Followers

Saturday, 26 January 2013

Isu Kalimah Allah : Anwar Ibrahim 'Spin' 360' Radius, Sinar Harian Tak Mampu 'Cover' Si Nuar Ni ??!!



Walaupun berkali-kali cubaan Akhbar Sinar Harian untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim namun ternyata bukan sedikit kekotoran najis yang melekat pada Anwar. Najis tersebut adalah najis jenis berat iaitu Najis mughallazah.

Kekotoran itu mungkin tidak mampu dibersihkan oleh manusia biasa. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Apakah Anwar sudah ada penyakit mental disoder.

Contohnya bila Sinar Harian tanya beliau tentang Kalimah Allah yang telah dipersetujui oleh dirinya sendiri bersama Mat Sabu dan Lim Kit Siang.


Anwar jawab Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalahertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham. Menreka sengaja memfitnah dirinya.

Ingat rakyat Malaysia ni bodoh dan boleh diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim ??

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR. Akhirnya Haji Hadi yang dipersalahkan.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya. Akhirnya Haji Hadi diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.

Kemudian wartawan Sinarharian tanya pula tentang kesediaan PKR untuk menghantar senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tapisan, Anwar menjelaskan perkara itu tidak akan berlaku.

"Mengapa SPRM tak kaji isu Scorpène? Sedangkan isu lembu boleh lepas, ambil tanah boleh lepas tetapi, ada masa nak kaji kita (PKR). Nanti, Permatang Pauh tak lepas sebab masih dalam kajian," katanya.

Lain yang ditanya lain yang dijawab. Lain yang dicari cina doll yang Anwar jumpa. Memang sukar untuk membersihkan najis yang ada pada Anwar sebab itu Anwar sentiasa cuba memutarbelitkan kata-kata untuk menampakkan bahawa dia amat bersih tetapi ternyata kotoran semakin bertambah.


P/s : Wahai Anwar Bin Ibrahim, Sedarkah engkau anwar, bahawasanya rakyat Malaysia sedang memerhatikan gerak dan tingkah laku mu ??..



UrukHai.

No comments:

Post a Comment