Adalah menjadi amalan setiap kali Parlimen hendak dibubarkan, akan diadakan sesi bergambar terakhir melibatkan jemaah Menteri penggal yang berkenaan.
Dalam erti kata lain, sesi bergambar kabinet menjadi petanda paling jelas bahawa Kabinet hampir pasti dibubarkan dalam masa terdekat.
Maklumat yang diterima Mynewshub, sesi bergambar terakhir Kabinet akan diadakan sebelah pagi pada Rabu ini yakni sebelum mesyuarat Kabinet bermula di Putrajaya.
Mungkin Kabinet tidak akan dibubarkan dalam hari yang sama, tetapi ia sudah terlalu hampir.
Apakah hari Jumaat?
Justeru, semakin nyata gendang perang untuk pilihan raya hanya menanti masa untuk dipalu secara rasmi. - MYNEWSHUB
UrukHai.
No comments:
Post a Comment