Followers

Wednesday, 10 April 2013

Chua Jui Meng Kecewa ‘DiSepak’ Ke Segamat ??!! @ Lu Rindu Kepada MCA ??!! #PG13 #TolakPR #GE13 #PRU13


Chua Jui Meng hanya mampu memberi kenyataan politik iaitu beliau tabah menerima keputusan parti yang menendang beliau jauh ke Segamat, iaitu satu tempat yang asing baginya dalam PRU kali ini. Sumber dalaman mengesahkan beliau kelihatan benar-benar kecewa dengan keputusan tersebut namun pasrah kerana pemimpin PKR sendiri tidak berusaha mempertahankannya.

Chua Jui Meng sejak dari mula mengintai kerusi Gelang Patah, malah menurutnya beliau telah bersalam dengan lebih 40,000 orang dari kawasan tersebut. Namun, ‘lenguh’ tangan bersalam itu kini sia-sia sahaja kerana kerusi itu kini bakal ditandingi oleh Lim Kit Siang, atau Bapa Tokong yang jauh lebih tinggi kedudukannya di dalam PR berbanding Ketua Pembangkang sendiri.

Chua ada meminta kerusi Bakri atau Kulai yang mana lebih selamat tetapi, nampaknya semua kawasan selamat dibolot oleh DAP secara kuku besi. Chua Jui Meng sebelum ini telah menimbulkan kontroversi apabila bertelagah dengan Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo yang turut mencuba mengenakan kuasa kuku besi DAP ke atas sekutu-sekutunya dalam soal kerusi.

Dr. Boo akhirnya berjaya mengatasi Chua.

Namun, akhirnya Dr. Boo juga kecewa apabila segala usahanya mempertahankan sifat kiasu DAP telah tidak dihargai oleh Tokong Lim anak beranak. Tidak dapat menerima hakikat itu, maka Dr. Boo bertindak meninggalkan DAP hari ini dengan membawa bersamanya Timbalan dan Setiausahanya. Difahamkan sekurang-kurangnya 5 lagi pemimpin DAP Johor akan mengikut jejak langkah mereka meletakkan jawatan.

Nampaknya, sifat tamak kesemua parti-parti di dalam PR semakin terserlah menjelang pilihanraya sehingga menyukarkan mereka untuk fokus kepada gerak kerja.

Walaubagaimanapun, dalam kes Chua Jui Meng, beliau seharusnya sudah menjangkakan perkara ini. Bukan beliau tidak tahu bahawa pembangkang itu adalah tong sampah bagi Barisan Nasional. Segala sampah sarap yang jijik dan busuk akan dibuang atau terbuang sendiri dari BN, dan masuk ke dalam PR, termasuklah Chua sendiri. Chua sebenarnya berada di tempat yang selayaknya dan sepatutnya beliau tidak merasa kecewa.

Apa yang berlaku menunjukkan betapa PR adalah parti yang lemah di mana ia tidak boleh berdiri sendiri sebagai satu pakatan dalam ertikata yang sebenar.

Manakala PKR pula, bukan setakat lemah, tetapi sudah pun mati apabila tiada siapa pun menghormati Anwar lagi. Hanya dari segi zahir parti itu kelihatan seolah-olah masih hidup sebagaimana pengamal syirik yang rohnya sudah meninggalkan jasad tetapi diganti dengan jin yang dibelanya sehinggakan sukar untuk meninggal dunia.

Oleh itu, dengan berada di dalam PKR, nyawa politik Chua juga sebenarnya sudah tiada.

Rakyat, terutamanya pengundi Segamat wajar mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini dan tidak memberi undi kepada parti yang berupa mayat hidup.

Hakikatnya, keluarnya orang seperti Chua Jui Meng dari parti Barisan Nasional, dengan sendirinya menjadikan parti BN lebih bersih dan lebih kuat dari sebelumnya.

Selain itu, BN juga tidak punya masalah kuku besi, berebut kerusi, atau gila kuasa. BN juga tiada masalah dari segi pemimpin parti komponen tidak menghormati pemimpin tertinggi. BN mempunyai pendirian yang tetap, serta hala tuju yang pasti. Sekatat ini, BN telah terbukti sentiasa menunaikan janji.

Justeru, tidak ada sebab kenapa pengundi Segamat atau pengundi Johor untuk menolak BN kali ini.

BN telah terbukti berkhidmat dengan cemerlang selama lebih separuh abad, maka apatah lagi kini, apabila BN semakin mantap dengan ketiadaan manusia-manusia rakus dan gila kuasa yang kini melayang-layang di dalam PR ke sana ke mari merayu kerusi.


UrukHai.

2 comments:

  1. Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
    Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
    Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
    Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

    SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

    ReplyDelete
  2. Belum selamat lagi sebab kit siang cian sial dah bersuara..kesian terkonteng-konteng la jua meng yang takde pendidrian ni..ambik ko..

    Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Chua akan bertanding di Segamat, seterusnya mengakhiri spekulasi mengenai pencalonannya.

    Dalam reaksi segera, Lim berkata rundingan awal adalah untuk DAP berada di kerusi Segamat yang sebelum ini ditandingi pada tahun 2008.

    Lim berkata, keputusan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah "keputusan berasingan" dan bukan hasil daripada mana-mana pertukaran kerusi Parlimen antara DAP dan PKR.

    "Persetujuan DAP untuk PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat adalah bergantung kepada penyelesaian pertikaian antara DAP-PKR bagi peruntukan kerusi di Johor," kata Lim dalam kenyataan ringkas tiga perenggan.

    Beliau juga membuat kesimpulan bahawa pengumuman Anwar menunjukkan persetujuan kepimpinan PKR terhadap terma DAP.

    DAP mahu bertanding tujuh kerusi persekutuan dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri - yang mana menurut Lim adalah kurang daripada satu pertiga daripada 26 kerusi persekutuan dan 56 kerusi negeri di Johor.

    "Dengan pengumuman Anwar, ia boleh diambil bahawa syarat-syarat persetujuan DAP untuk membenarkan PKR bertanding di kerusi Parlimen Segamat telah dipersetujui oleh kepimpinan PKR, iaitu DAP akan bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (termasuk Johor Jaya)," katanya.



    Petikan daripada Antara Pos

    ReplyDelete