Followers

Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Ada Rahsia Diantara Khairul Azwan @AzwanBro Dengan Anak Yatim ??!!


Mendengar cerita tentang anak anak yatim, yang bapa dan ibunya telah meninggal dunia adalah suatu cerita yang mungkin membuatkan kita berasa hiba tentang bagaimana hidup mereka dimasa akan datang, betul tak?

Mari Uruk ceritakan sedikit tentang anak yatim ni, Anak yatim dalam bahasa Inggeris disebut 'orphanage'. Mengikut istilah pula, anak yatim memberi maksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian salah satu dari ibu atau bapanya. Sedikit berbeza dengan yatim piatu yang bermaksud kanak-kanak yang masih belum baligh dan kemudiannya kehilangan atau kematian kedua-dua ibu dan bapanya.

 Istilah Anak Yatim Dari Segi Syariah Islam

Bagi orang yang sudah dewasa dan kemudiannya kehilangan ibu bapa tidaklah digelar sebagai anak yatim lagi kerana mereka sudah pun mampu menyara dan menjaga diri sendiri. Ianya hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak sahaja kerana mereka tidak mampu menjaga dan menyara diri sendiri dan masih memerlukan pertolongan serta bantuan dari orang lain.

Menurut Fath Al-Qarib dan Al-Baijuri: 

“Anak yatim ertinya budak kecil (berumur rendah), yang tiada mempunyai bapa, sama ada budak itu laki-laki atau perempuan, sama ada ia mempunyai datuk atau tiada. Termasuklah budak kecil anak zina, anak pungutan dan anak yang dinafikan dengan sebab li ‘an antara suami isteri.

Apabila ia sudah baligh maka tiadalah dinamakan dia yatim, dan baligh itu dengan cukup umur lima belas tahun qamariyyah.”

Walaubagimana pun masyarakat Melayu Malaysia mempunyai satu lagi istilah iaitu Yatim Piatu yang dimaksudkan sebagai mereka yang telah kehilangan kedua-dua ibu dan bapa, walaupun sebenarnya istilah ini tidak ada dalam syariat Islam. 

Anak yatim adalah anak yang kematian ibu bapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh, atau anak yang kematian bapanya sebelum  ia menjangkau baligh.  Islam mewasiatkan umat manusia supaya melakukan hubungan banik dengan anak yatim, memberi perlindungan dan pendidikan serta memberi hak-hak mereka.

Firman Allah yang bermaksud:

“ Oleh sebab itu maka anak yatim janganlah kamu hinakan.” ( Al- Dhuha)
“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama, iaitu orang yang menengking anak yatim.” ( al- Maun)
Islam juga mencegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakand alam surah An- Nisa ayat 6.

Kewajipan sosial

Menyayangi dan memelihara anak yatim adalah kewajipan sosial setiap orang Islam. Dan ia adalah salah satu usaha perjuangan Islam yang jarang dilakukan orang. Justeru masalah sosial timbul kerana empat sebab, iaitu tidak memuliakan anak yatim, tidak memberi makan orang miskin, memakan warisan (kekayaan) alam dengan rakus, dan mencintai harta benda secara berlebihan (lihat surah al-Fajr, ayat 15-20).

Penjagaan Terhadap Anak Yatim

Menurut Islam, amatlah dititikberatkan supaya kita menjaga hak anak yatim agar ianya terpelihara. Perkara ini telah dijelaskan di dalam Ayat Al-Quran dan Hadis. 

• Al-Maaa’uun : Ayat 1-2 : “ Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim 

• Surah Adh-Dhuha : Ayat 9 - Allah SWT telah berfirman “Adapun terhadap anak yatim, maka janganlah kamu melakukan sewenang-wenangnya”. 

• Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik(untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil” 

• Hadis Riwayat Al-Bukhari - Diriwayatkan daripada dari Sahl bin Saad r.a katanya: Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda :"Aku dan orang yang memelihara anak yatim adalah di dalam syurga seperti ini." Sambil Baginda menunjuk dengan kedua jarinya -jari telunjuk dan jari tengah (yang dirapatkannya), umpama rapatnya jari telunjuk dengan jari tengah, duduk bersama-sama Nabi di dalam syurga. ( Al- Bukhari).

• "Nabi junjungan pernah bersabda, kalau seseorang itu berjumpa anak yatim kemudian dengan hati yang ikhlas dia menyapu tangan pada kepala anak yatim, perbuatan itu sangat-sangat disukai Allah.  Ini menunjukkan betapa kita disuruh mengasihi anak yatim. Mengusap kepala dengan niat sahaja sudah dimuliakan Allah apalagi melindungi mereka."

“Demi yang mengutus aku dengan hak, ALLAH tidak akan menyeksa orang yang mengasihi dan menyayangi anak yatim, berbicara kepadanya dengan lembut dan mengasihi keyatiman serta kelemahannya…”  (At-Tabhrani)

• Sabda Nabi lagi, Anak-anak yatim akan mempunyai kedaulatan besar di akhirat kelak. Menyakiti dan menzalimi mereka dosanya tidak terhingga, Kita amatlah digalakkan memberikan pertolongan apa saja termampu.

Memakan harta Anak Yatim

Di dalam AI-Quran ada tercatat sesiapa yang memakan harta anak yatim dia seolah-olah menyalakan api di dalam perutnya, Tuhan memberi amaran keras kepada mereka yang cuba mengkhianati anak-anak yatim.

RENUNGAN

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti hatinya." Riwayat Ibnu Majah.

Begitulah serba sedikit apa yang terkandung didalam ajaran Agama Islam kita sendiri apakah yang dipanggil anak yatim.

Di arus yang moden ini ramai diantara kita yang kadang kadang terlupa tentang tanggungjawab kita terhadap anak yatim akan tetapi tidak bagi seorang hamba Allah yang baik budi pekertinya dan sanggup menghabiskan masanya melalui Akedemi Pemuda Umno Malaysia tak lain tak bukan adalah adalah Khairul Azwan Bin Dato` Harun atau lebih dikenali dengan Azwan Bro, juga adalah Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak.


Beliau juga seorang yang prihatin apabila menaikkan Akademi Pemuda yang terdiri daripada 15 orang pekerja sukarela yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik serta profesional muda dan para belia. Antara misi adalah bertanggungjawab mencadangkan strategi berlandaskan politik pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


Akademi Pemuda yang digerakkan beliau juga menjalankan aktiviti ilmiah serta latihan untuk ahli UMNO sejajar dengan agenda mendidik dan memperkasakan ahli UMNO di peringkat akar umbi. Melalui platform ini juga beliau menggerakkan beberapa kerja-kerja kebajikan melibatkan anak-anak yatim di sekitar negeri Perak.

Bila meneliti kerja-kerja yang dilakukan beliau, kenapa beliau tidak diberikan perhatian? Adakah kerana beliau seorang yang 'low-profile' lalu kisah serta kerja-kerja yang dilakukan beliau tidak perlu dihebohkan atau dicanang kepada para pemuda di peringkat akar umbi?

Kerana dari apa yang saya lihat, beberapa exco Pemuda sekarang ini 'berkokok' lebih tapi kerja 'zero'. Lihat sahaja bagaimana exco-exco tertentu ketika perhimpunan Agung UMNO tempoh hari? Ada yang tidak segan silu memaparkan kain rentang mengalahkan Perdana Menteri. Dengan tujuan untuk mempopularkan diri sendiri di kalangan perwakilan. Walaupun pada hakikatnya penduduk di tempat beliau sendiri meluat dengan muka beliau. 

Ada juga beberapa exco dikalangan Pemuda setiap kali PRK dan adanya Presiden Parti, maka muka dialah yang dilihat ke hulu ke hilir dengan tujuan menampakkan yang mereka kuat bekerja untuk parti. Inilah barah yang perlu dibersihkan dalam barisan Pemuda UMNO. 

Untuk pemuda UMNO Malaysia, ciri-ciri yang ada pada Saudara Khairul Azwan inilah layak dijulang sebagai pemimpin, walaupun tidak selalu diberikan perhatian, tugas dan amanah tetap beliau laksanakan dengan jayanya di Perak.

Buat Khairul Azwan Harun, teruskan bekerja demi kepentingan rakyat. InsyaAllah rakyat Perak bersama anda. Walaupun Uruk bukan dari Perak. Hehehe. Good luck bro!


UrukHai.

Saturday, 21 September 2013

Pembangkang Pasti 'Terlopong" Bila Terkena Pada Diri Sendiri !!


Begitulah luasnya mulut puak-puak pembangkang apabila di sumbat dengan temberang serta caci maki dari pemimpin mereka tatkala berdiri di mana-mana podium untuk berhujah.Dah jadi perkara biasa ada saja ceramah maka sudah pasti kata-kata kesat akan di sulam masuk ke halwa telinga para pencacai pembangkang dan tersengih serta terloponglah mana-mana rongga yang ada seronok bukan kepalang.

Namun semua itu akan hanya berlaku apabila mereka berdepan dengan perkara-perkara yang menjadi makanan mereka umpamanya sewaktu berhimpun beramai-ramai kononnya atas dasar keadilan , duduk beramai-ramai melayan celoteh pemimpin boneka taraf Three Stooges macam Mat Sabu dan macam-macam cara lagi selain dari menjadi pak pacak kepada si putar belit Anwar.

Jangan lupa ada juga yang terjerit-jerit demi kelangsungan dendam hitam yang terkesumat dalam sanubari Nik Ajis sejak dulu kerana bencikan UMNO.

Dan ada kalanya puak-puak pencacai ni terlopong bila mana Dayangku Intan melontarkan suaranya tanpa alunan muzik ish ish macam-macam puak ni boleh buatkan ?

Tapi dalam banyak-banyak tu ada ketikanya puak-puak ni langsung tak berani bersuara apatah lagi nak bergelak sakan.Habis semua TERDIAM mulut kena kunci dan mereka-mereka itu bukan pencacai biasa tapi ketua-ketua pencacai semuanya.

Tak percaya ampa tengok video kat bawah ni ..


Sunyi sepi jakan ? Hahahaha kena balun kaw-kaw punya dengan Zul Kulim , mana pi habis puak-puak yang pandai bercakap sangat tu ??

Suka nak bagitau dan nak ambil contoh pemuda UMNO ja , lagi berani dari puak-puak pencacai ni .Tengok KJ sudahlah sampaikan budak gebu si Rafizi tu pun hilang punca Klik Sini.

Fathul Bari dalam keadaan bersahaja tanpa emosi mampu melontarkan pandangan dengan baik bukan macam Nasrudin si ketua pemuda PAS tu siap kena sailang dengan Karpal lagi klik Sini.

Ada sorang lagi yang steady bila bab nak berdepan dengan puak pembangkang ni dan melihat cara dan pendekatan beliau bukan sahaja sudah menempelak puak-puak pembangkang tetapi membuktikan Pemuda UMNO mempunyai pemimpin yang jauh lebih profesional jika nak di bandingkan dengan puak-puak gebu dalam Pakatan Haprak.


"Tak payah ganggu MB dan exco-exco mereka nak melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada rakyat , Debat dengan saya saja" !!! 

Macam nilah yang kita nak, bukan melopong bila senang, tutup kunci langsung tak bersuara bila masa susah !!

Untuk rekod Khairul Azwan Harun atau Azwanbro merupakan Ketua Pemuda Negeri Perak dan merupakan calon untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi pemilihan 2013 kali ini.

Azwanbro harus di ketengahkan dan beliau sejak Perak jatuh ke tangan pembangkang sampai ke hari ini beliau tidak pernah meninggalkan perjuangan untuk memartabatkan Agama , Bangsa & Negara apatah lagi meninggalkan parti keramat UMNO.


Sumber MMI


UrukHai.

Monday, 2 September 2013

Upss, Haramkah Daily Juga Tahu Sebab Mengapa Minyak Dinaikkan PM ??!!


Keadaan kelam kabut dan agak sibuk diwaktu petang tadi tidak boleh dinafikan, keadaan ini akan berlanjutan sehingga lewat malam ini berikutan dengan kenaikan harga minyak secara mengejut yang diumumkan oleh DS Najib petang tadi.



Seperti biasa apabila ada sahaja maklumat yang menyatakan harga minyak akan naik maka sudah pasti stesen minyak di seluruh negara akan berpesta dengan kenderaan.Semuanya akan berpusu-pusu untuk mengisi minyak sebelum tengah malam ini bagi mendapatkan harga lama.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember 2011 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.

Secara amnya kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.

Ia hasil pemberian subsidi besar kepada petrol dan diesel termasuk gas memasak oleh kerajaan.

Daripada sebanyak 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Kerajaan memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel serta 90 sen untuk setiap liter petrol RON 95.

Untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter, bukannya RM2.74.

Begitu juga harga petrol RON95 yang mana rakyat hanya perlu membayar RM1.90 seliter.

Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON95 sepatutnya RM2.80 seliter. Sumber

Ternyata pihak pembangkang seperti yang dilaporkan oleh Portal berita milik PAStor, Haramkah Online juga tahu akan kenaikan ini adalah disebabkan dengan Isu berdarah yang berlaku di Mesir.

Klik :  Haramkah Online

Ternyata isu minyak kalau masih mahu dijadikan bahan dan modal untuk pembangkang, ianya adalah sia sia kerana mereka sebenarnya 'kaki putaq alam' dengan berdalih berkenaan dengan isu minyak yang dihadapi oleh negara negara membangun seperti negara kita Malaysia.

P/s : Upss, Jangan asyik nak menyalahkan PM Jer, Uruk ingatla kalau kasik pembangkang Jadi PM lagi lingkuplah Malaysia ni. Silap silap subsidi pun tarak..Al Melingkuplah rakyat kali tu !!

UrukHai.

Sunday, 1 September 2013

Wajib Baca : The May 13 Tragedy, Menceritakan Apa Yang Berlaku Sebenarnya !!


Hah.., Hari ini Uruk nak bagi pembaca semua tahu apa yang berlaku di waktu darurat dulu, 13 Mei adalah tarikh keramat apabila berlakunya isu perkauman diantara Melayu dan Cina.

Jom Klik buku dibawah, kalau nak Uruk terangkan satu satu susah jugak, haha jangan marah haa..






UrukHai.

Sunday, 18 August 2013

KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR BANTUAN KETENTERAAN KEPADA NEGARA ISLAM YANG DALAM KRISIS?


Bercakap mengenai dakwaan bahawa kenapa kita tidak menghantar jet pejuang kita untuk menolong mereka di Mesir misalnya, kenapa tidak menghantar kereta kebal kita misalnya untuk menolong rakyat Palestine, kenapa kita tidak menghantar askar-askar kita untuk menolong kaum Rohingya. Saya rasa ini adalah pemikiran mereka yang dunggu akalnya. Kenapa saya bertanya demkian? Mari, saya ajak kalian untuk berfikir.

Dalam isu ini, bukan jet pejuang kita yang menjadi persoalan tetapi bagaimanakah kita mahu menghantar jet tersebut tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza dan negara-negara yang berkaitan? Pernah dengar tak mengenai Air Invasion, Sea Invasion, DAN Land Invasion? Kalau kita hantar jet pejuang kita, menceroboh ruang udara negara-negara yang akan kita lalu ketika melintasi negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak oleh roket mereka. Tak perlu sampai Israel pun sebab perbuatan bodoh hasil cadangan beliau.

Malaysia tak ada aircraft carrier dan tak ada satu negara Islam pun didunia yang mampu membina aircraft carrier ni. Ohh, kamu tahu ke aircraft carrier ni apa ? Hehehehe... Untuk pengetahuan ustaz, aircraft carrier adalah nama dalam bahasa Inggeris untuk ‘Kapal Pengangkut Pesawat’. Bentuknya sebegini, dan ini adalah contohnya:


Nak tahu ini kapal apa? Inilah aircraft carrier bertenaga nuklear, Kelas Nimitz. Tahu berapa harganya? US$4.5billion.

Negara yang mempunyai aircraft carrier yang paling banyak ialah Amerika Syarikat dengan 11 aircraft carrier manakala 9 negara lain sekadar menmpunyai dua atau 1 sahaja aircraft carrier. Hanya ada 10 sahaja negara di dunia yang mempunyai aircraft carrier. Dan Persekutuan Rusia pun hanya mempunyai dua sahaja, kelas Admiral Kuznetsov.

Nabi sendiri mengajar kita untuk berperang menggunakan strategi, bukannya melulu macam cadangan MELEIS yang akan memberikan semua hak yang diperlukan pentadbiran Amerika Syarikat untuk merogol kedaulatan tanahair kita yang tercinta ini. Nabi tak akan dapat menawan Kota Khaibar, kota yang menjadi rebutan Rom dan Parsi daripada umat Islam kalau tanpa strategi dan taktikal, bukannya nabi suruh kita melulu berani mati. Begitu juga dengan sekarang, kita harus membuat analisis dan strategi untuk menyerang. Tanpa analisis, anda hanya turun untuk mati dalam peperangan. Jom kita buat analisis. Analisis itu ialah salah satu taktikal perang.

Hayati bagaimana Sultan Muhammad Al-Fateh mahu menawan Kota Konstatinople, bukan sehari dua perancangan. Sudha banyak raja-raja sebelum ini yang tewas dan tidak berjaya menawan kubu kuat umat Kristian itu. Apakah kita melulu untuk pergi menyerang? Tidak! Sultan Muhammad Al-Fateh memastikan askar-askarnya menjadi antara yang terhebat dengan latihan demi latihan. Bahkan bukan dengan itu sahaja, baginda turut melengkapkan askarnya dengan teknologi canggih seperti Meriam yang dicipta oleh rakyat Byzantine yang memeluk Islam. Sultan Muhammad Al-Fateh membuat kajian demi kajian mengenai kelemahan-kelemahan kota yang disebutkan.

Mengenai isu Mesir, tahukah yang berlaku di sana adalah isu dalaman? Apabila kita masuk campur, maka ini bermakna kita mencabul kehormatan negara demikian. Kita bukannya negara seperti USA yang mempunyai kuasa VETO. Kita hanya boleh masuk tanpa diserang oleh tentera-tentera bersekutu PBB melalui tentera pengaman yang akan dibentuk oleh PBB sendiri. Apabila ini berlaku, tahukah anda bahawa Malaysia tidak pernah terlepas dalam membantu umat Islam?

Tentera pengaman di Bosnia, Somalia dan Lubnan misalnya, siapakah yang negara yang menjadi wira menyelamatkan umat Islam bahkan menyelamatkan tentera USA dalam pertempuran? Malaysia! Siapakah yang mengajar anak-anak Bosnia ilmu pengetahuan mengenai dunia bahkan akhirat? Malaysia! Siapakah yang menghantar pasukan komando Khas ke Bosnia untuk membuat kerja 'kotor'? Malaysia!

Tolonglah fahami bahawa JIHAD itu bukan BERMAKSUD, ANDA "BERBOGEL" memasuki negara orang lalu mengajak berperang! Ya, tentera Islam memenangi peperangan dengan bantuan ALLAH. Tetapi ingatkah kalian janji ALLAH bahawa ALLAH tidak akan membantu sesuatu bangsa andai bangsa itu tidak mengubahnya?

Tentera Islam dulu berperang bukan dengan semangat sahaja, tetapi TEKNOLOGI DAN AKAL! Pedang lengkung yang digunakan oleh umat Islam mampu memotong BENANG SUTERA! Akal fikiran nabi Muhammad, Khalid Al-Walid dan Sultan Muhammad Al-Fateh merancang taktikal dalam peperangan itu membantu umat Islam!

Tolong! Saya seru kita jangan jadi MEREKA YANG RENDAH IQ! Anda bijak! Saya tahu! Gunakan akal sebelum bercakap mengenai satu perkara!

Islam mengajar kita jangan mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Tetapi kenapa cara kalian berfikir sebaliknya?

Hayati kata-kata dari genius yang merangka strategi perang:

"Victorious warriors win first before going to war, defeated warriors go to war then seek to win." Sun Tzu




UrukHai.

Saturday, 10 August 2013

Bongkar : Siapa Yang Duduk Dibelakang Fahaman Politik Komunis ??!!


Bila menilai menggunakan mata hati bukannya mata yang cantik tapi tuli, pasti mampu ketemu hasil yang sebenar, ini kajian yang telah berjaya di buat dan hasilnya

hasil penulisanya yang menunjukan sesuatu yang menarik pemikiran kita untuk berfikir berkenaan sesuatu didalam usaha mengubah pemikiran rakyat Malaysia yang semakin tertipu dengan permainan politik Pembangkang PAKATAN RAKYAT. 


Lihat dan baca link yang telah diberikan oleh diatas. Baca dan fahamkan apa yang cuba diterjemahkan oleh penulis blog tersebut. 

Secara peribadinya kita berfahaman Pakatan Rakyat di bumi Malaysia kini sedang membawa pemikiran atau lebih tepat lagi idealogi yang dibawa oleh Komunis satu masa dahulu. Mereka adalah penyambung turun temurun warisan perjuangan komunis.

Secara terang dan jelasnya Lim Guan Eng (LGE) yang bernaung dibawah parti DAP berkepalakan Karpal Singh, berjaya menggerakakan fahaman politik Komunis di Malaysia. Gerakan ini telah bergerak sejak 50 tahun lebih yang lalu. Sejak dari zaman Chin Peng lagi mereka telah memulakan gerakan fahaman ala komunis di Malaysia sehingga lah mereka mampu menubuhkan sebuah parti besar iaitu PAKATAN RAKYAT. 

Contoh pembuktian atau pendedahan ini adalah , Demostrasi Jalanan yang selama ini puak-puak pembangkang adakan disekitar Kuala Lumpur. Demostrasi yag diasaskan oleh Chin Peng telah berjaya diadakan, tujuannya adalah untuk mendesak Kerajaan menurut kata mereka agar senang mereka menggulingkan kerajaan yang sedia ada.

Jika anda adalah seorang pemnbaca dan pengkaji atau yang seumpama denganya, anda akan melihat gerakan yang telah diaturkan oleh Chin Peng yang kuat berfahaman Politik Komunis, menyusun atur gerakan mereka. 

Dan kini usaha 50 tahun Chin Peng mula menunjukan hasilnya contohnya :- 

1) DAP berjaya ditubuhkan 
2) Orang Melayu mula berpecah belah 
3) Perjuangan yang meilbatkan dua fahaman politik Pro Pembangkang dan Pro Kerajaan juga berjaya dilakukan
4) Menggunakan isu sensitif untuk menjentik semangat orang Melayu
5) Menubuhkan beberapa NGO kecil untuk menjadi kayu api dan nasi tambah kepada setiap isu yang mereka timbulkan. Contohnya SUARAM, SAMM, JINGGA 13, ABU

Terdapat pelbagai lagi contoh yang tidak dapat untuk kita catatkan dalam ini. Namun ianya pasti akan terdedah samada dari blog blog, page page penulis atau dari rakan rakan bloggerians dan page page yang lain.

Secara kesimpulanya adalah, fahaman politik pembangkang adalah hasil dari gerakan ala Komunis yang halus bagi memastikan Malaysia huru hara dan akan mereka perintah sama seperti Singapura. Pelbagai gerak saraf mereka gunakan, antaranya adalah, menyerang kewibawaan Ketenteraan Malaysia yang mereka sendiri sedar bahawa Ketenteraan adalah dibawah tangan Yang Di Pertuan Agong, maka sekiranya ketenteraan goyah ini membawa maksud mereka sedang mempertikaikan Sistem Raja Raja Melayu yang kini mereka ingin musnahkan Institusi Raja Raja Melayu di Malaysia. 

Gerakan Komunis ini terlalu halus dan ianya dikenali atau famous dengan gelaran "The Art Of War. Selaku rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka, perlu lah berfikir secara halus dan sehalusnya untuk menerima PEMBANGKANG sebagai peneraju utama Negara pada akan datang. Masa untuk mengubah kepimpinan memang senang dan singkat, tetapi sekiranya rakyat tersilap pilih didalam percaturan halus Komunis In Town ini, maka Malaysia akan menjadi seperti Singapura. Renung renungkan.


UrukHai.

Tuesday, 4 June 2013

INFO : Perlukah Cina Menjadi Betul Betul Cina ??!! - Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Penulisan Oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah 

Pantang saya menulis dalam akhbar Mingguan Malaysia minggu lalu, menyentuh sedikit isu mengenai orang Cina, dunia bagai nak kiamat. Diperbesar-besarkan oleh laman web ultra kiasu untuk dijadikan bahan makian dan cacian. Seperti biasa, bukan hujah yang dibahas, peribadi menjadi mangsa dan diserang. Terima kasih atas pemikiran kuno ini. Saya redha. Apa yang penting, saya ingin rakyat marhaen sedar.

Sebelum mengulas lanjut, tahniah kepada kerajaan Malaysia, kerana mengembalikan semula nama Kementerian Pendidikan daripada Kementerian Pelajaran. Ada orang berkata, ada apa dengan nama. Pada saya, memang ada pada nama. Beza antara nama orang Malaysia Cina dengan orang Cina Malaysia. Di Indonesia, rata-rata menggunakan orang Indonesia Tionghua berbanding orang Tionghua Indonesia. Nama Indonesia (bangsa asal/negara) mesti berada di hadapan. Berbeza dengan kita, bangsa mesti berada di hadapan. Siapa yang rasis? Lu fikirlah sendiri. Sebab itu, saya tidak percaya bila ultra kiasu selalu berkata, I am Malaysian 1st.

Jika Malaysia didahulukan, bermakna agenda nasional mesti diutamakan. Misalnya, bahasa kebangsaan, sekolah kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pakaian kebangsaan, upacara rasmi kebangsaan dan banyak lagi yang bersifat kebangsaan. Adakah semua ini dihormati dan disambut oleh ultra kiasu dengan baik dan berlapang dada. Lihatlah sahaja majlis angkat sumpah perlantikan exco di hadapan Sultan Selangor dan TYT Pulau Pinang. Itulah ragam ultra kiasu.

Paling sedih, sehinggakan ke peringkat, mereka mahukan mensyaratkan menteri (timbalan) pendidikan mesti boleh berbahasa Cina untuk berurusan dengan Cina dan menjaga sekolah Cina. Mereka mempertikaikan perlantikan Dato Mary Yap sebagai timbalan menteri pendidikan, kerana tidak memenuhi syarat tersebut. Banyak cantik muka. Nasihat saya, berhijrahlah ke tempat yang ada menteri sedemikian. 

Ketika memberi respon, Yap dengan bangga berkata, beliau tidak perlu malu kerana tidak boleh berbahasa mandarin, yang penting kena buat kerja. Ini kenyataan seorang negarawan, bukannya seperti pertubuhan ultra kiasu tersebut.

Menurut Yap, walaupun tidak pandai membaca dan bertutur dalam bahasa mandarin, itu bukan isu. Beliau menguasai bahasa Melayu (BM) dan Inggeris (BI) dengan baik. "Saya juga ada pegawai untuk bantu saya yang akan beri nasihat dan bacakan surat khabar Cina dan beritahu apa yang dilaporkan. "Ada ramai pemimpin di dunia yang tak fasih berbahasa Inggeris tapi disebabkan ada pasukan yang kuat, mereka boleh bimbing negara dengan begitu berkesan,". 

MP Tawau ini berpendapat, beliau tidak mewakili kaum Cina tetapi wakil kepada rakyat Malaysia. Beliau telah berkhidmat di bawah kementerian pendidikan hampir 36 tahun dan telah berjumpa dengan pelbagai kaum dan guru. "Saya tak lihat diri sebagai mewakili orang Cina tetapi sebagai orang Malaysia. Inilah 1Malaysia. Tapi bila cakap mengenai pendidikan Cina, ia merupakan sebahagian daripada tugas saya untuk menyelesaikannya,".

Terus terang, untuk setakat ini, saya kagum dengan pandangan sebegini, bertepatan dengan amalan 1Malaysia. Inilah yang membezakan antara bukan Melayu (Cina) di Semenanjung dengan Cina Sabah dan Sarawak. Cina Sabah Sarawak lebih terbuka dan tidak ultra kiasu, semangat 1Malaysia amat tinggi, berbanding sebahagian mereka di sini. 

Kita perlu banyakkan menteri (timbalan) bukan Melayu seperti ini. Kenapa Yap agak berbeza dengan ultra kiasu yang lain? Hujahnya mudah, mereka lebih terdedah kepada pribumi dan bumiputera di sana. Berbanding di sini, setiap hari sosialisasi politik mereka dalam apa jua bidang amat bersifat ultra kiasu (perkauman)

Kita tentu masih ingat, sebelum ini ultra kiasu mensyaratkan, guru-guru bukan Cina yang mengajar BM dan BI di SJKC mesti mendapat kredit bahasa Cina dalam SPM. Jika tidak, mereka tidak layak untuk mengajar di SJKC. Kerajaan terpaksa akur kerana mahukan undi mereka. Sebahagian besar guru-guru BM dan BI bukan Cina telah dikeluarkan daripada SJKC. Begitu juga dengan kerani-kerani Melayu pun di sana perlu menguasai bahasa Cina.

Saya tidak faham, kenapa dan mengapa kerajaan tunduk dan akur kepada desakan ini, sedangkan semua sekolah ini berada dalam sistem pendidikan negara berpaksikan perlembagaan, menjunjung agenda negara. Semua gaji mereka dan prasana disediakan oleh kerajaan. PRU13 membuktikan, bahawa pemberian tidak dibalas. Apakah kita akan teruskan permainan ini?

Bandingkan, sekolah agama (kebangsaan) tidak pula mensyaratkan guru-guru bukan Melayu yang mengajar BI mesti boleh menguasai bahasa Arab. Jika itulah yang dilakukan, bayangkan berapa banyak bantahan akan dikemukakan kepada kerajaan kerana tidak berlaku adil. 

Melalui sistem ini, bahasa Arab masih boleh dikuasai, walaupun tidak sepenuhnya. Melayu tidak perlu menjadi orang Arab untuk menguasai bahasa Arab. Sebab itu, sukar untuk saya diterima idea untuk mencinakan sekolah Cina secina-cinanya, barulah bahasa Cina boleh dikuasai dengan baik dan menjadi Cina tulen. Itupun kerajaan membenarkan operasinya. Inilah toleransi orang Melayu yang tidak ada pada bangsa lain. Malangya tidak dihargai.

Ingatan saya kepada kepada UMNO BN yang menerajui kerajaan, jangan terlalu mengemis untuk mendapat simpati mereka. Jika madu yang diberi, tuba yang dibalas, segerakan perlaksanaan BM sebagai pengantar. Gunakan akta pelajaran 1996 untuk kuatkuasakan BM di semua jenis sekolah, walaupun kuasa untuk menghapus sekolah vernakular sudah tidak ada lagi, kerana peruntukan akta tersebut telah dihapuskan dengan kewujudan akta pelajaran 1996. 

Terbaharu, berlaku ‘percanggahan’ pendapat antara Ahli Lembaga Sekolah Chong Hwa dengan Dong Zong mengenai kedudukan Sekolah Persendirian Cina (SPC) di Kuantan. Ahli lembaga SPC Chung Hwa hanya mahukan satu sahaja di di Kuantan. Jika Dong Zong mahukan SPC lain, cari tempat lain, tetapi bukan di Kuantan, takut berlaku persaingan.

Dong Zong tetap berkeras mahukan sebuah lagi SPC di Kuantan. Persoalan saya, tidak cukupkah lagi apa yang ada? Perlukan SPC menjadi secina-cinanya? Chong Hwa mahukan pelajarnya mengambil SPM dan UEC sebagai menyahut seruan kerajaan. Manakala Dong Zong tidak bersetuju dengan idea kerajaan (juga Chong Hwa) untuk menggunakan silibus kebangsaan dan medium bahasa Melayu. Chong Hwa dilarang menduduki UEC yang dikendalikan Dong Zong jika mahu mengikut syarat kerajaan.

Dong Zong hanya mahukan UEC yang tulen. Dong Zong tidak mahu pelajarnya cair kecinaan, jika berada di Chong Hwa yang mahu bertolak ansur dengan kerajaan dalam menjunjung agenda kebangsaan. Saya harap Kementerian Pendidikan yang baharu dapat melihat perkara ini dengan serius. Apakah kita ingin terus lahirkan manusia yang menterbalikkan jalur gemilang seperti yang dilakukan oleh bekas pelajar UEC di Taiwan. Perkara ini tidak mustahil berlaku lagi kerana jiwa ultra kiasu mereka sudah lama bersarang dalam sanubari melalui pendidikan yang telah diperolehi. 

Lebih ultra lagi, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) sebelum ini bersungut mengenai komposisi dalam senarai anggota kabinet yang didakwa tidak banyak membariskan wakil daripada kaum Cina dalam untuk menyelesaikan masalah mereka. 

Persoalan saya, di manakah kita berada? Perlukah sangat menteri Cina untuk jaga orang Cina? Adakah selama ini menteri Melayu tidak menjaga orang Cina? Siapa yang perlu menjaga siapa? Siapa yang harus mengenang budi dan membalas jasa siapa? Di China dan India, siapakah yang mewakili Cina (India) Muslim di sana untuk mendengar masalah mereka? Sedarkah kita betapa beruntungnya bukan Melayu di negara bertuah ini? Apa yang ada Melayu dan bumiputera, tidak terdapat pada diri mereka hari ini?

Dengan sebab itu, saya amat risau idea menjadikan BN satu parti. Kita mungkin bersangka baik. Orang lain bagaimana? Bahayanya, apabila undian dijalankan, sudah tentu undi UMNO (Melayu) hanya ada satu, berbanding 12 wakil parti komponen yang lain. Hanya UMNO sahaja yang akan bercakap soal kepentingan Melayu (Islam). Itupun jika semua faham. Ada segelintir dalam UMNO yang telah mati hati Melayunya kerana dikaburi oleh wang yang digula-gulakan oleh ultra kiasu.

Selain itu, apa yang tergambar dalam fikiran ultra kiasu ini? Bila idea ini dibangkitkan, ultra kiasu tanpa melihat kedudukan mereka, mengeluarkan kenyataan, Timbalan Perdana Menteri (TPM), paling kurang mesti ada tiga iaitu TPM mewakili Sabah Sarawak, Cina dan India. Yang peliknya, orang Sabah dan Sarawak tidak pula kedengaran membincangkannya dengan serius! Kenapa ultra kiasu di Semenanjung begitu obsess dengan jawatan TPM? Kenapa tidak sebut sahaja perlu ada jawatan 3 jenis PM?

Dalam kepala otak mereka, tidak ada perkara lain, soal bangsa, bangsa, bangsa. Bagaimana dengan orang asli dan etnik minoriti yang lain? Berapa banyak jawatan TPM hendak diwujudkan untuk memuaskan hati semua pihak. Pada saya, yang paling layak untuk jadi TPM adalah, orang Melayu, orang Asli dan wakil Sabah Sarawak. Titik. Kedudukan mereka begitu jelas. Mereka layak menjadi TPM untuk Malaysia, kerana mereka tahu dan faham sejarah Malaysia. Mereka menyahut agenda kebangsaan dan BM mereka tip-top. Yang lain belum tentu.

Cuba intai-intai perbahasan ultra kiasu dalam dalam parlimen selepas ini. Kalau boleh, kita tidak mahu dengar lagi kata-kata; “tuan speaker, dengan izin”. Hanya kerana mereka tidak terjumpa atau terlintas perkataan BM.

Sebagai menghormati negara ini berasaskan kepada ketuanan Melayu dan Islam, tidak salah jika jawatan PM dan TPM hanya dikhususkan untuk orang Melayu (Islam). Jawatan lain, kongsilah dengan bangsa lain. Perkara ini adalah biasa dan lumrah. Apakah bukan Melayu tidak belajar daripada Singapura. Pernahkah jawatan menteri kanan (perkhidmatan awam) diserahkan kepada orang Melayu walaupun Singapura itu negara berasaskan ketuanan Melayu (Islam). Janganlah hipokrit.

Jika benar BN nak dijadikan satu parti. Perlu ada formula. Apa yang penting PM dan TPM mempunyai sifat negarawan. Setakat ini saya hanya dapat lihat sifat ini ada pada orang Melayu (Islam), orang Asli dan bumiputera. Bukan setiap etnik diwakili melalui perlantikan sebagai TPM. Saya yakin selepas bosan jadi TPM, mereka menuntut untuk menjadi PM pula. Sekarang ini memanglah mereka berkata kononnya tidak berminat. 

Kesimpulannya, pada saya, tidak perlulah mengeluarkan kenyataan atau mendabik dada apabila dilantik menjadi menteri, seraya berkata; “saya adalah menteri kepada Malaysia, bukan hanya kepada UMNO BN”. Sudah difahami. Semestinya apabila dilantik menjadi menteri, kita akan kepunyaan Malaysia atau negarawan. Itupun bukan bermakna, kita perlu cairkan diri kita untuk meraikan orang lain. Agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan. Jati diri mesti diperkasakan. 

Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular. Hati Melayu tidak boleh mati. Ini kerana bangsa lain, tidak pernah cairkan identiti mereka atas semangat 1Malaysia. Misalnya, aktiviti belia dan sukan. Identiti atau jati diri apakah yang akan mengakari? Di manakah kedudukan kebudayaan kebangsaan, cara berpakaian dan sebagainya. Tidak cukup sekadar menyanyi lagi IM4U. Tidak ke mana, jika kita tidak bertegas dalam soal jati diri.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah


UrukHai.

Wednesday, 15 May 2013

Wanita Menari-Nari Akibat Di Rasuk ??!!


Seorang wanita yang pergi menyaksikan sebuah konsert telah dirasuk sehinggakan membuatkan orang awam di situ terpinga-pinga melihat keadaan dirinya yang berada dalam keadaan separa sedar seperti itu.

Wanita itu dirasuk sehinggakan dia seperti hilang arah malah boleh memanjat tiang yang terdapat di tapak konsert terbabit.

Akibat dirasuk, wanita itu menjadi agresif dan seolah-olah tidak kepenatan dengan aksinya itu.

Kelihatan juga di dalam video itu seorang pawang bersama sebotol air jampi mungkin dalam usaha merawat wanita itu supaya kembali sedar daripada dirasuk.

Saksikan Video Dibawah : 



UrukHai.

Ustaz Azizan : Jangan Bagi Depa Potong Kaki Aku..


Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut… “Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni”. Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya” Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa.”

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. “Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu”. “Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu”. Aku jawab perlahan memujuknya.

“Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq”. Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita… Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. “Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar”?

MB Kedah yang baru, Dato’ Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. ” Saya nak minta tolong pada Dato’ dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma’ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan”. Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. “Jaga Ustaz elok-elok”.

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, “Hang jangan bagi depa potong kaki aku”. Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. “Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah”. Katanya beberapa kali.

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. “As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off”. Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. “Jom kita pi la ni”. Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. “Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok.”

“Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok”. Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. “Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?” Doktor yang bagitau dia…. Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. “Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu”.

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. “Adakah encik kehilangan iPad?” Ya! Saya menjawab.” Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. ” Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?” Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh ‘abangnya’ itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, ‘abangnya’ datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

KISAH DI ATAS ADALAH TULISAN SETIAUSAHA POLITIKNYA, MUHAMMAD SANUSI MD. NOOR YANG JUGA KETUA PENERANGAN PAS KEDAH. BLOGNYA BOLEH DILAYARI DI http://sanusisetpol.blogspot.com


UrukHai.

Tuesday, 7 May 2013

Khas Untuk Bangsa Cina !! (SEJARAH) 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969 KITA BONGKAR!! #TolakDAP

Parti Komunis Malaya.

Peristiwa Yang Harus Jadi Pedoman: 16-30 Ogos 1945 dan 13 Mei 1969
(Pengajaran dari dua peristiwa iaitu Pemerintahan Tanah Melayu selama empat belas hari oleh Pasukan Tentera MPAJA/Parti Kominis Malaya (PKM) atau Bintang Tiga dan Peristiwa 13 Mei 1969).

Ramai dikalangan generasi muda bangsa kita yang kurang mengetahui kedua-dua peristiwa tersebut dan implikasi mereka dalam perkembangan sejarah negara amnya dan sejarah orang Melayu khasnya. Peristiwa yang pertama ialah apabila Tentera Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA), satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga yang memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945 iaitu jangkamasa dari Tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16hb Ogos 1945 sehinggalah Tentera British sampai kembali ke Tanah Melayu menubuhkan Kerajaan Tentera British empat belas hari kemudiannya.


Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Kebanyakan mereka adalah bekas ahli pasukan polis yg ditubohkan oleh Jepun untuk menjaga keamanan di Bandar2. Tentera Jepun memang anti kaum China.

Ini adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun dimana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang panggil Massacre of Nanjing. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun.

Sikap permusuhan ini jugalah yang menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran anti Jepun di China baru-baru ini. Oleh itu, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun di Tanah Melayu. Jadi, bila Tentera Jepun mengaku kalah, maka berkeliaranlah anggota Bintang Tiga ke kampung2 mencari bekas polis tersebut yg kebanyakannya orang Melayu. Di kampung Sungai Manggis, Kalumpang terdapat cerita2 yg mana anggota Bintang Tiga ini mencari dan membunuh mangsa2 mereka.

Mereka akan dibawa ketepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka akan dihentam dengan belakang cangkul dan ditanam kedalam lubang yg sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup2. Sampai sanak saudara tidak tahu dimana mereka ditanam. Boleh dikatakan perkara ini berleluasa di Selangor dan di negeri2 lain seluruh Tanah Melayu. Tidak tahu berapa banyak yang terbunuh dan cara2 mereka dibunuh. Pakar2 sejarah perlu mengkaji peristiwa tersebut lebih terperinci kerana ia banyak mempengaruhi sejarah nasionalisme orang Melayu kemudiannya.

Oleh kerana yg membunuh ialah anggota Bintang Tiga yg kebanyakannya orang China dan mangsa mereka pula kebanyakannya orang Melayu, peristiwa tersebut telah bertukar menjadi pergaduhan antara kaum. Ramai orang Melayu yg bertindak balas terutamanya di Batu Pahat, Johor dan Sungei Manik, Teluk Intan, Perak. Selepas peristiwa tersebut kemarahan orang Melayu kepada kaum pendatang mulai mendalam dan menebal. Mulai timbul semangat nasionalisme di kalangan orang Melayu.

Bila kemudiannya pihak British cuba memperkenalkan konsep Malayan Union yg menghapuskan sistem Raja2 Melayu, penghapusan hak istimewa orang Melayu, dan pemberian kerakyatan dan hak samarata kepada semua kaum, ianya telah mendapat tentangan yg hebat dari semua lapisan orang Melayu. Mereka telah berarak dan menunjuk perasaan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Lalu akibatnya, lahirlah UMNO, parti yg menjadi tunjang Kerajaan Barisan Nasional pada hari ini.

Peristiwa 13hb Mei 1969 pula adalah akibat dari perayaan dan sambutan kemenangan yang mengila dan berlebihan yang dilakukan oleh penyokong parti-parti pembangkang (Cina), apabila mereka menang banyak kerusi dalam dalam PRU 1969, terutama di Selangor di mana Perikatan dan pembangkang menang sama banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri. Penyokong2 parti pembangkang seperti Gerakan, DAP, dan Socialists Front telah berkeliaran di Kuala Lumpur dengan lori, kereta dan motosikal sambil berteriak dan menjerit-jerit “Melayu bodoh!”, “Melayu balik kampung!”, “Melayu sudah hilang kuasa!”, dan sebagainya.

Mungkin dalam penyokong2 pembangkang itu ada anasir subversif dan kongsi gelap yg cuba memprokasi orang Melayu supaya negara kucar-kacir. Tindakan provokatif pembangkang itu tidak di biarkan begitu saja oleh orang Melayu di Kuala Lumpur di kawasan seperti Kampung Baru, Kampung Keramat, Gombak dan Ampang. Maka, berlakulah tindakbalas dan akhirnya menumpahkan darah dikalangan mereka yg tidak berdosa. Contohnya, orang yg membeli belah dan mereka yg menonton wayang di pawagam2 di kawasan Chow Kit Kuala Lumpur.

Kedua2 peristiwa tersebut banyak mempengaruhi politik dan ekonomi orang Melayu. Peristiwa berdarah semasa Tanah Melayu diperintah selama empat belas hari oleh Bintang Tiga banyak membawa kesedaran kepada orang Melayu. Ini kemudian menggembelingkan orang Melayu untuk bersatu menentang Malayan Union. British yg cuba menghakiskan keistiwaan pribumi kepunyaan mereka. Dan ia membawa kepada kelahiran UMNO itu sendiri.

Sementara Peristiwa 13 Mei 1969 pula menyedarkan orang Melayu mengenai ketinggalan bangsa mereka dalam bidang ekonomi yang tidak diperjuangkan dengan lebih tegas sebelum itu. Lalu lahirlah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang digubal semasa perintahan Perdana Menteri Tun Abdul Razak. Kemudiannya timbul konsep penubohan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra atau “Bumiputra Commercial and Industial Community” (BCIC).

Dengan DEB banyaklah anak-anak Melayu yg di hantar keluar negeri melanjutkan pelajaran mereka dalam berbagai lapangan professional untuk membanyakkan Orang Melayu dalam berbagai bidang professional seperti peguam, doktor, arkitek dan sebagainya. Kakitangan kerajaan lebih banyak terdiri dari orang Melayu. Sebelum itu kakitangan kerajaan banyak terdiri dari kaum lain.

Kedua-dua peristiwa tersebut banyak meninggalkan kesan kepada orang Melayu dan ini haruslah disedari oleh generasi muda Melayu sebagai pertunjuk kepada mereka dalam meneruskan perjuangan bangsa. Jangan kerana kemarukkan sedikit kuasa, segalanya termasuk Bangsa & Agama mahu digadaikan. Belajarlah dari sejarah yang pernah berlaku ... kerana masih ada yang sedang menggunting dalam lipatan ....


UrukHai.

Friday, 3 May 2013

Tolak PAS Tak Bermakna BN Menolak Islam !! #TolakPR #Vote4BN #PRU13 #PG13


PELAKSANAAN ISLAM OLEH KERAJAAN BN

Pendahuluan :

� Perlembagaan Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat berbilang kaum merupakan "kontrak sosial" yang istimewa dan unik di mana ia terbina di atas asas kerelaan dan kesediaan memberi dan menerima yang bermatlamatkan hidup bersama dalam suasana rukun damai dan bahagia.


� Hakikatnya, walaupun Malaysia merupakan sebuah negara majmuk namun segala perancangan dan pembangunan yang dilaksanakan olehkerajaan mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara selain menyediakan peruntukan yang besar untuk kepentingan dan peningkatan syiar Islam.

Asas pentadbiran negara yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN :

� Tradisi dalam Kerajaan BN yang memerintah negara sejak sekian lama telah menetapkan bahawa kepimpinan tertinggi parti dan negara mestilah terdiri daripada orang-orang Melayu. Demikian juga jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri Kanan, sungguhpun perkara ini tidak terkandung dalam perlembagaan yang bermaksud mana-mana rakyat Malaysia boleh memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

Berikut merupakan asas pentadbiran di Malaysia selaras dengan ajaran
Islam:

Sistem Perundangan :

� Dalam bidang perundangan, berbagai usaha telah dijalankan untuk menyelaraskan antara Undang-Undang Sivil dan Syariah. Perundangan yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada keadilan sejagat yang boleh diterima pakai oleh semua bangsa dan penganut semua agama di Malaysia.

Malah, ia tidak bertentangan dengan asas-asas agama Islam dan lain-lain agama. Penubuhan Kulliyyah Undang-Undang di UIAM memperlihatkan betapa kerajaan yang ada sekarang begitu serius dalam usaha untuk meningkatkan taraf sistem Perundangan Syariah sejajar dengan Perundangan Sivil.

Sistem ekonomi :

� Terdapat sistem baru yang selaras dengan ajaran Islam telah dilaksanakan seperti Sistem Perbankan Islam, Takaful, Al-Rahn dan sebagainya. Selain itu, skim pembangunan usahawan bumiputera yang berteraskan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih baik diwujudkan untuk orang Islam di Malaysia.

Malah, Malaysia diiktiraf sebagai penyumbang utama kepada perkembangan perbankan dan Kewangan Islam di peringkat antarabangsa.

Sistem Pendidikan :

� Pendidikan kebangsaan disepadukan antara tuntutan ilmu fardhu `ain dan fardhu kifayah. Asas pembentukan sahsiah pegawai dan kakitangan kerajaan adalah nilai-nilai murni Islam.

Kerajaan yang ada pada hari ini juga telah menubuhkan beberapa institusi - institusi pengajian Islam. Antaranya adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Kolej Islam, Kolej Universiti Islam dan sebagainya. Malah, mata pelajaran Agama Islam atau Tamadun Islam menjadi subjek teras di semua peringkat pendidikan.

� Menyedari bahawa `ilmu' adalah aset terpenting yang berupaya mengubah nasib sesebuah masyarakat, kerajaan telah menubuhkan beberapa institusi serta pusat pengajian tinggi yang memfokuskan kepada pengajian agama Islam.

Langkah kerajaan ini terbukti berupaya memperkasa umat Islam dengan mencintai ilmu pengetahuan sekali gus menyedarkan masyarakat supaya bergerak maju ke hadapan.

� Berikut Merupakan Statistik Kemasukan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 1997, 1998, 1999 Dan 2003.

Jenis Sekolah -- 1997 -- 1998 -- 1999 -- 2003
SMK Agama -- 27, 658 -- 29,898 -- 31,388 -- 36,998

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia.

� Jadual di atas menunjukkan peningkatan jumlah pelajar yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kementerian Pendidikan Malaysia dari tahun ke tahun. Kadar itu jelas menunjukkan Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO sentiasa memberi perhatian serius terhadap perkembangan institusi pengajian Islam di negara ini.

Aspek Sosial :

� Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membebaskan umat Islam dari belenggu khurafat, tahayul dan ajaran sesat. Disamping itu, kerajaan juga sentiasa mengambil berat dalam memastikan makanan dan barang keperluan umat Islam di negara ini sentiasa halal dan suci.

Satu aspek yang perlu diberi perhatian, kerajaan dilihat begitu serius dalam usaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam di negara ini melalui pengenalan pelbagai bentuk dasar dan program yang sekaligus bermatlamat untuk meningkatkan maruah dan kedudukan umat Islam.

Institusi pentadbiran Islam :

� Kerajaan telah menubuhkan pelbagai institusi yang berkaitan dengan pentadbiran Islam khususnya penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Jabatan Mufti, Tabung Haji dan banyak lagi.

Kesemua institusi ini mendapat perhatian yang serius dari kerajaan dari aspek penyaluran peruntukan kewangan mahupun memastikan institusi-institusi ini ditadbir dengan baik untuk memastikan pencapaian objektif penubuhannya.

Ciri-ciri negara Islam di bawah kerajaan BN :

� Ramai di kalangan ulama muktabar dunia telah mengakui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara Islam. Menurut Al-Mawardi secara umumnya tugas pemerintah Islam ialah menjaga kepentingan agama dan mentadbir urusan negara serta umatnya.

Al-Mawardi juga menghuraikan secara terperinci tugas � tugas yang perlu dilakukan oleh pemerintah Islam :

a. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesong akidah dari ajaran Islam sebenar seperti yang diijtimak oleh ulama yang berdasarkan Quran dan Sunnah.

b. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintah. Menurut Al-Mawardi, "harus melantik orang kafir yang menjadi warga negara Islam (Zimmi) sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh pemerintah Islam (Wazir Tanfiiz).

c. Menyediakan tentera yang mampu mempertahankan negara dan agama dari pencerobohan serta menjamin keamanan dalam negeri.

d. Mewujudkan sistem kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan.

e. Mendirikan sembahyang lima waktu, Sembahyang Jumaat dan Sembahyang Hari Raya dengan membina masjid-masjid dan melantik imam- imam.

f. Mengendalikan urusan ibadat mengerjakan Haji.

g. Mengendalikan urusan pungutan dan pembahagian zakat seperti perlantikan amil dan sebagainya.

h. Memungut hasil dari sumber-sumber yang ada dalam negara (kharaj).

i. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan tanah.

j. Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap bagi mengendalikan urusan-urusan kewangan, harta benda kerajaan, pekerja dan juga pasukan bersenjata.

k. Membanteras jenayah dan mengenakan hukuman terhadap penjenayah dengan hukuman yang sesuai sama ada had (jenayah yang ditetapkan hukumnya oleh syarak dengan syarat-syarat tertentu seperti zina, minum arak dan sebagainya) atau taazir (jenayah-jenayah lain yang diberi kuasa kepada pemerintah menentukan bentuk hukumnya).'

l. Melaksanakan tugas hisbab yang dalam konteks negara moden dikenali dengan sebahagian penguatkuasaan. Ia bertujuan memastikan supaya adab-adab, akhlak dan syiar Islam serta peraturan-peraturan yang diwujudkan untuk kesejahteraan masyarakat dapat ditegakkan.

� Dalam konteks Malaysia, keseluruhan tanggungjawab yang menjadi kewajipan sebuah negara Islam telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kecuali beberapa perkara yang digariskan oleh Al-Mawardi tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Memang diakui, terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan namun proses memperbaiki dan menyempurnakannya telah dilaksanakan secara berterusan, Seperti :

� Kerajaan sudah mengambil langkah untuk menyeragamkan undang-
undang Islam dan meningkatkan imej Mahkamah Syariah sejak 1972
apabila Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam menubuhkan satu
jawatankuasa bagi mengkaji kedudukan Mahkamah Syariah dan kadi di
seluruh negara.

� Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Syed
Nasir Ismail itu mengemukakan laporan perakuannya kepada Majlis
Kebangsaan Hal Ehwal Islam pada 1981.

� Selanjutnya, sebuah jawatankuasa peringkat pegawai yang
dipengerusikan oleh Dr. Zakaria Yatim dari Jabatan Peguam Negara pula
ditubuhkan untuk meneliti laporan berkenaan.

� Beberapa perakuan baru, termasuk cadangan mengadakan undang-
undang di Mahkamah Syariah dilakukan pada masa itu.

� Bagi meneruskan tugas mengadakan deraf undang-undang dan
penyeragaman di seluruh negara, maka ditubuhkan satu Jawatankuasa
Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil yang pada permulaannya
dipengerusikan oleh Allahyarham Tan Sri Prof. Ahmad Mohamad Ibrahim.

� Akhirnya, jawatankuasa itu berjaya mengadakan dan
mengemaskini beberapa deraf undang-undang iaitu Undang-Undang Zakat
dan Fitrah, Undang-Undang Wakaf, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-
Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal, Kanun
Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah serta Undang-Undang
Pentadbiran Perundangan Islam.

� Deraf undang-undang ini pada asalnya dibuat untuk
dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dan dicadangkan supaya diterima
oleh semua negeri bagi melaksanakan pentadbiran keadilan di Mahkamah
Syariah negeri.

� Kesungguhan Kerajaan Pusat untuk menyeragamkan undang-undang
Islam terbukti dengan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang
Syarak dan Sivil pada tahun 2000.

� Undang-undang tersebut ialah Undang-Undang Keluarga Islam,
Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keterangan, Kanun Acara Mal,
Kanun Acara Jenayah, Undang-Undang Peguam Syariah dan Undang-Undang
Pentadbiran Agama Islam.

� Bagi melicinkan pentadbiran di Mahkamah Syariah, Jawatankuasa
Teknikal Undang-Undang Syariah peringkat negeri pula menggubal
beberapa kaedah dan peraturan seperti Kaedah Peguam Syarie, Kaedah
Kes dan Fail, Kaedah Sebatan serta Kaedah Sulh (mediasi).

� Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula mengambil
langkah dengan menyediakan satu pelan tindakan antaranya
menyeragamkan kod kes dan fail berdasarkan kaedah sedia ada serta
mengeluarkan `Arahan Amalan' dari semasa ke semasa merangkumi
pelbagai prosedur kehakiman.

� Dalam pada itu JKSM juga menubuhkan Jawatankuasa Kaedah-
Kaedah Mahkamah Syariah yang bertujuan untuk mengkaji beberapa
prosedur dan kaedah sedia ada untuk diseragamkan, seterusnya
menyediakan kaedah dan peraturan baru yang patut diadakan dalam usaha
penyeragaman.

� Oleh yang demikian, berdasarkan kaedah yang ada, tidak timbul
sebarang persoalan bahawa kerajaan tidak berusaha untuk memartabatkan
sistem perundangan Islam.

� Apa yang penting, keutamaan diberikan untuk membaiki segala
kelemahan dalam sistem itu berasaskan konsep `tadrij' atau
berperingkat.

� Pelaksanaan undang-undang Islam secara `tadrij' adalah bukti
kerajaan mahu memperlihatkan kesempurnaan dan kecantikan Islam dalam
pentadbirannya. Ini dengan mengambil kira kedudukan dan perkembangan
semasa umat Islam dalam menjalankan sebarang pembaharuan serta
pindaan terhadap institusi perundangan Islam.

Kesimpulan :

� Kerajaan BN sentiasa berusaha ke arah pembentukan undang-
undang Islam. Selepas merdeka sehingga ke hari ini undang-undang
Malaysia dipinda dan digubal ke arah pembentukan hukum Islam yang
lebih sempurna dari masa ke masa. Sebagai contoh, undang-undang yang
terkandung dalam mahkamah syariah kini sudah diguna pakai oleh semua
negeri diMalaysia.

� Di samping itu, kerajaan juga begitu serius dalam memastikan
penyediaan infrastruktur dan sumber manusia yang berkemahiran demi
memastikan pentadbiran dan pelaksanaan Undang-Undang Islam di negara
ini menepati kehendak Islam yang sebenar.

� Pelaksanaan Islam di Malaysia telah dilakukan secara
menyeluruh dan mencakupi pelbagai bidang. Sememangnya kerajaan telah
berusaha bersungguh-sungguh menerapkan nilai-nilai dan peradaban
Islam di negara ini. Dan usaha kerajaan ini telah mendapat
pengiktirafan antarabangsa sehingga Malaysia mendapat jolokan `Negara
Islam Contoh' terutama daripada negara-negara Islam termasuk dari
Timur Tengah.

Maka tidak hairanlah jika Malaysia di bawah pimpinan Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi diberi kepercayaan untuk mengetuai Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC).




UrukHai.