Followers

Friday 3 May 2013

Tolak PAS Tak Bermakna BN Menolak Islam !! #TolakPR #Vote4BN #PRU13 #PG13


PELAKSANAAN ISLAM OLEH KERAJAAN BN

Pendahuluan :

� Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat berbilang kaum merupakan "kontrak sosial" yang istimewa dan unik di mana ia terbina di atas asas kerelaan dan kesediaan memberi dan menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.


� Hakikatnya, walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majmuk namun segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan olehkerajaan mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara selain menyediakan peruntukan yang besar untuk kepentingan dan peningkatan syiar Islam.

Asas pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN :

� Tradisi dalam Kerajaan BN yang memerintah negara sejak sekian lama telah menetapkan bahawa kepimpinan tertinggi parti dan negara mestilah terdiri daripada orang-orang Melayu. Demikian juga jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kanan, sungguhpun perkara ini tidak terkandung dalam perlembagaan yang bermaksud mana-mana rakyat Malaysia boleh memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Berikut merupakan asas pentadbiran di Malaysia selaras dengan ajaran
Islam:

Sistem Perundangan :

� Dalam bidang perundangan, berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara Undang-Undang Sivil dan Syariah. Perundangan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat yang boleh diterima pakai oleh semua bangsa dan penganut semua agama di Malaysia.

Malah, ia tidak bertentangan dengan asas-asas agama Islam dan lain-lain agama. Penubuhan Kulliyyah Undang-Undang di UIAM memperlihatkan betapa kerajaan yang ada sekarang begitu serius dalam usaha untuk meningkatkan taraf sistem Perundangan Syariah sejajar dengan Perundangan Sivil.

Sistem ekonomi :

� Terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al-Rahn dan sebagainya. Selain itu, skim pembangunan usahawan bumiputera yang berteraskan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik diwujudkan untuk orang Islam di Malaysia.

Malah, Malaysia diiktiraf sebagai penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan Kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Sistem Pendidikan :

� Pendidikan kebangsaan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu `ain dan fardhu kifayah. Asas pembentukan sahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah nilai-nilai murni Islam.

Kerajaan yang ada pada hari ini juga telah menubuhkan beberapa institusi - institusi pengajian Islam. Antaranya adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan sebagainya. Malah, mata pelajaran Agama Islam atau Tamadun Islam menjadi subjek teras di semua peringkat pendidikan.

� Menyedari bahawa `ilmu' adalah aset terpenting yang berupaya mengubah nasib sesebuah masyarakat, kerajaan telah menubuhkan beberapa institusi serta pusat pengajian tinggi yang memfokuskan kepada pengajian agama Islam.

Langkah kerajaan ini terbukti berupaya memperkasa umat Islam dengan mencintai ilmu pengetahuan sekali gus menyedarkan masyarakat supaya bergerak maju ke hadapan.

� Berikut Merupakan Statistik Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 1997, 1998, 1999 Dan 2003.

Jenis Sekolah -- 1997 -- 1998 -- 1999 -- 2003
SMK Agama -- 27, 658 -- 29,898 -- 31,388 -- 36,998

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia.

� Jadual di atas menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun ke tahun. Kadar itu jelas menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkembangan institusi pengajian Islam di negara ini.

Aspek Sosial :

� Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat. Disamping itu, kerajaan juga sentiasa mengambil berat dalam memastikan makanan dan barang keperluan umat Islam di negara ini sentiasa halal dan suci.

Satu aspek yang perlu diberi perhatian, kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam di negara ini melalui pengenalan pelbagai bentuk dasar dan program yang sekaligus bermatlamat untuk meningkatkan maruah dan kedudukan umat Islam.

Institusi pentadbiran Islam :

� Kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Mufti, Tabung Haji dan banyak lagi.

Kesemua institusi ini mendapat perhatian yang serius dari kerajaan dari aspek penyaluran peruntukan kewangan mahupun memastikan institusi-institusi ini ditadbir dengan baik untuk memastikan pencapaian objektif penubuhannya.

Ciri-ciri negara Islam di bawah kerajaan BN :

� Ramai di kalangan ulama muktabar dunia telah mengakui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara serta umatnya.

Al-Mawardi juga menghuraikan secara terperinci tugas � tugas yang perlu dilakukan oleh pemerintah Islam :

a. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak oleh ulama yang berdasarkan Quran dan Sunnah.

b. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintah. Menurut Al-Mawardi, "harus melantik orang kafir yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiiz).

c. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

d. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

e. Mendirikan sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Hari Raya dengan membina masjid-masjid dan melantik imam- imam.

f. Mengendalikan urusan ibadat mengerjakan Haji.

g. Mengendalikan urusan pungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya.

h. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

i. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah.

j. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

k. Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumnya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan sebagainya) atau taazir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukumnya).'

l. Melaksanakan tugas hisbab yang dalam konteks negara moden dikenali dengan sebahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

� Dalam konteks Malaysia, keseluruhan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sebuah negara Islam telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kecuali beberapa perkara yang digariskan oleh Al-Mawardi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan namun proses memperbaiki dan menyempurnakannya telah dilaksanakan secara berterusan, Seperti :

� Kerajaan sudah mengambil langkah untuk menyeragamkan undang-
undang Islam dan meningkatkan imej Mahkamah Syariah sejak 1972
apabila Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menubuhkan satu
jawatankuasa bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan kadi di
seluruh negara.

� Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Syed
Nasir Ismail itu mengemukakan laporan perakuannya kepada Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada 1981.

� Selanjutnya, sebuah jawatankuasa peringkat pegawai yang
dipengerusikan oleh Dr. Zakaria Yatim dari Jabatan Peguam Negara pula
ditubuhkan untuk meneliti laporan berkenaan.

� Beberapa perakuan baru, termasuk cadangan mengadakan undang-
undang di Mahkamah Syariah dilakukan pada masa itu.

� Bagi meneruskan tugas mengadakan deraf undang-undang dan
penyeragaman di seluruh negara, maka ditubuhkan satu Jawatankuasa
Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil yang pada permulaannya
dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Mohamad Ibrahim.

� Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya mengadakan dan
mengemaskini beberapa deraf undang-undang iaitu Undang-Undang Zakat
dan Fitrah, Undang-Undang Wakaf, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-
Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal, Kanun
Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah serta Undang-Undang
Pentadbiran Perundangan Islam.

� Deraf undang-undang ini pada asalnya dibuat untuk
dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan dicadangkan supaya diterima
oleh semua negeri bagi melaksanakan pentadbiran keadilan di Mahkamah
Syariah negeri.

� Kesungguhan Kerajaan Pusat untuk menyeragamkan undang-undang
Islam terbukti dengan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang
Syarak dan Sivil pada tahun 2000.

� Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Keluarga Islam,
Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal,
Kanun Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah dan Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam.

� Bagi melicinkan pentadbiran di Mahkamah Syariah, Jawatankuasa
Teknikal Undang-Undang Syariah peringkat negeri pula menggubal
beberapa kaedah dan peraturan seperti Kaedah Peguam Syarie, Kaedah
Kes dan Fail, Kaedah Sebatan serta Kaedah Sulh (mediasi).

� Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula mengambil
langkah dengan menyediakan satu pelan tindakan antaranya
menyeragamkan kod kes dan fail berdasarkan kaedah sedia ada serta
mengeluarkan `Arahan Amalan' dari semasa ke semasa merangkumi
pelbagai prosedur kehakiman.

� Dalam pada itu JKSM juga menubuhkan Jawatankuasa Kaedah-
Kaedah Mahkamah Syariah yang bertujuan untuk mengkaji beberapa
prosedur dan kaedah sedia ada untuk diseragamkan, seterusnya
menyediakan kaedah dan peraturan baru yang patut diadakan dalam usaha
penyeragaman.

� Oleh yang demikian, berdasarkan kaedah yang ada, tidak timbul
sebarang persoalan bahawa kerajaan tidak berusaha untuk memartabatkan
sistem perundangan Islam.

� Apa yang penting, keutamaan diberikan untuk membaiki segala
kelemahan dalam sistem itu berasaskan konsep `tadrij' atau
berperingkat.

� Pelaksanaan undang-undang Islam secara `tadrij' adalah bukti
kerajaan mahu memperlihatkan kesempurnaan dan kecantikan Islam dalam
pentadbirannya. Ini dengan mengambil kira kedudukan dan perkembangan
semasa umat Islam dalam menjalankan sebarang pembaharuan serta
pindaan terhadap institusi perundangan Islam.

Kesimpulan :

� Kerajaan BN sentiasa berusaha ke arah pembentukan undang-
undang Islam. Selepas merdeka sehingga ke hari ini undang-undang
Malaysia dipinda dan digubal ke arah pembentukan hukum Islam yang
lebih sempurna dari masa ke masa. Sebagai contoh, undang-undang yang
terkandung dalam mahkamah syariah kini sudah diguna pakai oleh semua
negeri diMalaysia.

� Di samping itu, kerajaan juga begitu serius dalam memastikan
penyediaan infrastruktur dan sumber manusia yang berkemahiran demi
memastikan pentadbiran dan pelaksanaan Undang-Undang Islam di negara
ini menepati kehendak Islam yang sebenar.

� Pelaksanaan Islam di Malaysia telah dilakukan secara
menyeluruh dan mencakupi pelbagai bidang. Sememangnya kerajaan telah
berusaha bersungguh-sungguh menerapkan nilai-nilai dan peradaban
Islam di negara ini. Dan usaha kerajaan ini telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa sehingga Malaysia mendapat jolokan `Negara
Islam Contoh' terutama daripada negara-negara Islam termasuk dari
Timur Tengah.

Maka tidak hairanlah jika Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi diberi kepercayaan untuk mengetuai Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC).




UrukHai.

No comments:

Post a Comment