Followers

Wednesday, 30 January 2013

Cara Lelaki Bergambar Kalau Tiada Kekasih ??!!



Lumrah menjadi manusia biasa yang hidup di dunia ini, semua orang mahukan pasangan yang hadir dalam hidup mereka.

Paling terasa sekiranya kawan-kawan disekeliling kita mempunyai pasangan, tetapi kita tidak ada. Perasaan cemburu pastinya sangat dirasa ketika itu.

Kadang-kadang, ada juga individu yang terasa apabila sering diejek dek kerana tidak mempunyai pasangan. Mulalah timbul pelbagai idea untuk menunjukkan diri sendiri mampu mempunyai kekasih.

Cuba lihat gambar-gambar di bawah, cara yang lelaki itu lakukan mungkin salah satu cara menunjukkan dia ‘sudah’ mempunyai kekasih.

Tapi, terasa seperti ‘psycho’ pula.

Layan…










UrukHai.

Selangor Akan Bubar DUN Lepas Chap Goh Meh ??!!



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.

Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). 

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.

"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.

Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.

Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.

Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.

"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.- Bernama

UrukHai.

Monday, 28 January 2013

Upss !! Tudia Besarnya 'Pungkoq' Dia Khas Buat Lim Guan Eng ??!!


Mikel Ruffinelli 

Los Angeles: Mikel Ruffinelli tidak segan mempamerkan pinggulnya, yang terbesar di dunia dengan ukur lilit lebih 244 sentimeter (cm). 

Dengan keadaan sedemikian, ibu empat anak itu terpaksa bergelut untuk memasuki pintu dan memerlukan dua tempat duduk ketika menaiki pesawat. 

Mikel, 39, yang seberat 190 kilogram (kg) terpaksa memandu trak kerana tidak muat untuk masuk ke dalam kereta. Dia juga memerlukan sebuah kerusi yang kuat untuk duduk dan berehat di dalam rumah. 

Bagaimanapun, wanita itu yang hanya mempunyai berat 63kg ketika berusia belasan tahun, bangga dengan bentuk tubuhnya. Dia tidak mempunyai rancangan untuk menurunkan berat badan meskipun sering diejek. 

"Ke mana saja saya pergi, pinggul saya akan jadi tumpuan. Ada yang mengejek dan ada yang memuji. Apabila saya berjalan di jalan raya, saya boleh mendengar bunyi klik kamera telefon dan orang akan mentertawakan saya.

Mikel Ruffinelli bersama suami tercinta, Reggie Brooks. 

"Saya pernah terdengar orang sekeliling berkata, 'Tengok pinggulnya yang besar.' Ada orang menyangka saya menjalani pembedahan untuk membesarkan pinggul saya. Tetapi, ia sebenarnya asli. Mungkin ia kesan daripada mempunyai empat anak. Tetapi keluarga saya memang berpinggul besar," kata wanita itu. 

Mikel bersaiz normal seperti kanak-kanak biasa ketika remaja. Malah, ketika berusia awal 20-an, berat badannya hanya 82kg. 

Tetapi, pada usia 22, beratnya bertambah 25kg selepas melahirkan anak pertama, Andrew, yang kini berusia 18 tahun. Selepas anak kedua, Destynee, 13, Autumn, 8 dan Justyce, 7, dilahirkan, beratnya meningkat mendadak dan pinggulnya terus membesar. 

Meskipun dengan bentuk tubuhnya, Mikel hanya setinggi 195 cm dan lilit pinggangnya pula 102 cm.

Mikel dari Los Angeles mengaku berdepan dengan kesukaran dalam menjalani seharian akibat saiznya itu.

"Saya perlu membeli tiket untuk dua tempat duduk setiap kali menaiki pesawat atau kereta api kerana tak muat. Ia sudah tentu mahal. Saya sanggup memandu trak daripada menaiki pengangkutan awam kerana ia cukup besar untuk saya.

"Untuk berjalan menerusi ruang yang sempit juga menjadi masalah utama. Saya juga terpaksa mengiring  untuk memasuki pintu masuk. Saya tidak boleh menutup pintu bilik air kerana pinggul saya tersekat. Pernah berlaku satu kejadian di mana saya tersepit dalam bilik air dan tidak berdaya untuk keluar," katanya.

Namun, wanita itu masih dapat menyertai kegiatan keluarga seperti rutin untuk menyihatkan tubuh di rumah dan bersiar-siar di taman atau tepi pantai.

Mikel Ruffinelli bersama keluarga.  

"Mencari pakaian yang sesuai untuk bahagian bawah tubuh menjadi satu cabaran. Saya juga terpaksa menempah khas semua pakaian dalam saya waktu ini," katanya. - Daily Mail

P/s : Itu ceritanya di LA, Namun jikalau nak dibezakan di Pulau Pinang sendiri kita sudah pun ada individu yang boleh dikatakan 'PUNGKOQ' besar !,siapa lagi kalau bukan si Lim Guan Eng haram jadah tu..,sampaikan nak guna perkataan Penang @ Pulau Pinang pun perlu memohon kepada pihaknya dahulu..,apa dia ingat Pulau Pinang ni BAPAK DIA punya ka ??? Cerita Klik : MMI,.. HHHaaaaarrrrrTttuuuiihhh For LGE !!

Apa lu ingat ini "Penang" Lu bapak punya ka ??!!



UrukHai.

HOT !! Datuk Tuan Ibrahim Membenarkan Calon Bukan Islam PRU13 Nanti ??!!



KUALA TERENGGANU, 26 Jan — PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.

DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.

“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). — Bernama

"Bagaimana pula dengan fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk 
memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963".

Sumber Klik : Melayu Blues


UrukHai.

HOT !! Tudia ADUN Guchil Kena Tumbuk Sebab RM 82K Oleh Penyokong Sendiri ??!!


ADUN Guchil, Ustaz Tuan Haji Zamri Ariff bin Tuan Zakaria ... berucap dalam masjid dan surau, pakai jubah dan kopiah, berjanggut tapi TIPU kontraktor!!! Takbeer!!! ... 

Kawan-kawan di Kota Baru memberitahu kisah yang lucu tapi sebabnya tak lucu.

Perkara ini betul berlaku dan bukan dibuat-buat cerita oleh Sinar Harian atau Harakah atau Suara keadilan atau Rocket kerana laporan polis pun ada dibuat oleh pihak yang terlibat. 

Sabtu lepas ADUN Guchil, Kuala Krai, Kelantan, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria telah membuat laporan polis terhadap seorang bernama hassan.

Hassan ini adalah penyokong PAS yang telah menumbuk Zamri tengah malam sebelum itu di Simpang 3, Lorong Tok Gading, Kota Baru. Ketika itu, Zamri bersama kawannya bernama Hilmi.

Hassan datang bertiga bersama Wan Roslan dan  seorang yang tidak di kenali dan dengan keadaaan yang marah menjerit, "Aku geram lama dah. Panas ...  panas ... Tok Wakil nipu."

Zamri dah panic dan cuba nak bincang dan redakan keaadaan. Tapi Hassan tidak peduli dan terus tiba-tiba menumbuk mangsa sebanyak dua kali dan mengenai tengkuk belakang sebelah kanan.

ADUN Guchil itu terjatuh. Kawannya Hilmi cuba meleraikan pergaduhan.

Lepas disiasat baru diketahui punca pergaduhan adalah kerana ADUN Guchil tidak bayarkan pembayaran sebanyak RM82,000 ribu dari kontrak yang telah dilaksanakan oleh Wan Roslan dan Hassan. Ianya bayaran untuk 3 buah projek jalanraya kelas F di Kuala Krai pada tahun lepas.

Dua-dua projek telah siap sepenuhnya manakala satu projek separuh siap. ADUN Guchil hanya membayar sebanyak RM6,000 saja ... tak sampai 10% menyebabkan mereka tidak berpuas hati terhadap mangsa yang telah menipu mereka.

Tak payahlah siasat ... dah tak bayar, padanlah muka kena. Cuma kesianlah kontraktor yang dah keluarkan duit siapkan projek tapi tak dibayar.

Yang percaya pada orang PAS kenapa?

Hairan juga kenapa bayaran diminta dari ADUN? Bukankah kontrak ambil dari majlis tempatan?????



UrukHai.

Tudia HOT !! [Video] Apabila Ustaz Kamal Saidin Bersuara !!

Siasat Dulu Apa Tok Guru Kata- Ustaz Kamal Saidin 



Sumber Kickdafella.


UrukHai.

Puak Pakatan Rakyat Pasti Benci Bila Membaca Berita Ini ??!!




Lebih 10,000 rakyat berbilang kaum termasuk menteri Kabinet dan orang kenamaan hari ini membanjiri Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kehadiran mereka bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri yang  mengadakan lawatan ke Semenanjung Gaza Selasa lalu sebelum menghadiri mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland.

Ketibaan Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 11.05 pagi, disambut Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Kenamaan lain termasuk Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Orang ramai yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur turut membawa sepanduk dan kain rentang, antaranya bertulis  "Selamat Pulang Pejuang Umat", "PM Wira Negara", "We Are Proud To Have A Brave PM" dan "We Love PM".

Dalam ucapannya, Najib berkata beliau terharu atas sambutan yang tidak disangka itu dan merestui perhimpunan tersebut kerana ia sebenarnya menunjukkan komitmen rakyat Malaysia yang tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Katanya beliau mengambil keputusan untuk melakukan lawatan ke Gaza bagi menyampaikan pendirian rakyat serta melihat sendiri keadaan di kawasan tersebut.

"Kita dah hulur derma, NGO (badan bukan kerajaan) kita sudah pergi ke bumi Palestin, tetapi kita atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia, atas nama BN, belum lagi sampai ke bumi Palestin," katanya.

Najib berkata walaupun dalam tempoh lawatan yang singkat, beliau sempat dibawa melihat sekitar Gaza yang penduduknya padat dan daif, serta melihat kemusnahan akibat serangan Israel terhadap bangunan kerajaan, masjid dan stadium yang semuanya tidak mempunyai 'kepentingan ketenteraan'.

Beliau berkata serangan seperti itu bertujuan untuk meningkatkan penindasan dan cengkaman terhadap rakyat Palestin,serta meruntuhkan semangat mereka, justeru itu amat penting untuk pergi ke sana dan menyampaikan mesej bahawa mereka tidak berseorangan dalam perjuangan itu.

"Ada orang kata kita patut melakukan apa saja untuk menentukan keselamatan Israel, tetapi bagi kita, bagi rakyat Malaysia, bagi BN, bagi kerajaan, yang kita pentingkan adalah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan serta keselamatan yang terjamin," katanya.

Najib berkata penubuhan kerajaan perpaduan di antara Hamas dan Fatah adalah penting bagi memastikan perjuangan mereka di bumi Palestin mencapai kejayaan. 

"Ingatlah bahawa tunjang kepada segala-galanya adalah perpaduan, perpaduan itu amat penting. Pengajaran kepada kita di bumi Malaysia ini juga, perpaduan adalah tonggak kepada segala-galanya.

"Kita boleh beri sokongan moral, kewangan dan politik tetapi kesudahannya rakyat Palestin mesti ambil langkah ke arah perpaduan. Inilah mesej yang telah saya sampaikan kepada mereka bahawa rakyat Malaysia merupakan pejuang yang akan sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam perjuangan mereka," katanya.

Gaza merupakan satu daripada penempatan di Palestin yang mempunyai penduduk seramai 1.7 juta orang walaupun hanya seluas separuh negeri Perlis.

Najib yang merupakan perdana menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke negara itu turut dianugerah Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Al-Aqsa atas sokongan yang diberi terhadap perjuangan Palestin.- Bernama.


UrukHai.

HOT !! Artis Di Tangkap Kerana Berpesta Syaitan ??!!



Gambar Hiasan


JAKARTA - Artis popular Indonesia Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar serta Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah adalah empat artis yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, pagi Ahad semalam.


Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai.

Penahanan artis terbabit serta suspek lain itu diumum Ketua BNN Anang Iskandar pada sidang media di sini petang ini.

Pasukan BNN turut merampas sejumlah dadah yang dipercayai jenis ganja dan pil khayal di tempat kejadian.

Raffi yang juga bekas kekasih penyanyi Yuni Shara iaitu kakak kepada penyanyi Krisdayanti, sebelum ini dilapor telah mendaftar nama untuk menjadi calon Parti Amanat Nasional, pada pilihan raya umum Parlimen 2014 nanti.

Media tempatan memetik Timbalan Ketua Umum PAN Dradjad Wibowo pada Ahad, sebagai berkata parti itu tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama Raffi daripada senarai bakal calon PAN jika beliau disahkan terlibat dengan dadah. - BERNAMA


UrukHai.

BR1M 2.0 Akan Bermula Tidak Lama Lagi !



Sebanyak enam juta daripada 7.3 juta permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Ipoh.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 4.1 juta adalah penerima BR1M tahun lepas manakala sebanyak 3.2 juta adalah permohonan baharu.

"Sebanyak enam juta permohonan telah diproses LHDN manakala sebanyak 1.3 juta permohonan masih diproses," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Mengimarahkan Perpustakaan 1Malaysia Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun, dekat sini, semalam.

Beliau berkata bagaimanapun hanya pemohon yang mendaftar pada atau sebelum 31 Disember lepas akan menerima bayaran pada Februari ini manakala mereka yang mendaftar selepas tarikh berkenaan akan dibayar pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Ahmad Husni berkata seperti tahun lepas, pembayaran akan dibuat melalui pemberian baucar pada majlis yang akan diadakan di kawasan masing-masing.

"Kita ada bank bergerak pada setiap majlis itu, tahun lalu kita ada Bank Simpanan Nasional, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Bank. Tahun ini kita tambah lagi satu bank iaitu Public Bank," katanya.

Beliau menjelaskan pemberian BR1M bukan sahaja memberi manfaat kepada penerima bantuan itu, sebaliknya ia turut memberi kesan ekonomi yang positif kepada penduduk setempat.

"Ia memberi kesan kepada ekonomi negara terutama di kawasan pemberian BR1M dilaksanakan di mana mereka yang menerima BR1M akan berbelanja di kawasan masing-masing dan dengan itu ia akan meningkatkan penggunaan secara menyeluruh di seluruh negara," katanya.

Pembayaran BR1M tahun ini dijangka melibatkan peruntukan RM3 bilion.

Tahun lepas, 4.1 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.


UrukHai.

Sunday, 27 January 2013

HOT !! Jangan Klik [Video] !! 18 Tahun Ke Atas Sahaja !!


Uruk cakap korang tak nak dengar, so korang nak tengok sangatkan...Klik kat bawah ni :




UrukHai.

Rakyat Sudah Banyak Berubah - DS Najib !


NAJIB Tun Razak ketika sesi temu bual bersama Fareed Zakaria dari Cable News Network (CNN) sempena Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland, kelmarin. - BERNAMA


DAVOS - Rakyat Malaysia, terutama generasi muda masa kini telah banyak berubah dan perlu didekati dengan pendekatan berbeza kerana mereka mempunyai pengharapan yang sangat tinggi terhadap kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tahap jangkaan rakyat yang telah meningkat itu menyebabkan prestasi kerajaan pemerintah juga perlu ditingkatkan ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata, kerajaan perlu menyedari bahawa rakyat Malaysia kini tidak lagi akan memberi undi jika hanya berdasarkan kepada sumbangan yang dilakukan di masa lalu.

"Memang tiada siapa dapat menafikan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah berjuang untuk kemerdekaan negara dan juga telah berjaya membangunkan negara ini.

"Bagaimanapun, mereka akan berkata; "Ya, itu yang anda telah lakukan masa lalu tetapi mereka akan terus bertanya apakah yang anda akan lakukan di masa kini dan masa depan?" katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai prestasi BN pada pilihan raya umum lalu dalam wawancara oleh wartawan Cable News Network (CNN), Fareed Zakaria yang diadakan sempena Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di sini, semalam.

Perdana Menteri berkata, Malaysia kini menghadapi golongan pengundi yang lebih sukar hasil daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan penggunaan media sosial yang meluas.

"Walaupun ia merupakan satu perkara yang baik tetapi ia juga boleh memberikan cabaran kepada kerajaan," tambah Perdana Menteri.

Najib berkata, kerajaan sekarang bekerja keras sedaya upaya dalam memenuhi permintaan rakyat dan berharap akan mendapat mandat lebih baik dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengenai dakwaan penduduk berketurunan Cina yang terpinggir kerana dasar-dasar yang memberi kelebihan kepada masyarakat Melayu, Najib berkata, kerajaan sedang berusaha mengurangkan isu tersebut dengan pengenalan dasar-dasar yang tidak membezakan kaum.

"Kami telah memperkenalkan dasar yang berasaskan meritokrasi seperti dalam dasar pengambilan pelajar ke universiti awam yang berdasarkan merit yang telah meningkatkan bilangan pelajar kaum Cina," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata, terdapat pula permintaan daripada sesetengah kaum lain seperti masyarakat India yang mahukan kerajaan mempertahankan dasar berasaskan sistem kuota.

"Sehubungan itu, kami akan memperkenalkan lebih banyak dasar-dasar yang mengambil kira keperluan semua rakyat dan bukannya dasar yang hanya berasaskan bangsa," katanya.

Mengulas mengenai rakyat di beberapa negara Islam yang sering mendesak perubahan kepada kerajaan sedia ada, Najib berkata, Malaysia sentiasa berusaha untuk berubah demi kemajuan negara.

"Kami (sentiasa) mengambil inisiatif untuk berubah kerana saya sendiri sangat mementingkan perubahan yang sistematik kerana ia akan memberikan hasil lebih baik daripada (berbanding) perubahan yang dilaksanakan melalui keganasan," katanya.


UrukHai.

HOT !! [Video] Melayu Islam DAP Kini Insaf Kerana Tertipu Oleh Dakyah DAP ??!!


Kepada yang masih belum tersedar anda sememangnya sedang dibuai mimpi indah DAP yang menggunakan seluruh kuasa vitonya untuk menghasuti pemikiran masyarakat melayu Islam.

Tapi sedarkah kita, DAP Pulau Pinang sememangnya telah berjaya menghasut pemikiran melayu Islam itu sendiri ??

"Ayah-ayah, Tuhan Kristian dan Tuhan Islam itu sama ke?" (disebabkan kalimah Allah itu digunakan dalam Bible versi Melayu) Dan anda mahu soalan itu diajukan kepada anda suatu hari nanti ??

Tidak guna kita mahu menyesal di kemudian hari, hari ini anda diluar sana mungkin masih di alam bayangan Pakatan Rakyat jadi perlu elok-eloklah berfikir sebelum terlambat akan masa depan anak-anak cucu yang bakal lahir kedunia ini suatu hari nanti.

Saksikan Rakaman Bekas Ahli DAP merangkap Pengerusi DAP Permatang Sintok yang akan menerangkan kepada anda bahawasanya DAP ada perancangan untuk memanipulasi pemikiran masyarakat melayu Islam dengan membangkitkan soal isu kalimah Allah digunakan untuk 'Bible' edisi bahasa Melayu.

Untuk Pengetahuan, beliau juga adalah graduan Universiti Al-Azhar Mesir yang menamatkan pengajian di dalam jurusan syariah Islam.



Sumber Klik : Kedah Ke KayEll.




UrukHai.

Rakyat Sudah Bosan Dengan Retorik Pembangkang !



KUANTAN - Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata rakyat kini dilihat semakin bosan dengan pelbagai karenah dan retorik yang dicetuskan parti pembangkang.
 
Beliau yang secara sinis berkata apa saja perkara yang dibangkitkan pihak pembangkang tidak ubah seperti satu 'hiburan politik'.
 
"Rakyat dengar (isu yang dibangkitkan pembangkang) sebagai satu hiburan politik, tetapi akhirnya mereka (rakyat) akan memilih parti dan kerajaan yang akan membawa kepada pembelaan untuk masa hadapan yang boleh diberikan oleh Barisan Nasional," katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program sekampung Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Indera Mahkota di sini semalam.
 
Beliau berkata rakyat mahukan sebuah negara yang stabil dan bukannya sebuah negara yang porak-peranda seperti mana yang cuba dicetuskan parti pembangkang menerusi demonstrasi jalanan.

"Mereka (rakyat) juga (dilihat) tak minat dengan reformasi, maklum balas yang kita terima, rakyat mahu kepimpinan yang boleh membawa kestabilan kepada negara," katanya.
 
Beliau berkata Wanita Umno juga kini dilandasan kukuh dan jentera pergerakan itu kini di peringkat fasa terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
 
"Kita mempunyai kekuatan dalaman, kita tak mudah nak digentarkan, sebab kita berlandaskan kepada kebenaran dan kesucian perjuangan," katanya.


UrukHai.

Saturday, 26 January 2013

HOT!! [18SX ] Pakatan Rakyat Mula Edarkan Gambar Lucah ??!!



Nampaknya puak puak Pakatan Haram terlalu terdesak untuk mencetuskan isu baru bagi menutup isu panas iaitu kalimah Allah yang dikecam hebat oleh umat Islam.

Mereka terpaksa melakukan perbuatan jijik dengan mengedarkan risalah jijik Anwar demi untuk menyalahkan pihak UMNO. Perbuatan jijik mereka juga untuk mengalih pandangan rakyat yang semakin marah dalam isu Kalimah Allah ke isu baru.


Namun rakyat sedikit pun tidak berganjak tetap mengecam Anwar Ibrahim dan Haji Hadi yang menyokong penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam bible mereka dan dengan perbezaan keputusan itu Pakatan Rakyat yang kini dilihat berada diambang perpecahan.

Menjelang Pilihan raya yang semakin hampir Pakatan Haram akan melakukan apa cara sekalipun untuk mendapatkan perhatian rakyat walaupun dengan mengunakan taktik lapok.. justeru itu mereka mengarahkan blogger Anwarprono untuk spin isu ini dengan harapan dapat meraih simpati dari rakyat... disini dan disinun... Kononnya risalah lucah ini disebarkan oleh UMNO ..

Inilah dia Pakatan haram.. yang tak baik itu semuanya perbuatan UMNO.

Anwar Ibrahim fikir rakyat bodoh, mudah diperbodohkan olehnya...sorrylah semua sudah mula celik apabila Anwar Ibrahim dan Haji Hadi sanggup menggadaikan kalimah Allah demi untdi Kristian.



UrukHai.

Menangis Kerana Ditahan Berjudi ??!!


Gambar Hiasan

Seorang remaja berusia 16 tahun yang baru memulakan permainan judi menangis teresak-esak sebaik ditahan polis dalam serbuan pusat judi di Kampung Sungai Kayu Ara, kelmarin.

Remaja berkenaan merayu dilepaskan dan berjanji tidak akan melakukan perkara itu selain mengaku wang RM2 yang digunakan itu diminta daripada ibunya dengan alasan mahu membeli barang.

Ketika ditanya alasan dia bermain judi, remaja yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai buruh binaan itu mengaku pernah melihat bapanya berbuat demikian sebelum timbul rasa ingin mencuba.

Dalam serbuan jam 9.45 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu, polis menahan 19 kaki judi termasuk seorang penjaga premis warga Indonesia berusia awal 20-an.

Semua yang ditahan berusia 16 hingga 40 tahun.

Serbuan dikenali sebagai Ops Dadu itu diketuai Asisten Superintendan Mohd Nazri Daut bersama empat pegawai dan 19 anggota dari IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara Utama.

Menurut Mohd Nazri, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki yang ditahan adalah warga tempatan, dua lagi bertaraf penduduk tetap (PR), 10 daripadanya memiliki pasport dan lima lagi tiada dokumen sah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis yang dibuka 24 jam berkenaan baru beroperasi seminggu lalu dan sebilangan besar pelanggan mereka warga asing di kawasan berkenaan.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 11 unit pemprosesan komputer (CPU) digunakan untuk aktiviti judi dalam talian dan dua mesin judi menggunakan syiling serta wang RM500.

“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk pemeriksaan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya.


UrukHai.

Isu Kalimah Allah : [Video] Pakatan Rakyat 'Hangat Juboq' Bila Naser Disa Bersuara ??!!



Pada penghujung tahun 2012, isu penggunaan nama Allah di dalam kitab Bible versi bahasa Melayu kembali timbul apabila ia dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sebagai mesej Krismas beliau kepada kerajaan BN. Perkara ini mendapat tentangan kuat daripada beberapa NGO Islam di Malaysia.

Berikutan hal ini, Sultan Selangor mentitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk umat Islam sahaja dan mana-mana pihak yang cuba mengingkari akan ditahan.

Walau bagaimanapun, kerajaan Selangor terus dengan pendirian mereka bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan muslim selagi ia tidak disalah gunakan. Manakala, Majlis Gereja Malaysia tetap berkeras ingin menggunakan nama "Allah" atas alasan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan iaitu " agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan".

Berlaku juga konflik di dalam parti PAS apabila presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan bukan Islam boleh guna kalimah Allah.

Dan ia disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila beliau bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.

Namun di pihak Dewan Ulama PAS pula tidak bersetuju penggunaannya bagi bukan Islam. Mereka berpendapat istilah terbaik untuk 'God' adalah tuhan sebagaimana ia difahami oleh penganut Kristian manakala nama Allah khusus untuk Islam. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidaksenangan antara penganut agama Islam dan Kristian di Malaysia.

Saksikan Pula Video Dibawah : 

Video ini adalah semasa Forum Polemik Isu Kalimah Allah anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Auditorium Utama UIA Gombak pada 20hb Januari 2013.

Mahamad Naser Disa merupakan Timbalan Ketua Penasihat Bahagian Penasihat Syariah (JPN). Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia.



Sumber Klik : Dr MiM.

UrukHai.

Isu Bakar 'Bible' Sengaja Di Gembar-gemburkan ??!!



Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan selepas ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible)," katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu. 

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat," katanya. 

Ahad lalu, Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis 'jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita' yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu.


P/s : Rakyat Malaysia sememangnya masih rasional mengenai kesejahteraan sesama Agama la beb !! 



UrukHai.

Khas Buat 'Pengundi Atas Pagar' !!



MUAR - Barisan Nasional (BN) akan menggunakan masa yang ada sebelum pilihan raya umum akan datang untuk menghuraikan dan menjelaskan kepada pengundi atas pagar mengenai isu-isu semasa bagi mengelakkan mereka terkeliru dengan dakyah pembangkang. 

Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan kemelut politik di kalangan pakatan pembangkang dan isu pembohongan dilakukan pembangkang, ramai pengundi atas pagar keliru sehingga tidak tahu hendak memihak kepada parti mana. 

Beliau berkata, ia biasa berlaku sama ada dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum apabila terdapat sekumpulan pengundi yang tidak mahu nyatakan pendirian atau belum buat keputusan memihak kepada parti mana. 

"Ini diistilahkan dalam politik sebagai pengundi atas pagar...apabila masa mengundi mereka akan memilih A atau B atau mana-mana parti.

"Dengan situasi kemelut politik yang berlaku di kalangan pembangkang dan isu pembohongan yang dilakukan, pengundi akan keliru," katanya selepas Program MyAid Kelab UMNO Luar Negara Pagoh 2012 di Dewan Sekolah Panjang Sari, semalam. 

Hadir sama, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. 

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas kajian dilakukan Pusat Kajian Demokrasi Dalam Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCDEL) berkenaan isu pengundi atas pagar. 

Katanya, dengan kewujudan media sosial yang memuatkan perkara negatif juga menyebabkan wujud perasaan keliru dan sehubungan itu BN akan mengatasi perkara itu dengan melakukan penjelasan. 

"Ini kerana satu pihak akan kata begini, satu pihak lain akan kata begini. 

"Ramai yang akan tidak faham mungkin kerana tidak cukup pengetahuan dan mudah terpengaruh sebab itu dalam tempoh berapa bulan kebelakangan ini BN akan cuba berikan penerangan dan penjelasan kepada mereka," katanya. 

Muhyiddin memberikan contoh percangggahan pendapat yang ketara di kalangan pembangkang ialah dalam isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu. 

"Seorang pemimpin (pembangkang) kata sesuatu manakala pemimpin Kelantan, Kedah dan Selangor pula adakan bantahan secara terbuka. Mereka tidak menerima atau tidak bersedia untuk mengikut keputusan.

"Dalam soal berkerajaan hal ini suatu yang bahaya kerana apabila nak buat sesuatu keputusan ia akan menimbulkan krisis dan kesan pada pelaksanaan dasar dan program yang nak mereka laksanakan," katanya. 

Namun, Timbalan Perdana Menteri berkata, kejadian yang berlaku itu ada hikmah tersendiri kerana jelas dapat memperlihatkan kepada rakyat walaupun pembangkang duduk di atas pentas yang sama namun berbeza pendapat. 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika berucap sempena sambutan Krismas lepas, menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. 

Kenyataan itu mendapat bantahan pelbagai pihak, namun pemimpin parti sekutu DAP termasuk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya. 

Bagaimanapun, susulan keputusan Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Januari lalu, Nik Aziz mengubah pandangan yang bukan sahaja tidak bersetuju dengan Lim, tetapi juga menegaskan kalimah Allah hanya merujuk Tuhan Yang Satu dan perbuatan menggunakannya untuk agama lain adalah mengarut. - BERNAMA


UrukHai.

Isu Kalimah Allah : Anwar Ibrahim 'Spin' 360' Radius, Sinar Harian Tak Mampu 'Cover' Si Nuar Ni ??!!



Walaupun berkali-kali cubaan Akhbar Sinar Harian untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim namun ternyata bukan sedikit kekotoran najis yang melekat pada Anwar. Najis tersebut adalah najis jenis berat iaitu Najis mughallazah.

Kekotoran itu mungkin tidak mampu dibersihkan oleh manusia biasa. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Apakah Anwar sudah ada penyakit mental disoder.

Contohnya bila Sinar Harian tanya beliau tentang Kalimah Allah yang telah dipersetujui oleh dirinya sendiri bersama Mat Sabu dan Lim Kit Siang.


Anwar jawab Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham. Menreka sengaja memfitnah dirinya.

Ingat rakyat Malaysia ni bodoh dan boleh diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim ??

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR. Akhirnya Haji Hadi yang dipersalahkan.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya. Akhirnya Haji Hadi diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.

Kemudian wartawan Sinarharian tanya pula tentang kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya.

Lain yang ditanya lain yang dijawab. Lain yang dicari cina doll yang Anwar jumpa. Memang sukar untuk membersihkan najis yang ada pada Anwar sebab itu Anwar sentiasa cuba memutarbelitkan kata-kata untuk menampakkan bahawa dia amat bersih tetapi ternyata kotoran semakin bertambah.


P/s : Wahai Anwar Bin Ibrahim, Sedarkah engkau anwar, bahawasanya rakyat Malaysia sedang memerhatikan gerak dan tingkah laku mu ??..



UrukHai.

Friday, 25 January 2013

Wow !! Ustaz Beli Porsche Tak Lebih RM300K, Biar Betul ??!!



Setelah diasak dan di bongkarkan akhirnya ADUN PAS Sanglang yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Perlis membuat kenyataan di Harakahdaily mengenai isu pemilikan Porsche Cayman yang didaftarkan atas namanya. 

Menurut kata Ustaz PAS ini kenderaan tersebut yang didaftarkan atas nama beliau adalah milik anaknya, Faiz yang telah membelinya menggunakan permit import (AP) kereta yang diperuntukkan kepada beliau sebagai wakil rakyat.

Nampaknya Ustaz PAS ni dah salahguna hak dan keistimewaan yang diberikan kepadanya untuk kepentingan kroni dan keluarganya?

Hmmmm... Kalau kena kat anak wakil rakyat Umno/BN kecoh satu dunia ni... Tapi bila dah kena kat batang hidung sendiri buat bodow je puak Pakatan Haram ni, ini semua POYO jer...

Berdasar dari kenyataan Ustaz PAS ini... masih terdapat keraguan dengan harga pembelian kenderaan tersebut...

Betul ke harga kenderaan tersebut dibeli dengan harga sekitar RM100,000 lebih sahaja? Ke Ustaz ni silap kira.... guna 'Microsoft Excel' kot?

Jika Ustaz Hashim Jasin benar-benar ikhlas dalam pengakuan ini pamerkanlah resit pembelian di Harakahdaily, kerana rakyat meragui akan kebenaran dari Ustaz PAS ni!

P/s : Beli Kereta ratus ribu boleh, nak bayar saman liat !! pppuuuuuiiiiiihhh !! Klik Sini.




UrukHai.

Isu Kalimah Allah : 10 NGO Desak Lim Guan Eng Pula Mohon Maaf ??!!



Sungai Petani - Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda hari ini mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.


Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.

Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata, mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam.

"Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain," katanya kepada pemberita.

Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam.

"Kita tidak mahu nama ALLAH digunakan di dalam Bible," katanya. - Bernama

P/s : LGE Ibarat baling batu sembunyi tangan..HHaaaaarrrkkktttuuuuiiiiihhh !!



UrukHai.

Isu Kalimah Allah : Lagi Ahli PAS Desak PAS Supaya Keluar Pakatan ??!!



Sebelum ini di Pulau Pinang juga kita mendengar desakan yang mendesak supaya Pas keluar dari Pakatan Rakyat Klik Sini begitu juga kali ini, di Kelantan kita dapat mendengar desakan yang sama demi kesucian Islam itu sendiri.

Lebih 50 penduduk termasuk penyokong Pas yang tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, mereka mengadakan demonstrasi membantah cadangan pemimpin itu, yang mahu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu dibenarkan.

Selain membawa sepanduk mengecam Guan Eng, penduduk Kampung Padang Enggang itu  turut memijak bendera DAP kerana isu berkenaan.

Ketua kumpulan penduduk itu, Mohd Rosli Ghazali, 52, kemudiannya mendesak Pas keluar daripada Pakatan Rakyat sekiranya parti itu lebih sayangkan Islam.

"Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam.

"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah ALLAH ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta semua pihak agar menerima keputusan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Isu kalimah ALLAH itu timbul apabila Lim mendesak kerajaan agar membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi berkenaan dan pada satu ketika gabungan pembangkang turut bersetuju agar kalimah itu digunakan oleh bukan Islam.

Bagaimanapun selepas dikritik hebat, Majlis Syura Pas kemudiannya mengeluarkan ketetapan agar kalimah ALLAH tidak dibenar digunakan oleh bukan Islam bagi mengelak kekeliruan. - Bernama

P/s : Sepatutnya Pas sekarang ini mulai sedar yang mereka selama ini dijanjikan akan tempat dan keistimewaan dalam Pakatan Rakyat, namun apa yang kita dapat lihat sebenarnya adalah pembohongan oleh Dapigs yang diberikan pada Pas.

Syabas dan tahniah Uruk ucapkan pada ahli Pas yang membantah dan mendesak agar Pas keluar dari Pakatan Rakyat yang selama ini hanya ditunggangi oleh Dapigs.


UrukHai.

Isu Kalimah Allah : PAS Akan Akur Desakan DAP ??!!



Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,  Datuk Seri Noh Omar yakin Pas akan akur dengan desakan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu parti Islam itu tidak mengingkari kesepakatan yang dipersetujui awal bulan ini.

Menurut Noh, Pas bagaimanapun akan akur walaupun dalam keadaan terpaksa untuk menurut kesepakatan Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Januari lalu yang mengambil pendirian bukan Islam boleh guna kalimah ALLAH dengan bersyarat.

"Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas akan ikut desakan itu kerana mahu pastikan Pas terus berada dalam Pakatan Rakyat walaupun terpaksa membelakangkan prinsip perjuangan mereka.

"Saya lihat pemimpin Pas itu akan menurut desakan dan telunjuk Karpal walaupun sebelum ini keputusan Majlis Syura Pas jelas bertentangan dengan pendirian yang sudah disepakati.

"Hadi pastinya tidak berani menolak desakan itu kerana tanpa DAP, Pas tidak akan menang dalam pilihan raya umum," katanya ketika mengulas isu Karpal Singh mendesak Pas kaji semula keputusan berhubung penggunaan kalimah ALLAH.


UrukHai.

Thursday, 24 January 2013

18SG Seram Malam Jumaat [Video] !! Hantu Tumpang Dalam Kereta ??!!



Video di bawah ini didakwa di ambil oleh seorang hamba Allah ni ketika sedang memandu di lebuh raya Pantai Timur. Ramai yang mengatakan video ini fake. Tapi ada jugak yang mengatakan video ini adalah benar.

Hanya tuan yang memuat naik video ini saja yang tahu. Korang tengok la sendiri. Kalau tipu, anggap sahaja sebagai hiburan, kalau betol, berjaga-jagalah ketika melalui kawasan-kawasan keras ni. Iman mesti kuat.

Jom Saksikan : 


Bagi Uruk Perkara sebegini kekadang itu membuatkan kita berfikir adakah ianya betul ataupun mainan sahaja namun perlu kita akui makhluk yang berupa jin dan iblis sebenarnya ada di sekeliling kita.

P/s : Maafkan Uruk bagi peminat seram malam jumaat dan seram sabtu, Uruk sebenarnya agak sibuk baru-baru ini itu yang tak ader lagi cerita seram. tapi selepas ini Uruk akan cuba untuk tidak menghampakan peminat-peminat seram Uruk akan datang.


UrukHai.