvensyen ini telah digunapakai sejak sepuluh kali pembentukan kerajaan selepas sepuluh kali pilihanraya umum.

Sebenarnya, banyak faktor yang mempengaruhi sama ada jawatan Perdana Menteri akan terus dipegang oleh orang Melayu atau mungkin dijawat oleh orang Cina, India atau sebagainya pada masa akan datang. Satu daripadanya ialah dari segi corak pembahagian kawasan pilihanraya berdasarkan kaum. Dari segi statistik, jika diambil pilihanraya umum 1999 sebagai rujukan, dari 193 kawasan parlimen di seluruh negara, 98 adalah kawasan majoriti Melayu, x31 Cina, 30 kawasan campuran, 20 kawasan Bumiputera Islam dan 13 kawasan Bumiputera Bukan Islam.

Psst~Jangan marah haa.... 


UrukHai "DemiRakyat"!






No comments:

Post a Comment