Followers

Tuesday, 30 April 2013

EKSKLUSIF : CHEGUBARD DEDAHKAN PEMBOHONGAN ANWAR !! #GE13 #PRU13 #TolakPR


Disaat Anwar Ibrahim sering menyalahkan SPR kononnya terlibat didalam penipuan daftar pemilih serta perjalanan mengundi sewaktu pilihanraya, hari ini rakyat didedahkan tentang realiti sebenar yang berlaku.

Menariknya, pendedahan ini bukan dibuat oleh pihak kerajaan, sebaliknya ia didedahkan sendiri oleh 'orang kuat' Anwar sendiri iaitu Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali dengan nama Chegu Bard.

Didalam video dibawah, Chegu Bard yang kini merupakan calon PKR bagi Dun Sungai Acheh di Parlimen Nibong Tebal, telah mendedahkan betapa Anwar sendiri menjadi perancang sebenar didalam penipuan pemilihan PKR.


Chegu Bard sendiri menyatakan yang beliau tidak percaya dengan kredibiliti Anwar serta mempersoalkan tuduhan Anwar terhadap SPR kerana sebelum ini Chegu Bard sendiri telah ditipu dengan teruk semasa pemilihan parti tersebut.

Dan Chegu Bard juga mendedahkan bahawa Anwar cuba menyogoknya dengan wang ringgit serta jawatan bagi menutup rahsia berkenaan pemilihan parti PKR sendiri yang disifatkannya sebagai tak adil dan demokrasi.

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PKR serta Pakatan harus melihat pendedahan oleh Chegu Bard ini sebagai satu 'turning point' untuk meninggalkan Anwar. Apatah lagi Anwar seringkali berceramah yang kononnya SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menipu rakyat didalam proses pengundian.

Walhal yang sebenarnya, Anwar sendiri menjadi dalang penipuan yang berlaku didalam PKR sendiri seperti mana yang di katakan oleh Chegu Bard didalam video ini. Tak mungkin Chegu Bard berbohong kerana beliau sendiri menjadi mangsa penipuan Anwar tersebut.

Jadi, jika pemimpin utama dalam organisasi PKR sendiri menjadi mangsa penipuan licik Anwar Ibrahim, apakah mustahil rakyat bawahan yang masih 'hijau' dengan politik menjadi mangsa Anwar seterusnya?

Dan pengundi di seluruh negara khususnya di Parlimen Permatang Pauh serta Dun Sungai Acheh harus menolak calon-calon dari PKR. Jangan biarkan manusia-manusia munafik seperti mereka-mereka itu berterusan memperbodohkan rakyat dimasa hadapan.

Cukup-cukuplah dengan apa yang terjadi sebelum ini seperti yang terjadi di Kampung Buah Pala. Jangan biarkan 'pisang berbuah dua kali' dengan membiarkan konco-konco Anwar didalam PKR berterusan menipu rakyat. Tumbangkan PKR dan Pakatan sebelum nasib anak cucu kita menjadi taruhan.


Klik Empayar Pemuda


UrukHai.

"Tangkaplah Saya, Heretlah Saya Ke Mahkamah" - Dr Mahathir #TolakPR #PRU13 #Vote4BN


KUALA PILAH - "Tangkaplah saya, heretlah saya ke mahkamah. Saya tetap ulang lagi, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang sebagai rasis dan dia memang rasis".

Demikian respons bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa pembangkang akan menangkap dan menghadapkannya ke mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Lim sebagai perkauman, jika berjaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Beliau berkata Karpal Singh membuat kenyataan itu kerana mahu menghalangnya daripada menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sikap Lim yang didakwanya rasis.

"Terkejut saya, pucat muka saya (nada menyindir)...fasal Pengerusi DAP Karpal Singh mahu tangkap saya kerana saya mengeluarkan kata-kata hasutan dengan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman.

"DAP hanya mahu bertanding di kawasan majoriti Cina kerana mereka hanya diterima pengundi di kawasan berkenaan dan tindakan DAP ini ternyata menunjukkan sikap rasis mereka," katanya semasa berucap pada satu majlis di Kampung Padang Jual, Johol, di sini hari ini.

Dr Mahathir mendakwa sekutu DAP iaitu Pas juga bersikap rasis kerana hanya mahu bertanding di kawasan majoriti kaum Melayu terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Katanya ini berbeza dengan Umno dan MCA yang tidak menunjukkan sikap perkauman kerana boleh bertanding di mana-mana kawasan di seluruh negara tanpa mengira majoriti kaum.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat bersikap hipokrit apabila menunaikan solat Jumaat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya Jumaat lalu kerana mahu meraih undi di sana.

"Dulu Pas kata mereka nak lelong pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya tapi sekarang tak mahu lelong pula dan mahu menawan Putrajaya dalam PRU ini...buat la pusat pentadbiran seperti Putrajaya di Kelantan," katanya.

Turut hadir pada majlis itu isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan calon BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Johol Abu Samah Mahat. - Bernama


UrukHai.

#PRU13 Waris Feat Khairy Jamaludin, Rembau Most Wanted Yo !!

'To my boys in N9 (Rembau) who work hard and struggeling'

Khairy Jamaluddin feat Warigh at Dataran Senawang, Seremban.





UrukHai.

Belum Apa-apa DAPigs Dah Tunjuk Zalim ??!! #PG13 #Vote4BN #TolakPR


Tempoh kempen PRU-13 baru sahaja seminggu berlalu namun pemimpin pembangkang terutama sekali DAP sudah mula menunjukkan belang mereka apabila mengugut untuk menangkap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Alasannya ialah konon kerana Tun Dr Mahathir telah mengeluarkan kata-kata hasutan menuduh Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai perkauman. 

Ugutan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam ceramahnya di Kluang, Johor itu mungkin dilihat satu perkara remeh bagi segelintir penyokong PR tapi hakikatnya itulah nawaitu sebenar pembangkang seandainya mereka diberi peluang berkuasa.

Dalam ceramah yang sama juga Karpal selaku suara rasmi DAP turut menegaskan pendirian parti itu untuk menghalang perlaksanaan hudud di negara ini, kenyataannya itu tentu sahaja sebagai peringatan kepada PAS.

Sehari dua kebelakangan ini PAS kembali menimbulkan polemik hudud dalam usahanya menarik kembali sokongan pengundi Melayu Islam, walau pun hakikatnya ia hanyalah retorik namun bagi DAP isu tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan bukan Islam kepada DAP dan PR.

Berikutan itu ramai pemimpin DAP bangkit mempersoalkan kejujuran PAS selaku rakan dalam pakatan pembangkang kerana ia dilihat satu perlanggaran terhadap persetujuan bersama yang sepatutnya hanya fokus untuk mengalahkan BN.

Belum pun berkuasa DAP sudah berangan untuk menangkap orang itu dan ini, kemudian dengan selambanya mempersoalkan keazaman rakan sepakatan, maka tidak sukar dibayangkan tahap kezaliman yang bakal mereka lakukan dan betapa celarunya negara andai PR berada di singgah sana pemerintahan negara. 

Apa pun, ini membuktikan laungan kebebasan dan ketelusan yang sering dilaungkan oleh PR hanyalah omongan kosong semata-mata dari sudut lain ia pastinya mengecewakan sesetengah penyokong PR yang selama ini sering diulit propaganda dan mimpi indah.


UrukHai.

Sunday, 28 April 2013

Memang Benar Kata Pakatan Rakyat, Kita Perlu 'Ubah' ??!! #UbahPenang #TolakPR #Vote4BN #PG13


Dalam tempoh setahun dua lepas sehinggalah masuknya waktu berkempen sempena PRU-13, perkataan 'ubah' sering kali meniti dari bibir ke bibir para pemimpin dan penyokong PR dalam usaha mereka untuk mempengaruhi khalayak supaya berpaling tadah dari BN kepada PR.

Cara mereka menyampaikan hujah dalam ceramah dan penulisan, seakan memperlihatkan parti pembangkang sudah mengalami pelbagai perubahan bersesuaian dengan zaman, sementara BN yang menerajui negara ini pula digambarkan sebagai kaku dan jumud tanpa sebarang transformasi.

Walhal tanpa mereka sedari, slogan ubah yang mereka tonjolkan sebenarnya lebih cocok untuk dikaitkan dengan keperluan mengubah pucuk kepimpinan dalam PR memandangkan sejak berbelas tahun atau puluhan tahun lepas orang yang sama jugalah yang masih menerajui parti-parti pembangkang.

Anwar Ibrahim misalnya, semenjak sedekad lalu kekal sebagai Ketua Umum PKR tanpa perlu melalui sebarang proses pemilihan parti, manakala isterinya pula masih menerajui PKR sebagai Presiden, di masa yang sama ruang seluasnya dibuka untuk anak sendiri mendaki hierarki kepimpinan parti.

Dalam tempoh yang sama, UMNO yang paling dicemburui Anwar sudah bersilih ganti pucuk pimpinannya dari Tun Dr. Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato' Seri Najib Tun Razak pula sebagai pemimpin utama parti, menunjukkan wujudnya perubahan dan peralihan selari dengan tuntutan semasa. 

Ketika UMNO terus fokus menabur bakti untuk kepentingan orang Melayu Islam sambil menitik beratkan kerjasama dengan semua kaum dan agama, PKR tetap dengan idea asal untuk menobatkan Anwar sebagai PM. Dulu dan sekarang itu satu yang dikejarnya. 

Dalam konteks politik DAP pula, sejak berpuluh tahun lalu, muka yang sama juga menerajui parti, Lim Kit Siang kekal selaku pemimpin utama yang menentukan hala tuju DAP dengan dibantu anaknya sendiri, Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung. 

Sementara, Karpal Singh pula terus menjadi suara rasmi DAP dalam mendepani isu-isu politik yang serba sensitif. Pendek kata idea kepimpinannya sama saja, kalau tak rasis, mereka akan bercakap soal kepentingan sekelompok kaum selari dengan konsep kepimpinan mentor mereka di Singapura.

Di lihat dari aspek kepimpinan parti, jelas sekali slogan 'ubah' yang digembar-gemburkan oleh PR langsung tak menepati maksudnya, melainkan sekadar mencanangkan idea propaganda untuk memperdaya rakyat supaya memilih mereka bagi menggantikan pucuk pimpinan negara.

Sedangkan tanpa wujudnya peralihan kepimpinan dalam parti, bermaksud ideanya kekal tepu ditakuk yang sama. Sebarang perubahan yang diwar-warkan hanya seumpama mencurah air ke daun keladi, tiada maknanya untuk negara dan rakyat kebanyakan.

Sebelum PR mahu meneruskan angan-angan mencanangkan perubahan, lebih elok kiranya mereka melakukan dulu perubahan dalaman parti masing-masing supaya idea baru dari kepimpinan yang lebih segar buah fikirannya benar-benar berguna untuk kepentingan khalayak.

Untuk itu, manfaatkan PRU-13 ini untuk menyampaikan isyarat jelas dengan menolak pemimpin-pemimpin PR yang sudah terlalu lama mengawal kepimpinan parti. Humban saja Kit Siang, Anwar dan Karpal Singh jauh ke alam persaraan supaya satu anjakan paradigma dapat dilaksanakan.


Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

Ternyata PR Tak Jadi Mansuhkan Tol – Hadi Awang #TolakPR #Vote4BN #PG13


Akhbar the New Straits Times semalam melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.  

Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”.  Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.  

Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang.  Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.  

Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais.  Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.  

Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.  

Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’?  Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut?   Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.  

Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.  

Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan.  Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.  

Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan.  

Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai.  PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati.  Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat.  Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’.  

Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas.  Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya.  Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita.  

Inikan pula menjadi kerajaan.  Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan.   Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.  

Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini.  Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.  

Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius.  Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka.  Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua.


 Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

Anwar, Karpal Tuduh Mat Taib Penuh Skandal !! #TolakPR #Vote4BN #PG13


Nampaknya perjalanan Mat Taib untuk ‘bertaubat’ dengan masuk PAS tidak semudah yang disangka.  Walaupun PAS menerimanya dengan tangan terbuka dan tepuk sorai gembira tetapi kemasukannya telah dipandang sinis oleh Ketua Pembangkang sendiri serta dipersoal pula oleh Karpal Singh, sebagai mewakili DAP.   

Menurut Karpal bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana mempunyai rekod yang buruk.  Beliau juga menempelak Mat Taib sebagai tidak ikhlas menyertai PAS iaitu kerana tidak mendapat apa yang diidam.  

Anwar pula dalam satu ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1 semalam, berkata beliau antara yang meminta Mat Taib meletakkan jawatan di dalam UMNO dulu kerana tidak bersih. Namun, pantas berhenti setakat itu apabila hadirin mengingatkan beliau yang Mat Taib sudah masuk PAS. 

Walau apapun, Mat Taib bertuah kerana PAS menerimanya dan kini terpaksa membelanya.  

Kita pasti PAS lebih tahu bahawa orang seperti Mat Taib sebenarnya berada di tempat yang sewajarnya iaitu di dalam PAS dan PR.  

Ini kerana, jika PR perlu menolak Mat Taib, maka PR perlu terlebih dahulu menolak Kadir Sheikh Fadzir, malah Anwar Ibrahim juga iaitu dua personaliti yang telah diketahui umum sebagai antara yang paling korup dalam sejarah politik Malaysia.  Malah, Anwar sendiri mempunyai gelaran khas iaitu ‘Bapa Politik Wang’ di dalam UMNO.  

Anwar dipecat dari UMNO juga kerana skandal liwat dan rasuah.  Mungkin Karpal Singh lupa yang beliau sendiri pernah menyuruh Anwar bertaubat.  Dan sehingga kini Anwar belum bertaubat kerana belum masuk PAS.  Tetapi, kenapa Karpal tetap sedia menjulang atau lebih tepat ‘memijak’ Anwar sebagai bakal Perdana Menterinya?  

Kerana itulah PAS tidak kisah menerima Mat Taib kerana Mat Taib hanyalah setaraf amatur sahaja dari segi skandal jika dibandingkan dengan bakal Perdana Menteri PR itu.  Lagipun, PAS mampu menyucikan sesiapa sahaja yang masuk ke parti itu sehingga cuci dan bersih seputih spender Mustafa Ali.  

Setelah berada di dalam PAS pula, mereka boleh melakukan apa saja dan tetap akan dianggap bersih dan suci…selagi tidak menyinggung DAP.  Jika ini berlaku, maka mereka automatik menjadi hitam dan kotor lalu terpaksa disepak keluar seperti Hasan Ali.  

Dari satu sudut, kita melihat tindakan Karpal dan Anwar memperlekeh Mat Taib sebenarnya samalah dengan memperlekeh PAS.  Di masa yang sama, tindakan PAS menerima Mat Taib pula samalah seperti menyindir Anwar.  

Sesungguhnya, PAS, PKR, DAP, Anwar, Karpal dan Mat Taib tidak wajar mempersoalkan sesama sendiri dan wajib menerima hakikat bahawa mereka adalah satu entiti.  Bagaikan anggota badan yang jika dicubit sebelah kanan, kiri tetap terasa.  Atau, jika tangan kirinya penuh kurap, maka seluruh anggota juga terpaksa menanggung kegatalannya.  Jika kaki kiri buruk, maka seluruh anggota akan berjalan senget juga.  

Apatah lagi jika kepalanya yang buruk, reput dan berulat, maka seluruh anggota juga tentulah tidak boleh dipakai lagi dan wajar dibuang saja ke dalam tong sampah.  Dan bukankah itu gunanya PR?  Iaitu sebagai tong sampah UMNO?


Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

Tabiat Seks Punca Chandra Tinggalkan anuwar !! #TolakPR #Vote4BN #PG13


Bekas Timbalan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar mendedahkan salah satu sebab utama beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Februari 2001 adalah kerana tabiat seks Ketua Pembangkang itu.

Chandra berkata, walaupun pernah mempertahankan Ketua Pembangkang sewaktu pertuduhan liwat pada 1997, kepercayaannya lebur selepas dua pegawai kanan diplomatik mendedahkan Singapura sudah lama menyimpan bukti aktiviti homoseksual Anwar.

"Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu mesyuarat dengan pegawai kanan diplomatik Malaysia pada 1993 memberitahu beliau pelik kenapa Tun Dr. Mahathir Mohamed tidak memecat Anwar kerana perisikan Singapura mempunyai bukti Anwar homoseksual," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai ahli panel pada Forum Nasional: Pakatan Tak Sepakat-Apa Kata Mereka anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) di Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia di sini hari ini.

Pada 2010, sebuah akhbar Australia yang memperoleh maklumat sulit WikiLeaks mendedahkan, Kuan Yew pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau mempercayai Anwar melakukan aktiviti liwat bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008 turut mendedahkan agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah pintasan komunikasi.

Dalam perkembangan yang sama, bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatil Badru Tun Said Keruak berkata, beliau secara peribadi percaya dan yakin Anwar seorang yang 'berpenyakit'.

Sehubungan itu beliau meminta Presiden PKR dan juga isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak lagi bersubahat dengan individu seperti itu.

Sepatutnya beliau berkata, Anwar diberikan nasihat dan dalam masa sama Penasihat PKR itu perlu meminta maaf kepada semua pihak.

''Saya ketika dahulu tidak yakin dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Anwar tetapi kini saya yakin bahawa Anwar sangat berbahaya. Saya minta Anwar meminta maaf kerana beliau mempunyai 'penyakit'.

''Tidak guna kita bersubahat dengan individu sebegini. Saya juga kasihan terhadap apa yang menimpa sahabat saya. Kita jangan beri peluang kepada Anwar dan bagaimana kita boleh seorang ketua yang 'berpenyakit' sebegini?,'' ujarnya.

Sementara itu, Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba mengulangi kenyataannya sebelum ini yang bertindak meninggalkan Anwar selepas menyiasat dan menemu bual 28 individu yang mempunyai kaitan dengan pemimpin pembangkang tersebut.

Bermula dengan bekas Mufti Wilayah Persekutuan sehingga kepada Datuk Zulkifli Noordin dan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang turut 'membuang' Anwar, semuanya memiliki alasan tersendiri mengapa mereka berbuat tindakan sedemikian.

''Selepas siasatan itu, saya mengambil keputusan untuk meninggalkan Anwar. Selama 30 tahun saya berkawan dengan beliau dan saya tinggalkan beliau kerana masalah integriti moral serta hubungannya dengan pelobi asing. Pakar rujuk saya adalah Dr. Chandra.

''Masih terakam dalam hansard Parlimen pada 1997, Karpal Singh kata Anwar seorang peliwat. Tetapi kini Pengerusi DAP itu pula kata Anwar layak menjadi Perdana Menteri. Itu belum lagi soal kalimah Allah yang menyaksikan Anwar bersekongkol dengan pakatan pembangkang dan inilah sebabnya saya harus menolak Anwar,'' tegasnya.


Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

Saturday, 27 April 2013

Tiada Hudud Sekiranya PR Memerintah?? - Mustafa Ali - #SPENDASTOPA #TolakPR #Vote4BN


Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menggesa pemimpin Pas dan DAP supaya tidak meneruskan pertikaian isu hudud dalam media kerana ia hanya  akan menjerumus mereka ke dalam perangkap Umno-Barisan Nasional (BN).

Kata beliau, isu hudud telah mencapai kata sepakat pada September 2011 dan perkara itu tidak perlu ditimbulkan sehingga boleh mencetus polemik khususnya menjelang 5 Mei.

"Ini adalah perangkap Umno yang biasa setiap kali pilihan raya, isu ini akan diapi-apikan Umno melalui media supaya akan ada percanggahan pendapat dan tujuannya untuk porak-perandakan Pakatan Rakyat.

"Semua pimimpin PR perlu hentikan isu polemik itu dalam media.

"Isu ini sudah selesai September 2011, kita ada buat kenyataan, kita akui DAP tak setuju dengan hudud, Islam tetap jadi dasar Pas, DAP hormatinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.



Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

Terkini !! PWTC Di Serang !! #TolakPR Vote4BN


Entah dari mana datangnya pun tak tahu?? Tak ubah macam kera yang kena gigit dengan lipan, menjerit terpekik terlolong  macam dah bukan MAHASISWA lagi !!

Foto dari Sumber yang kebetulan berada  di PWTC, musim PRU ni  dah macam-macam puak puak ni lakukan!!




Bahang kekalahan makin terasa, tak sampai 10 hari lagi BN bakal dapat mandat baru yang lebih besar dari rakyat Malaysia insyaAllah dan kumpulan mahasewel yang di taja puak bahalol ni bakal terkedu segala janji kosong pakatan haram jadah pada mereka akan terbukti !!

P/s : Buat malu mak bapak di kampung dan buat imej MAHASISWA makin ke jamban !!

Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini


UrukHai.

Friday, 26 April 2013

Selepas Menjual Kalimah Allah Kini Anwar Hina Agama Hindu Pula ??!! #TolakPR #Vote4BN


Di sebalik keghairahan jentera propaganda PR memfokuskan isu Zulkifli Noordin mengenai agama Hindu, diam tak diam sebenarnya ia sengaja disensasikan kerana PR menyedari amat perlu untuk meraih semula sokongan majoriti masyarakat India.

Sebab itu Anwar Ibrahim sendiri selaku Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang juga turut memfokuskan isu tersebut dalam setiap ceramahnya. Ia nyata satu strategik yang bijak disamping dapat menutup isu penghinaan yang pernah diucapkannya terhadap orang India dan agama Hindu sebelum ini.

Semasa Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri, pernah diperlekehkan agama Hindu apabila mengeluarkan ungkapan akan memansuhkan loceng kuil Hindu, demikian jaminannya kepada sekumpulan penduduk Melayu Islam Kampung Jawa sewaktu krisis dan pergaduhan kaum di Pulau Pinang tika itu.

Anwar juga meyakinkan penduduk bahawa sekiranya berkuasa kelak dia akan memastikan tidak ada lagi loceng kuil yang berbunyi di seluruh Pulau Pinang.

Sampai sekarang Anwar berdiam diri dari mengulas isu ini sedangkan sebagai seorang pemimpin politik sepatutnya wujud perasaan rendah diri dan redha mengakui kesilapan lama. Jika Zul Noordin yang pernah tersasul sewaktu beliau bersama PAS dan PKR dulu pun sanggup memohon maaf atas kesilapannya, kenapa tidak Anwar melakukan tindakan sama?

Demikian juga sewaktu berucap di salah satu ceramah PR yang disertainya, Anwar juga pernah melabelkan penganut agama Hindu sebagai tak guna. Katanya, “ini pun ada Hindu pi sokong dia, apa tarak guna punya Hindu ini budak.”

Manakala Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pernah melabelkan orang India di Malaysia sebagai “pariah” namun sampai sekarang sepatah perkataan mohon maaf atas keterlanjurannya pun tak pernah keluar dari mulut Azmin.

Naib Presiden PAS, Salahhudin Ayub pula pernah menganggap perayaan Thaipusam sebagai demonstrasi jalanan, sedangkan ia adalah ritual keagamaan penganut Hindu. Pernahkah pemimpin PAS yang telah dihalau dari Kelantan ini mengakui kesilapannya? Tiada.

Begitu juga bila mana pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan rasis “Undi Keling Siapa Mahu?” yang jelas merendahkan martabat orang India, apakah terdetik di hati pemimpin DAP itu untuk memohon maaf? Patutkah perkara ini didiamkan sahaja?

Banyak sebenarnya kenyataan rasis oleh pemimpin PR tetapi sengaja dipejamkan mata seolah-olah tidak nampak oleh penyokongnya, sedangkan umum tahu selepas PRU 12 2008 selesai, sejak itu kaum India bagaikan terpinggir dari perhatian Kerajaan Negeri yang dikuasai PR terutama sekali di Pulau Pinang.

Lihat sajalah apa yang berlaku kepada penduduk keturunan India di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang apabila Anwar hanya mendiamkan diri tanpa tindakan, sedangkan sebelum PRU-12 2008 Ketua Umum PKR itu berjanji untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala.

Adakah Kampung Buah Pala masih wujud sekarang ini? Lupakah masyarakat India dengan kekejaman PR waktu itu? Tentunya semua ini masih diingati oleh masyarakat India, justeru itu berhati-hatilah dengan mainan emosi dan propaganda PR yang terdesak untuk meraih semula undi orang India.

Andainya PR serius menolak politik perkauman, tentunya sejak dulu lagi mereka mendesak Zul Noordin meminta maaf, tapi sayangnya bila Zul Noordin kini menyedari keterlanjurannya dulu, PR pula sibuk mensensasikan isu untuk kepentingan politik. Buruk benar sikap PR.

Apa pun, kita ucapkan syabas kepada Zul Noordin kerana sedar kesilapan lamanya meski pun ucapannya itu berlaku sewaktu beliau yakin dengan perjuangan PAS yang mana tika itu juga Zul Noordin adalah Peguambela kepada Anwar Ibrahim.


UrukHai.

Lagi Ahli PKR Keluar Parti !! #TolakPR #Vote4BN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Teluk Bahang lumpuh apabila 180 ahli termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya tekad meninggalkan parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).


Bekas Pengerusi Cabang berkenaan, Mustaffa Ahmad berkata, keputusan itu diambil memandangan kesemua ahli terlibat sudah tidak yakin dan percaya dengan kepimpinan parti dan pakatan pembangkang.

Tegasnya, mereka semua tersinggung dan tidak boleh menerima tindakan Naib Presidennya Tian Chua menghina anggota keselamatan yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Sabah.

"Kita tidak boleh terima keceluparan itu. Anggota terlibat bermati-matian mempertahankan kedaulatan negera dan isu kalimah Allah yang dibangkitkan juga sangat melampau.

"Oleh itu dengan tindakan keluar beramai-ramai ini cabang PKR Teluk Bahang juga ditutup," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah menyerahkan borang keahlian BN kepada calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah, di sini malam tadi.

Sementara itu bagi bekas Timbalan Pengerusi Cabang PKR itu, Ng Bee Hock berkata, mereka tekad untuk menyertai BN kerana percaya dengan kebolehan parti itu dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat.

"Lima tahun mentadbir negeri ini tiada apa yang di bawa untuk penduduk Teluk Bahang malah kemudahan untuk rakyat juga susah untuk disediakan biarpun telah diminta.

"Saya harap rakyat terutamanya orang Cina akan membuka mata dan kembali menyokong BN kerana pembangkang ini cakap tidak serupa bikin," ujarnya.

Sehubungan itu, bagi Shah Headan, beliau menyifatkan tindakan keluar parti berkenaan menunjukkan rakyat telah kembali sedar untuk memilih kerajaan yang diyakini.

"Tiada paksaan atau rancangan yang diatur. Mereka yang terlibat ini sendiri yang datang untuk menyertai BN.

"Ini jelas menunjukkan PKR sekarang ini seolah-olah retak menanti belah," tegasnya.





UrukHai.

Thursday, 25 April 2013

MPSP Dilihat Berat Sebelah Soal Banner dan 'Billboard' ??!! #TolakPR #PRU13 #Vote4BN #PG13


Kehangatan Pilihanraya Umum Ke 13 di Parlimen Permatang Pauh bertambah terasa. Calon-calon daripada Pakatan Rakyat sudah tenggelam punca untuk berkempen kerana sambutan rakyat di Permatang Pauh amat dingin sekali. Hampir kesemua ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di Parlimen Permatang Pauh hanya gah banner dan kain rentang tapi hakikatnya kosong.


Kaedah yang mudah untuk Pakatan Rakyat berkempen dengan mendirikan Billboard di seluruh pelusuk kampung. Hampir setiap tempat dan simpang di dalam Parlimen Permatang Pauh ada sahaja Billboard Pakatan Rakyat khususnya yang berkaitan dengan Anwar Ibrahim.

Namun sikap kurang ajar puak-puak Pakatan Rakyat melanggar undang-undang adalah perkara biasa dibuat. Billboard yang didirikan tiada permit sah daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

MPSP yang dilihat berat sebelah kepada Pakatan Rakyat  membuat tindakan sekadar melepas batu ditangga. Notis MPSP telah ditampal disemua Billboard haram Pakatan Rakyat hanya sebagai wayang tanpa ada tindakan untuk meruntuhkan dan menanggalkan Billboard haram tersebut,.

Tapi jika sebaliknya Billboard dan bendera berkaitan Barisan Nasional, dengan segera tindakan proaktif dibuat menanggal dan meruntuhkan apa yang patut tanpa sebarang notis.

Inilah keadilan yang dicanang-canangkan oleh Pakatan Rakyat..Terbaik!!!




Kredit AppleBiru

UrukHai.

Sememangnya Hadi Awang Dan Anuwarlah Yang Menjual Kalimah Allah ??!! #TolakPR #PG13


Semasa hari penamaan calon, memang benar DAP mempunyai masalah soal penggunaan logo sendiri. Menyebabkan PAS sertamerta menawar penggunaan logo PAS sebagai ganti logo DAP di kertas undi.

Tetapi itu tidak berlaku kerana situasi yang sebenar ROS tidak pernah mengharamkan penggunaan logo DAP dalam kertas undi PRU13 walaupun CEC DAP sedang disiasat akan tahap sah pelantikan CEC DAP.

Sebenarnya kesediaan PAS menawarkan logo PAS adalah semata-mata mengharapkan DAP berlembut menerima sepenuhnya kehendak PAS terutama soal menegakan hukum Hudud. Sayangnya semalam Karpal Singh dalam penyataan di Facebooknya pada jam 3.15 petang mengatakan meskipun DAP menghargai tawaran PAS untuk menggunakan simbol parti itu (PAS), ketika DAP mempunyai masalah mengguna lambang sendiri pada hari penamaan calon. ia tidak bermakna DAP menerima dasar islam termasuk hudud.

Menurut Karpal, DAP sudah nyatakan pendirian tetap menolak dasar PAS termasuk hukum hudud dilaksanakan dalam negara, apatah lagi untuk mewujudkan negara islam.

Situasi ini menjadi lebih rumit apabila Harun Din sendiri mengakui masalah ini tidak dapat diselesai melalui kenyataan akhbar semata-mata. Tetapi walaupun kenyataan Harun Din ada kebenarnya tetapi bila masakah DAP bersedia mendengar suara PAS dan bersidang sebulat semeja untuk membicarakan soal negara amat jauh sekali.

Walaupun diambang hari mengundi di PRU13 PAS sengaja mengwar-warkan Haji Hadi bakal Perdana Menteri dan kononnya telah dipersetujui oleh DAP. Jelas membuktikan satu karangan penyedap halwa telinga pengikut PAS. Kerana dari kenyataan Karpal Singh membuktikan kepekatan hati Karpal menolak pejuangan PAS adalah keras tanpa dapat diubah walaupun setitik dari hatinya.

Oleh itu PAS tetap sebagai kaldai dan terus-menerus menjadi hamba suruhan Pakatan Rakyat. Kerana dalam soal ini, pakej yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim lebih mengujakan DAP berbanding PAS. Lihat keberanian Anwar Ibrahim.


Majlis Syura Pas mengenai kalimah Allah menimbulkan polemik. Dalam hiraki kepimpinan Pas, Majlis Syura adalah kuasa tertinggi mengatasi yang lain termasuk pendirian Presiden. Pendirian Presiden mengenai persetujuan awal dalam kalangan pimpinan tertinggi pakatan pembangkang sepatutnya dengan sendirinya terbatal.

Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pakatan Pembangkang telah menyatakan pendirian yang sama adalah sebenarnya pendirian Anwar yang mahukan pendirian awal Abdul Hadi Awang kekal sebagai pendirian pakatan.Jika ini isunya kepimpinan pakatan pembangkang menghadapi dilema besar. Karpal Singh juga meminta Abdul Hadi menimbang semula pendirian sementara Lim Guan Eng yang mencetuskan isu ini enggan menyatakan pendiriannya meskipun dibantah oleh umat Islam

Akhirnya disaat-saat menjelang PRU13, atas saingan keberanian Anwar, akhirnya mendorong Haji Hadi pun bertindak dengan cara yang sama tetapi bagaimana dengan majlis syura? Huhu ada Haji Hadi kesah.






UrukHai.

Ada Unsur Sabotaj Kemalangan Yang Melibatkan Blogger Dr. MiM ??!! #TolakPR #PG13


Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi. 

Namun apa yang dilaporkan oleh Utusan Online hari ini tidak menceritakan kemungkinan kereta yang dinaiki oleh beliau ada unsur-unsur sabotaj kerana dari siasatan pengalaman Dr. Mim menceritakan tayar hadapan kereta yang dinaikinya kedua-duanya tercabut sebelum kemalangan berlaku dan menyebabkan kereta itu terbalik.


Sememangnya Dr.Mim sebagai seorang pengamal media baru menerima pelbagai ugutan serta tomahan dalam melaksanakan tanggungjawab menepis dan menidakkan dakwaan pembangkang yang membuat pelbagai spekulasi bercanggah dengan fakta di alam media baru.

Lihat sahaja insiden letupan bom di sebuah majlis anjuran Barisan Nasional Nibong Tebal baru- baru ini yang mencederakan seorang pengawal keselamatan calon Parlimen P047 Nibong Tebal, segalanya adalah logik. 

Namun begitu, Uruk tidak mahu menuding jari kepada sesiapa, sekadar mahu menyatakan pengharapan yang tinggi agar PDRM segera dapat menyelesaikan penyiasatan kedua- dua kes ini dengan secepat mungkin supaya tidak timbul sebarang prejudis terhadap sesuatu parti dikalangan rakyat.


P/s : Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini



UrukHai.

P042 Tasek Gelugor Terbukti Masih Milik Barisan Nasional !! #GE13 #PRU13 #PG13 #AkuJanjiBN






TASEK GELUGOR- Malam tadi telah berlangsungnya program dimana pemimpin tertinggi Barisan Nasional dikawasan hadir bagi berkempen untuk Barisan Nasional melalui satu Program yang dianjurkan oleh Jentera Penerangan BN Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di perkarangan Bilik Gerakan Pemuda Barisan Nasional Tasek Gelugor.

Antara yang hadir dalam Program 'Pemimpin Bersama Rakyat' tersebut adalah Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Encik Teng Chang Yeow, Dato Dr.Loga Pengerusi Badan Perhubungan PPP Pulau Pinang dan juga exco-exco Barisan Nasional Pulau Pinang, turut bersama Calon Parlimen P042 Ustaz Shabudin Yahya, N05 DUN Sungai Dua Saudara Muhammad Yusoff Bin Hj. Mohd Noor, N04 DUN Permatang Berangan Saudara Haji Omar Bin Haji Abd Hamid dan Calon tunggal wanita bagi kerusi N06 DUN Teluk Air Tawar Dato Hajjah Jahara Bt Hamid. kesemua calon-calon bagi Parlimen Tasek Gelugor bertanding diatas tiket Barisan Nasional untuk kerusi UMNO.

Dalam Program yang berlangsung malam tadi rata-rata penduduk dikawasan menunjukkan tanda sokongan terhadap Barisan Nasional dan sanggup menunggu walaupun dalam keadaan hujan renyai-renyai seawal jam 7:30 malam tadi.

Penduduk yang hadir dianggarkan seramai 1,500 orang memeriahkan dan mendengar ucapan 'Aku Janji'  Manifesto Barisan Nasional yang disampaikan oleh Encik Teng Chang Yeow Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang.

Dalam ucapan Teng, Beliau berkata sememangnya kerajaan Barisan Nasional amat komited dalam mewujud dan merealisasikan pertumbuhan kek ekonomi bagi rakyat Pulau Pinang, disebalik itu juga ternyata  penduduk Tasek Gelugor sememangnya menolak dan membantah pembinaan "Terowong Gula-Gula Pilihanraya Guan Eng" yang rakyat Pulau Pinang sendiri tidak tahu dimana hujung pangkalnya projek tersebut yang ternyata hanyalah omongan kosong dan Retorik pihak DAP dalam melaksanakan sesuatu Projek.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

P/s : Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 di Pulau Pinang Dan di Malaysia Klik Analisis Politik Terkini


UrukHai.

Tuesday, 23 April 2013

GEMPAR !! Jurugambar RTM Dipukul Penyokong PAS !! #TolakPR


Seorang jurukamera sambilan RTM Kelantan, Muhammas Yaakob, 61, meninggal dunia di Gua Musang malam tadi selepas dipukul beberapa penyokong PAS dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan.  

Menurut sumber, berlaku insiden pukul memukul selepas Muhamas dikatakan meminta seorang penyokong Pas mengalihkan kereta mereka di depan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya.

 Selepas dipukul, menurut sumber berkenaan, Muhamas telah kembali ke rumah dan pada kira-kira pukul 1.15 pagi, beliau mengadu sakit dada dan kemudian tidak sedarkan diri. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

 "Ada yang kata arwah mengalami sakit jantung selepas dipukul beberapa penyokong PAS. Apapun kita tunggu keputusan post mortem dan sidang media oleh polis', katanya.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Gua Musang dijangka akan membuat sidang media mengenai kejadian tersebut pada hari ini.


Sumber GPB


UrukHai.

Pasti !! Terkini !! PRU13 Anuwar Al Jubury Akan Di 'Kubur'kan ??!! #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13



Keputusan yang dibuat oleh Aljubury Anwar Ibrahim untuk tidak meneruskan hasratnya untuk tidak bertanding di Perak adalah telah dijangkakan. Namun keputusannya itu tidak lah memeranjatkan ramai pihak terutama sekali pengundi dan penyokongnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah lama ingin menolak kepimpinan Anwar Ibrahim. 

Diam tak diam rupenya rakyat yang juga pengundi yang layak membuang undi di Permatang Pauh telah lama menahan hati untuk menolak Anwar Ibrahim didalam PRU-13 kali ini kerana sudah tidak percayakan lagi yang pernah dijanjikan oleh Anwar kepada pengundi-pengundi di Permatang Pauh. 

Perkara ini disuarakan sendiri oleh pengundi yang pernah mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh pada PRU-12 lalu yang akhirnya menyatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak menjalankan tugasnya sebagai Wakil Rakyat Permatang Pauh.

Sebaliknya Anwar Ibrahim yang bijak menyusun kata mempergunakan mereka yang taksub semata-mata untuk memenuhi kehendaknya untuk menjadi Perdan Menteri sekiranya PR menang didalam PRU-13 kali ini. 

"jika bercakap bab agama , Anwar memang terbaik orangnya... tapi .. dirinya sendiri tidak mengutamakan soal agama didalam politik harianya. Di Permatang Pauh kini setiap kali masuk waktu solat , Azan sudah tidak boleh dilaungkan seperti biasa.Tak ubah seperti di Singapura" kata seorang pengundi yang pernah menjadi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim hanya pandai menabur janji kepada mereka-mereka yang menjadi pengundinya di Permatang Pauh, tetapi apalah ertinya seorang pemimpin yang dipilih rakyat menerusi sistem demokrasi dan hak rakyat untuk bersuara, jika ketika memerlukan bantuanya Anwar hilang entah kemana. 

Memang wajarlah sekiranya PRU-13 kali ini bakal menyaksikan bahawa Anwar Ibrahim akan digulingkan oleh pengundinya sendiri di Permatang Pauh.Pada hati dan jiwa rakyat Permatang Pauh, kini sudah tiada lagi kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim untuk terus menjadi pemimpin kepada mereka rakyat Malaysia yang terasa terhina di Bumi Permatang Pauh yang selama hari ini memberikan sokongan kepada diri Anwar Ibrahim.




UrukHai.

Calon PKR Jual Pil Kuda - Hadi Awang [Video] #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13


Umum mengetahui PKR diketuai pemimpin yang memiliki masalah moral dan akhlaknya pula agak diragui, malah tidak pernah sunyi dari skandal peribadi selain sikap pembawaannya yang cenderung membela golongan LGBT.

PKR juga dikenali kerana identitinya sebagai parti liberal yang mendukung perjuangan pluralisme agama termasuklah menyokong penggadaian kalimah Allah S.W.T untuk dinodai kesuciannya dalam kitab Bible.


Pun begitu, mungkin ini buat julung kalinya khalayak umum didedahkan dengan kegiatan jual beli pil kuda yang rupanya turut akrab dengan pemimpin PKR termasuklah ada antaranya yang kini merupakan calon dalam PRU-13.

Pendedahan ini bukan dilakukan oleh UMNO atau mana-mana parti komponen BN, tapi dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mendedahkan ada antara calon PKR merupakan pengedar pil khayal tersebut.

"Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini."

"Terang-terang saya sebut orang Keadilan pun tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana," demikian kata Hadi sewaktu berceramah di Marang, Terengganu.

Tak tahulah sama ada cerita yang di bawa oleh Presiden PAS itu sahih atau tidak, atau sebenarnya sekadar untuk menghalalkan tindakan semberono PAS merempuh masuk di kawasan yang kuotanya dikhususkan untuk PKR.

Tetapi, jika benar sekali pun ada calon-calon PKR yang menjadi pengedar pil kuda dan kaya raya dengan hasil aktiviti haram itu, ia bukan alasan kukuh untuk PAS sengaja mengacau kawasan yang ditandingi rakan sepakatan.

Entah sejak bila PAS begitu sensitif dengan pengedaran pil kuda sukar dipastikan, yang peliknya bila PR menyokong kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya tak pula PAS melatah.

Hatta ada calon-calon PR yang buruk moralnya pun boleh pula diterima sebagai calon mewakili PR. Pelik bukan? 




UrukHai.

Terkini : Umi Hafilda Menang Saman Fitnah Terhadap Harakah !! #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13


Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan kilang cetak Syarikat Prema membayar RM50,000 bagi ganti rugi am kepada usahawan wanita Ummi Hafilda Ali kerana fitnah.

Datuk Sulaiman Daud yang mengetuai panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan syarikat itu.

Panel itu yang terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan syarikat itu bertanggungjawab memfitnah Umi Hafilda.

Namun, mahkamah membenarkan rayuan Syarikat Prema untuk mengurangkan jumlah bayaran ganti rugi daripada RM100,000 yang diperintahkan Mahkamah Tinggi untuk dibayar kepada Umi Hafilda kepada RM50,000 beserta faedah dan kos.

Hakim Sulaiman berkata mahkamah berpendapat jumlah RM100,000 yang dianugerahkan Mahkamah Tinggi adalah keterlaluan.

Pada 7 Jun 2006, Mahkamah Tinggi memerintahkan PAS, Halim Arshat yang juga bekas setiausaha agung PAS dan pemegang permit penerbitan Harakah ketika itu, bekas ketua pengarang Harakah, Datuk Mustafa Ali untuk membayar sejumlah RM100,000 sebagai ganti rugi am kepada Ummi Hafilda.

Mahkamah Tinggi turut memerintahkan Syarikat Prema untuk membayar RM100,000 kepada Ummi Hafilda, yang dikenali ramai semasa perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan faedah sebanyak 8 peratus ditambah kepada jumlah yang diperintahkan bermula dari tarikh pemfailan writ pada 30 April 1999 sehingga ia direalisasikan dan satu injunksi bagi menghalang responden daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya.

PAS, Halim dan Mustafa tidak mengemukakan rayuan.

Ummi Hafilda, 46, menyaman PAS, Halim, Mustafa dan Sabri Zain, penulis akhbar tabloid yang diterbitkan dua kali seminggu berhubung dengan penyiaran artikel bertajuk “Malaysia Sweeps 10 Oscars” (Malaysia Memenangi 10 Oscar) yang disiarkan pada isu 29 Mac 1999 Harakah yang mengandungi beberapa gambaran negatif mengenai dirinya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Umi Hafilda berkata dia mengalami kesan dahsyat akibat penerbitan artikel berunsur fitnah itu, reputasi dan imej dirinya tercemar dan kehilangan pendapatan perniagaannya serta berhadapan dengan skandal awam, kebencian dan hinaan.

Ummi Hafilda turut memperoleh penghakiman ingkar terhadap Sabri pada 22 Nov 1999 tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan terhadap Sabari yang tidak dapat dikesan.


UrukHai.

Dipilih Sekali Lagi Adalah 'Suatu Perjuangan Yang Harus Di Teruskan' Bagi Calon N06 Teluk Air Tawar !!


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Teluk Air Tawar, Dato Hajjah Jahara yang turut merupakan Ketua Wanita UMNO Cawangan Teluk Air Tawar merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Tasek Gelugor kini sekali lagi  dipilih sebagai calon bagi kerusi N06 DUN Teluk Air Tawar yang mewakili Barisan Nasional.

Beliau yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Teluk Air Tawar selama 4 penggal yang lalu melahirkan keyakinan Barisan Nasional bakal mempertahankan 3 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen di Tasek Gelugor dalam pilihanraya yang ke13 ini.


Untuk kali ini Barisan Nasional Teluk Air Tawar hanya perlu berdepan dengan persaingan dari calon pembangkang iaitu Norhayati daripada PKR menyaksikan pertemuan 1 lawan 1 di DUN N06 Teluk Air Tawar.

Dato Hajjah Jahara calon N06 Teluk Air Tawar kini berusia 61 tahun lahir pada tarikh 18 Mei 1951.Telah berkahwin dengan Haji Md. Radzi Zainal Abidin dan mempunyai 3 orang anak.


Berikut adalah latar belakang Dato Hajjah Jahara sepanjang kariernya berpolitik :

PENDIDIKAN TINGGI

1971-1972/SIJIL PERGURUAN MENENGAH/MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS.
1974-1977/B.ec (HONS) UNIVERSITI MALAYA.
1981-1982/L.L.B (HONS) UNIVERSITY OF BURKINGHAM ENGLAND.
1983-1984/BARISSTER-AT-LAW/LINCOLN'S IN LONDON.

KERJAYA              TEMPOH                                      JAWATAN

KERAJAAN          1977-1980                                         GURU

SWASTA              1985-1999                                       PEGUAM

KERAJAAN NEGERI 
PULAU PINANG    1999-2008    AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI P.PINANG.


KEGIATAN POLITIK 
  • 1985- SEKARANG
  •  KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO CAWANGAN TELOK AYER TAWAR.
  • 2000-SEKARANG 
  • KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TASEK GELUGOR.
  • 2004-SEKARANG 
  • PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA DAN KELUARGA NEGERI PULAU PINANG.
  • 2005-2009
  • KETUA BADAN PERHUBUNGAN WANITA UMNO NEGERI PULAU PINANG.
  • 2005-2009
  • KETUA BADAN PERHUBUNGAN WANITA UMNO NEGERI PULAU PINANG 
  • 2005-2009
  • EXCO PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA.
  • 1995-3/4/2013
  • AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG, KAWASAN TELOK AYER TAWAR.
  • 1999-SEKARANG
  • PENGERUSI MAJLIS PEMBANGUNAN WANITA & KELUARGA PARLIMEN TASEK GELUGOR.
  • 2010 HINGGA SEKARANG
  • PENGERUSI JAWATANKUASA FOKUS GROUP PELANCONGAN, MAJLIS PEMBANGUNAN PULAU PULAU PINANG.
KEGIATAN PERSATUAN /BADAN SUKARELA

     TARIKH MENJADI AHLI/MEMEGANG JAWATAN            JAWATAN
  • 1993-SEKARANG                                       PENGERUSI YAYASAN MUTIARA
  • 1999-2009             PENGERUSI RUMAH ORANG TIDAK BERWARIS TOK SU CHE MAT, KUBANG SEMANG.
  • 2010 HINGGA SEKARANG    PENGERUSI RUMAH ORANG TUA ISLAM PULAU PINANG. (DARUL HANAN)
  • 2009 HINGGA SEKARANG PENGERUSI DARUL SAKINAH (PUSAT PEMULIHAN AKHLAK WANITA)
  • 2009 HINGGA SEKARANG       PENASIHAT DARUL SAADAH 
  • 2001 SEKARANG               PENGERUSI DARUL HIDAYAH (RUMAH TRANSIT SAUDARA BARU PERMATANG TOK GELAM.
  • 2004 SEKARANG               PENASIHAT KOPERASI DAYANITA TASEK GELUGOR.
  • 2008 SEKARANG       PENGERUSI BIRO WANITA DEWAN PERNIAGAAN ISLAM MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG (DPIM)
  • 2008 SEKARANG               PENASIHAT PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK MISKIN PULAU PINANG (PEKAMI)
  • 2011 HINGGA SEKARANG        PENGERUSI PERSALAM (PERSATUAN SAUDARA BARU PULAU PINANG)

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!

P/s : Lagi Isu-Isu Semasa PRU13 Di Pulau Pinang Dan Malaysia Klik Analisis Politik Terkini (APT)



UrukHai.

Monday, 22 April 2013

Calon P042 Bakal Terus Pertahankan Tasek Gelugor Dan BN !! #PRU13 #PG13 #BetterNation


Syabudin Yahya bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan yang turut merupakan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor kini merupakan calon bagi kerusi P042 Parlimen Tasek Gelugor mewakili Barisan Nasional.

Beliau yang sebelum ini mempertahankan kerusi DUN Permatang Berangan selama 2 penggal semenjak 2004 yang lalu melahirkan keyakinan Barisan Nasional bakal mempertahankan 3 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen di Tasek Gelugor dalam pilihanraya yang ke13 ini.

Untuk kali ini Barisan Nasional Tasek Gelugor bukan saja perlu berdepan dengan persaingan dari calon pembangkang iaitu Rahman Maidin daripada PAS tetapi juga daripada calon BEBAS yang menyaksikan bekas Ahli Parlimen Tasek Gelugor , Dato Sharif Omar bertanding.

Syabudin Yahya selaku calon P042 Barisan Nasional percaya walaupun berlaku persaingan 3 penjuru namun beliau yakin rakyat dan pengundi tahu siapa sebenarnya yang mampu membawa perubahan serta kemakmuran kepada negara dan rakyat.

"Kita telah pun bekerja dan akan terus bekerja bagi kebaikan bersama , bukan soal individu kerana Barisan Nasional merupakan parti yang selama ini menjadi pasukan besar yang mampu membawa kemakmuran kepada rakyat dan negara."


Haji Shabudin Bin Yahaya calon P042 Parlimen Tasek Gelugor kini berusia 48 tahun lahir pada tarikh 12 November 1965.Telah berkahwin dengan Rasidah Binti Haji Abdul Majid seorang pensyarah Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Pongsu seribu Mk8 Kepala Batas dan mempunyai 4 orang anak.

Penerima pingat kehormatan P.J.K dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Permatang Berangan selama 2 penggal serta Setiausaha Politik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , YB Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir (B).

Mempunyai kelulusan Sarjana Muda (Syariah) Kepujian Universiti Malaya

   
Antara jawatan yang pernah disandang beliau dalam perkhidmatan pentadbiran selama ini dan sekarang

1. Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004  - 2009 
2. Timbalan Yang DiPertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Jun 2008 – Julai 2009
3. Ahli Lembaga Pengarah YADIM 2008 – sekarang
4. Ahli Dewan Amal Islam Malaysia (DAMAI) 2007 – sekarang
5. Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 2003 – 2004 & 2009 – 2010
6. Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Urus Zakat (PUZ) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang     (MAINPP) 2004 – 2009
7. Pengerusi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2004 – April 2008
8. Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Wakaf , Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) 2004 – 2009
9. Ahli Jawatankuasa  MMK Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2004 – April 2008
10. Ahli Jawatankuasa MKK Pertanian Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2004 – April 2008
11. Ahli Lembaga Muzium Islam Negeri Pulau Pinang 2004 – 2008
12. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)  Kementerian Penerangan Malaysia 2002 -2004
13. Ketua Penolong Pengarah (BahagianDakwah)  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 1997
14. Pegawai Hal Ehwal Islam,  Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang   (Kadi Daerah) 1990
15. Ahli Lembaga Penasihat Haji,Lembaga Tabung Haji  2008-2013

Perkhidmatan & Jawatan berkaitan politik

1. Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri  YB Mejar Jeneral Dato’ Jamil Khir (B) Mei 2009 - sekarang
2. Ahli Jawatankuasa Badan Perhugungan UMNO Negeri Pulau Pinang 2008-sekarang
3. Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Pulau Pinang Oktober 2008 –sekarang
4. Pengerusi Barisan Nasional Bahagian Tasek Gelugor 2010 - sekarang
5. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) 2004 – 2008 
6. Penasihat Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Tasek Gelugor, Pulau Pinang 2008 – sekarang
7. Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang 2006 – sekarang
8. Pengerusi  Biro Agama UMNO Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang 2000 – 2005
9. Penasihat Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Kepala Batas 1999 – 2002
10. Ahli UMNO BahagianKepala Batas, Pulau Pinang 2000 – 2005
11. Ahli UMNO BahagianTasekGelugor, Pulau Pinang 2005 -sekarang

Perkhidmatan dalam bidang sosial

1. Pengerusi Majlis Pembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi 2008 - sekarang
2. Pengerusi Kelab Sukan Komuniti KADUN Permatang Berangan, Tasek Gelugor 2004 – sekarang
3. Pengerusi Jawatankuasa Islam hadhari Peringkat Negeri Pulau Pinang 2002 – 2004
4. Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Menengah Tunas Bakti , Teluk Air Tawar 1998 -2004
5. Pendakwah  Radio Tiga Pulau Pinang / Alor Star / Perak Pendakwah Panel Rancangan Agama RTM 1 1993 - 2004.


Kredit MMI



UrukHai.